Sunday, April 17, 2011

Majlis Khatam, Housewarming dan Besday Celebration



Wah penatnya minggu ni pergi ke 3 kenduri. