Thursday, April 14, 2011

Calon-calon Jurugambar



Hai readers! Nak citer ni. Aku berblog ni adalah untuk kenangan di hari tua dan juga untuk meluahkan perasaan sahaja. Ceh apa skema nih!

Tapi, thanx kepada Belog Cap Ayam yang promote blog aku nih dan menyumbang beberapa followers. Bila dah rasa blog ni ada yang membaca, terasa nak behave sikit. Tak mau lah tulis merepek-repek, meluahkan perasaan, marah-marah, emo tak tentu pasal. Siapa yang nak baca kan? Lain lah aku ni Famous Amos, tak cukup kain orang nak jagakan.

Ok mari kembali kepangkal jalan bersama-sama. Berbalik kepada tajuk diatas ye. Bila aku pergi balik kat blog diorang ni, kebanyakannya adalah bride-to-be. Mungkin sebab tu diorang follow aku, sebab nak share any tips dan info. Kan?

Aku ni lambat lagi nak khawin, so tak de lah survey lagi. Cuma ada beberapa photographer yang aku kenal secara tak langsung. Dan pakejnya agak menarik. Jom nak share.


1. Sigaragawan Photography

Dah macam nama ayah tiga Abdul pulak, Saddiq Sigaraga. Ini adalah bisnes kawan aku, Zaza dengan clique dia. Kalau ambil pakej A atau B, dapat free pre-wedding. Sapa tak nak free kan? Korang tak nak, pass kat aku! Berminat boleh ke blog nya dengan klik gambar dibawah.

Pakej Sigaragawan Photography


2. Razz Design

En. Razif ni adalah penyewa rumah lama aku kat Duyung. Isteri dia pulak ada amik tempahan hantaran. So sesiapa ada kat area Melaka boleh lah amik diorang ni untuk ambil gambar dan buat hantaran. Berminat silalah call nombor di bawah.


Pakej Fotografi Razz Design


3. Lensa Melayu Photography

Aku tak kenal sangat Azizi Elias ni in person. Mak andam yang solek kan aku bertunang yang kenalkan. Aku rasa dia ni professional photographer. Tak caya jom tengok portfolio dia kat FB dan blog nya. Superb! Pakejnya: 


Pakej L.M.1
Nikah-Sanding (2Event 1Hari)
1pcs Custom Album Saiz 12 x 36 inci 
1pcs foto 16x20 
Semua sofcopy foto
RM1800.00


Pakej L.M.2
Nikah-Sanding (2Event 2Hari)
1pcs Custom Album Saiz 12 x 36 inci 
1pcs foto 16x20 
Semua sofcopy foto
RM2100.00


Pakej L.M.3
Nikah-Berinai- Sanding (3Event 2Hari)
1pcs Custom Album Saiz 12 x 36 inci 
1pcs foto 16x20 
Semua sofcopy foto
RM2300.00


Pakej L.M.4
Bertandang(1Event)
1pcs Custom Album Saiz 12 x 12 inci 
1pcs foto 16x20 
Semua sofcopy foto
RM1500.00


Pakel L.M.5 
Tunang
1pcs Custom Album Saiz 10 x 12 inci 
1pcs foto 8r + frame
Semua sofcopy foto
RM1200.00

Price Tak Termasuk Caj Petrol Dan Penginapan


Berminat? Ada lagi nak cerita tapi next post lah ye. Dah panjang sangat entri ni. Babai for now readers!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...