Thursday, April 28, 2011

Meeting @Klana Resort, Somban


Hai. Hari ni windows buat hal. Tak boleh nak start. Jenuh lah menunggu dia repair. Mana boleh sabar. Last2 pakai Linux je. 

Lappy aku ni ada Windows dan Linux. Aku guna Linux bile time nak buat protein structure je. So banyak la software merapu pasal protein modeling ada dalam ni. 

Pakai Linux ni best. Cepat je buat kerja, tak de loading terhegeh2. Antivirus pun tak perlu. Cuma kalau tak familiar, memang rasa leceh. 

So hari ni aku update pakai Linux. Dah nak seminggu baru nak update kan. Ni gambar aku first meeting projek Robust Enzyme. Tengok gambar je ye.


View Klana Resort dari tingkat 2
Ada swimming pool besau

Air pool mengalir dari fountain lobby. Eeuuww...

Ada jungle tracking track jugak. Nampak tak?

Act ni bergambau dekat model jungle tracking tapi tak nampak

Boleh snorkeling. Teettt tipu! Ni dalam akuarium la.

Sebelum present

Menu supper je sempat snap. Menu lain? Licin dulu sebelum keluar kamera.

Jenjalan kat PD cari fridge magnet, demand dak2 lab ni.


Layang-layang spiderman

Sebelum balik


Tu je gambarnya. Tak banyak sangat sebab kamera tu bukan aku punya.  Nanti lah aku nak beli camera baru... Hehe.

Kesimpulannya, tak best lah meeting kat Seremban. Tak de tempat nak jenjalan. =(








Notakaki: Tengok jawapan test IQ kat sini.

Sunday, April 24, 2011

Petua Hilangkan Mengantuk


Last week, aku, Yan dan Kimi ada meeting dekat Klana Beach Resort, Seremban. Meeting nya kejap je, aku present pun tak sampai 10 minit tapi makan je yang lebih.

Breakfast, minum pagi, lunch, tea-break, dinner dan supper. Enam kali sehari! Pergh bukan takat tak sempat nak lapar balik, tapi makanan pun tak sempat nak sampai perut, dah disumbat dengan makanan lain! Terbaik! Meeting selalu macam ni pun tak ape ;p

So bila perut dah kenyang, maka organ pencernaan akan mula bekerja untuk mencerna semua makanan yang dimakan dan proses ini memerlukan kuantiti oxygen yang banyak. 

Peningkatan keperluan oxygen ke perut akan menyebabkan keperluan oxygen ke otak akan berkurang seterusnya menyebabkan mengantuk. (2/5 markah) 

Sebab tu lah aku tengok Yan dah tersengguk2, Kimi dan melayan fesbuk, aku pulak sibuk melukis menconteng atas kertas. Bila geram sume yang aku conteng tak lawa, mula lah aku kacau ketenteraman diorang nih! Saje nak uji IQ diorang...

Korang pun nak uji IQ jugak? Ok, cer jawab cer jawab. 




Teeeetttttt!!!! Time's up. Dapat jawab tak? Tak pe, Yan tu tengah buat PhD, Kimi lak tengah buat Master tapi dua2 tak dapat jawab jugak. Hahaha. Ok kimi dapat jawab 2 jewww.

Yang penting diorang tak mengantuk lepas tu... Kan suci niat aku. Bagi IQ test supaya Yan tak ngantuk dan boleh dengar presentation orang lain.

Tak pe, pikir lah masak2 dulu ye. Jawapan akan diupdate selepas aku publish gambar kitorang bermeeting.

Sapa dapat jawab dengan betul dapat hadiah mufin yang kitorang cilok dari meeting. Ada 27 semuanya. Ni ha kalau tak caya...




Cepat sementara fungus belum tumbuh dekat mufin neh! (Kalau expired still boleh makan tau, jangan membazir. Kalau fungus tumbuh barulah hukum buang tong sampah.)

Ok babai!






Update: Jawapan Test IQ






Got it right? No?










Saturday, April 23, 2011

Hadiah Mother's Day?


Seronoknya... Kat entri dulu, aku beli sandal putih dan sedang mencari purse putih. Dari dulu teringin nak handbag Guess tapi mahal sangat, so purse Guess pun ok lah. Tapi dah survey2 online, tak de yang berkenan. Harga mahal2 tapi tengok sebijik macam kat pasar malam...

Hari tu pergi Jusco, nampak purse putih, berkenan dan terus beli je! Susah aku nak jatuh cinta pandang pertama nih! Dah jumpa baik beli je sebab ni satu je stok nya. Ni ha, santik tak? Tak santik sudah! =(




Purse dari Alain Delon tapi harga tak sampai seratus. Murah lah. Offer sempena Mother's Day. Ada lagi satu kaler coklat, engat nak belikan Cik Ana (mak), nak pakai sepasang dengan Cik Ana tu. Tapi baru je 2 bulan lepas aku belikan Cik Ana purse dan kasut. Alain Delon jugak.

So sekarang tengah mencari idea nak bagi Cik Ana apa sempena Mother's Day. Any idea?



