Saturday, September 29, 2012

Al-Fatihah untuk Rusfainy Atikah


Kamu ingat tentang kawan saya pesakit kanser rahim tu?  Ada diceritakan di entri ini. Alhamdulillah saya sempat melawat dia buat kali terakhir raya lepas. Sempat peluk cium dia. Tapi tak puas, rasa nak ciummmmm dia lagi!

Alhamdulillah tercapai juga hajat arwah untuk balik ke rumah selepas hampir 2 bulan terlantar di Hospital Melaka. So merancang nak ke Melaka pada hujung minggu ni. Kebetulan mak dan adik2 pun nak ikut.

Tapi apakan daya, Allah lebih menyayanginya. Arwayarhamah Rusfainy Atikah binti Azman telah kembali ke rahmatullah pada Selasa 25 September 2012 pukul 1.30 petang. Ralatnya rasa sebab tak sempat nak jumpa lagi Ahad ni. Hari pengkebumian pun memang tak dapat hadir sebab saya di JB. Hanya mak, husband dan sepupu yang datang.
Profile picture FB terakhir arwah

Kadang2 bila sendiri, airmata bagai nak gugur je. Bukan kerana sedih arwah sudah pergi (dah dapat terima kenyataan), tapi sedih kenangkan keperitan dia menanggung segala kesakitan. Kali terakhir arwah dimasukkan ke hospital pada pertengahan Ramadhan dan keluar pada 24 September (satu hari sebelum meninggal).

Banyak cerita pahitnya di hospital itu. Berhari raya di sana, kejadian doktor menebuk perut tanpa bius, ibu dan adik jatuh motor waktu ingin melawat, ayah kemalangan, macam2 lagilah yang semuanya sedih kalau nak diceritakan. Kagum dengan ketabahan arwah.

Dengar cerita dari sepupu yang melawat jenazah, riak muka arwah walaupun pucat, tapi tenang, cantik, manis dan tersenyum. Alhamdulillah. Semoga rohmu tenang di sana, sayang. Al-Fatihah.

Bidadari syurga. Amin...






Thanx for reading

4 comments:

  1. al-fatihah. she's also my friend. my close friend. smga dirimu tng disana sahabat. al-fatihah

    ReplyDelete
  2. Alfatihah, semoga dia di cucuri rahmat..amin...

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..smuge ruhnya dicucuri rahmat..aminn..

    ReplyDelete
  4. Al-fatihah untuk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditmpatkan di kalangan orng beriman...amin..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...