Tuesday, September 18, 2012

Majlis Resepsi Perempuan: 08 September 2012

Hepi Tuesday. Malasnya nak buat wedding review. Gambar dari official photographer pun tak dapat lagi. Ni saya review tuk whole event last week lah ye? FYI, last week saya ada 2 majlis. Actually 4 kali sanding sebab both majlis tu ada berinai + resepsi. Kalau di totalkan semua termasuk bulan 7 dulu saya ada 6 kali sanding (3 berinai + 3 resepsi).

Actually my parents divorced. So both of them nak buat resepsi saya. Nak combine kat dewan je, tak nak pulak, masing2 nak buat kat rumah sendiri. So saya ikutkan je lah... Ramai kata untunglah saya... Hmmm untung lah kot. Selepas beberapa kali bincang + menangis + gaduh, bincang balik. Akhirnya rezeki begini yang saya dapat...

Luckily adik tiri saya (anak tiri mak) pun nak kawin bulan 9, so kami plan untuk combine je. Luckily jugak majlis sambut menantu saya bulan 9 juga, so tak de la terasa janggal tetiba nak sanding balik kat rumah mak. Haa faham tak apa yang saya nak sampaikan? Tak faham tak pe lah, tengok gambar je. Resepsi di rumah mak 08 September 2012 bersama sepasang lagi pengantin baru.

Malam berinai, kami semua recycle baju nikah

Me n husband, with arabian theme

Adik (Affan) with his wife

Pelamin frame baru berkembar dari Pusat Kecantikan Puteri

Our outfit sponsored by Iris Awana.
Own HB and shoes collection.

Adik with Puteri's turqoise wedding outfit

Our family without along (kursus) and Aizim (orientasi UPSI).


Peach dress yang adik pakai tu pun from Puteri’s collection, tuk potong kek. Kami je tak sesalin sebab around kul 4.30 pm aku dah remove make up dan terus pecut ke Melaka untuk malam berinai belah lelaki.

Engatkan nak g outdoor sekejap di Segamat, I found out satu tempat yang best, tapi baru naik kereta, hujan dah turun pulak. Ahh nemai lah, aku buat tuk 1st anniversary nanti. Nak tahu tempat best tu? Airport lama di Segamat, dekat2 Segamat Golf Club dan Pusat Memandu. Lain2 outdoor di Segamat, can click here.

Gambar dan album dari official photographer resepsi ni pun dah siap. Sehari je siap! Kualiti gambar macam kat bawah ni. Memang recommended! Dan make up dari Puteri ni pun much better dari Iris Awana. 




Will update about my next (and last) resepsi. Oh ya, resepsi adik di Sekinchan juga. Bye for now! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...