Notakaki: Mak, tunggu ye surprise untuk mak. Still thinking. Luv U! Luv U! Luv U! Luv U! Luuuuvvvvv U!!!!

Sunday, April 17, 2011

Majlis Khatam, Housewarming dan Besday Celebration



Wah penatnya minggu ni pergi ke 3 kenduri. Ok tipu. Ni kenduri 3 in 1. I loiiikee! Macam aku bertunang dulu, sekali dengan housewarming, tahlil dan cukur jambul. Kan lagi jimat dan meriah.

Kali ni kenduri di rumah Mok Cu (mak cik Mr.F) di Bangi. Dari dua bulan lepas dia dah mengajak. Pergi je la walaupun next week nak first stage evaluation! Takut, risau, tapi kaki tetap nak berjalan tak reti nak dok diam-diam stadi.

Disebabkan first stage jugaklah, aku terpaksa balik awal. Sian Mr.F, kena temankan aku balik dan tak dapat join besday party malamnya tu. Dah lah sume adik-beradik dia dok berkumpul kat situ, tetiba dia sorang tak dapat join. Sian dia tak dapat makan sate. =(

Arghhh bersalahnya aku. Tapi tak pe, malam tu aku dah blanje Mr.F sate 10 cucuk. Sian Ila yang beria ajak aku stay tuk celebrate besday. Tak leh la yang... Stadi must come first! Cewah... Kalau tak sebab first stage ni, tak yah ko ajak, akak sendiri dengan muka tak malunya tidur situ lagi 1 malam!

Ok sambung balik cerita majlis tadi, pepagi tu ada majlis khatam Quran Zirah (anak Mok Cu). Siap berkompang, berpelamin sume. Mok Cu suruh aku jadi camerawoman. Tapi masa dia dah berarak, aku baru terhegeh-hegeh nak mandi. Cameraman apa da aku ni...

Jom cuci mata tengok gambar yang sempat aku snap.


Kompang Desa Sentosa

Pengantin darjah 6!

Mini pelamin untuk khatam

Bacaan Yaasin

Mok Cu dan Zirah

Rojak Petis

Sis, SIL dan anak buah Mr.F

Saya dan 




Eh ni sapa pulak ni??? Remove remove!


Sekian sahaja. Doakan first stage aku minggu ni ye. Tapi tarikh tak confirm lagi. Berdebar betul menunggu. Kalau postpone lepas meeting bagus jugak. Boleh prepare mentally pulak.



Thursday, April 14, 2011

Calon-calon Jurugambar



Hai readers! Nak citer ni. Aku berblog ni adalah untuk kenangan di hari tua dan juga untuk meluahkan perasaan sahaja. Ceh apa skema nih!

Tapi, thanx kepada Belog Cap Ayam yang promote blog aku nih dan menyumbang beberapa followers. Bila dah rasa blog ni ada yang membaca, terasa nak behave sikit. Tak mau lah tulis merepek-repek, meluahkan perasaan, marah-marah, emo tak tentu pasal. Siapa yang nak baca kan? Lain lah aku ni Famous Amos, tak cukup kain orang nak jagakan.

Ok mari kembali kepangkal jalan bersama-sama. Berbalik kepada tajuk diatas ye. Bila aku pergi balik kat blog diorang ni, kebanyakannya adalah bride-to-be. Mungkin sebab tu diorang follow aku, sebab nak share any tips dan info. Kan?

Aku ni lambat lagi nak khawin, so tak de lah survey lagi. Cuma ada beberapa photographer yang aku kenal secara tak langsung. Dan pakejnya agak menarik. Jom nak share.


1. Sigaragawan Photography

Dah macam nama ayah tiga Abdul pulak, Saddiq Sigaraga. Ini adalah bisnes kawan aku, Zaza dengan clique dia. Kalau ambil pakej A atau B, dapat free pre-wedding. Sapa tak nak free kan? Korang tak nak, pass kat aku! Berminat boleh ke blog nya dengan klik gambar dibawah.

Pakej Sigaragawan Photography


2. Razz Design

En. Razif ni adalah penyewa rumah lama aku kat Duyung. Isteri dia pulak ada amik tempahan hantaran. So sesiapa ada kat area Melaka boleh lah amik diorang ni untuk ambil gambar dan buat hantaran. Berminat silalah call nombor di bawah.


Pakej Fotografi Razz Design


3. Lensa Melayu Photography

Aku tak kenal sangat Azizi Elias ni in person. Mak andam yang solek kan aku bertunang yang kenalkan. Aku rasa dia ni professional photographer. Tak caya jom tengok portfolio dia kat FB dan blog nya. Superb! Pakejnya: 


Pakej L.M.1
Nikah-Sanding (2Event 1Hari)
1pcs Custom Album Saiz 12 x 36 inci 
1pcs foto 16x20 
Semua sofcopy foto
RM1800.00


Pakej L.M.2
Nikah-Sanding (2Event 2Hari)
1pcs Custom Album Saiz 12 x 36 inci 
1pcs foto 16x20 
Semua sofcopy foto
RM2100.00


Pakej L.M.3
Nikah-Berinai- Sanding (3Event 2Hari)
1pcs Custom Album Saiz 12 x 36 inci 
1pcs foto 16x20 
Semua sofcopy foto
RM2300.00


Pakej L.M.4
Bertandang(1Event)
1pcs Custom Album Saiz 12 x 12 inci 
1pcs foto 16x20 
Semua sofcopy foto
RM1500.00


Pakel L.M.5 
Tunang
1pcs Custom Album Saiz 10 x 12 inci 
1pcs foto 8r + frame
Semua sofcopy foto
RM1200.00

Price Tak Termasuk Caj Petrol Dan Penginapan


Berminat? Ada lagi nak cerita tapi next post lah ye. Dah panjang sangat entri ni. Babai for now readers!

