Thursday, April 7, 2011

Mulai Esok...



Mulai esok, aku nak jadi rajin. Haip! Jangan lah gelak... Ha... ni lah malas nak bagi tahu. Asal ada niat baik je ada je orang nak gelak. Lantak korang lah.

Mulai esok, nak rajin puasa. Setiap Isnin dan Khamis.

Mulai esok, nak rajin pergi gym. Setiap Selasa dan Khamis.

Mulai esok, nak rajin practice swimming. Setiap Jumaat dan kalau ada duit dan kalau tak hujan.

Mulai esok, nak kumpul duit untuk khawin. No more shopping. Susah nih!

Mulai esok, nak diet! Nak jaga makan. Pun untuk khawin.

So tadi gi Jusco ngan Kak Aizi dan Kak Atul. Niat hati nak beli skipping rope, tapi last-last terlupa pulak. Dah turun eskalator baru teringat.

Apa yang aku beli? Ni ha...



Terbeli makanan lak. Ok lah tu, at least dapat kawal diri, sikit je lagi nak capai baju dan seluar baru. 

Bila dah sampai tingkat bawah, teringin pulak nak makan KFC. Tapau lah snack plate 1! Air tukar Milo. Tambah Cheezy Wedges 1! Pheww...




Kate nak diet. Tapi makan KFC malam-malam. Pe cite? Oh ya, yang sume-sume aku cakap kat atas tu kan mulai esok... KFC ni malam ni punya cerita. Hehehe. Mulai esok ok?

Ok babai.





Notakaki: Mulai esok. Kita tengok sampai bila boleh bertahan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...