Thursday, April 7, 2011

Mulai Esok...



Mulai esok, aku nak jadi rajin. Haip! Jangan lah gelak... Ha... ni lah malas nak bagi tahu. Asal ada niat baik je ada je orang nak gelak. Lantak korang lah.

Mulai esok, nak rajin puasa. Setiap Isnin dan Khamis.

Mulai esok, nak rajin pergi gym. Setiap Selasa dan Khamis.

Mulai esok, nak rajin practice swimming. Setiap Jumaat dan kalau ada duit dan kalau tak hujan.

Mulai esok, nak kumpul duit untuk khawin. No more shopping. Susah nih!

Mulai esok, nak diet! Nak jaga makan. Pun untuk khawin.

So tadi gi Jusco ngan Kak Aizi dan Kak Atul. Niat hati nak beli skipping rope, tapi last-last terlupa pulak. Dah turun eskalator baru teringat.

Apa yang aku beli? Ni ha...



Terbeli makanan lak. Ok lah tu, at least dapat kawal diri, sikit je lagi nak capai baju dan seluar baru. 

Bila dah sampai tingkat bawah, teringin pulak nak makan KFC. Tapau lah snack plate 1! Air tukar Milo. Tambah Cheezy Wedges 1! Pheww...




Kate nak diet. Tapi makan KFC malam-malam. Pe cite? Oh ya, yang sume-sume aku cakap kat atas tu kan mulai esok... KFC ni malam ni punya cerita. Hehehe. Mulai esok ok?

Ok babai.





Notakaki: Mulai esok. Kita tengok sampai bila boleh bertahan...

Kawanku Khawin, Aku Suka. Sepupuku Berduka...



Berkenaan tajuk di atas, kawan aku tu tak de kena mengena dengan sepupuku ya. Sila baca sampai habis dulu ya.

Sabtu lepas, aku ke majlis khawin kawan sekolah di MGHS dulu, Afie. Dulu rumah dok dekat-dekat, tapi tak pernah pun jejak kaki kat rumah dia. Bila datang je aritu, wow besarnya laman! Berbelas khemah jemputan u. Sampai rambang mata aku nak pilih nak duduk mana.



 Inilah laman rumah pengantin. Bukan padang bola. Tema purple.



Yang dua butir ni khemah untuk mak ayah pengantin kutip tol!


Cantiknya tiang bunga ni kalau diletak sepanjang red carpet kan...


Siap ada live band lagi. Phewwittt!


Meja makan beradab pun serba purple, selit2 biru.


Oooh ini lah yang aku suka tu! Memang aim pelamin kanopi cenggini nih! 
Pelamin dari Sanee Bridal, Melaka. 


Baju pun. Sukanya... Congrats Afie dan Sein! Gambar dari sini.




 Tak dapat bergambar ngan ko. Aku datang awal sangat,
 ko pun tak siap lagi. Nway, congrats ya!


Ok habis satu cerita.

Ahad esoknya, aku balik Segamat sebab sepupu lak khawin. Tema pun sama ngan Afie, kaler purple. Tapi kali ni dengan baju pengantin sekali hentam purple. Dah sebijik macam hari keluarga Celcom pulak. Ooops!



Lawa gak. Tapi aku nak pelamin kanopi...



Congrats Pipie and Ain!


Ok ni lah cerita sedihnya. 3 hari sebelum majlis Pipie ni, abangnya (sepupu aku jugaklah kan) accident di Melaka. Kesian tak ada siapa datang melawat sebab semua busy dengan majlis adiknya di kampung. 

Kebetulan aku kat Melaka Sabtu tu, aku pun singgah lah melawat dia di hospital. Bawak lah Mr.F sekali. Ngeri aku tengok tangannya yang bengkok tu. Dua-dua tulang ulna dan radius (gambar google bawah) patah dan kena tunggu Isnin untuk operate masukkan besi. Lamanya...



Aku rasa aku pernah belajar Biologi dulu. Tapi nape tak familiar dengan nama ulna dan radius ni ye. Doktor, tolong jangan gelakkan.

Esoknya bila aku dah balik ke kampung, aku past kat Mr.F suh gi melawat dia. Sanggup Mr.F pergi walaupun baru je semalam kenal. Siap bawak Teh Krisantimum, paper, pisau, pinggan bagai. Thanx love!

Itulah ceritanya minggu lepas...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...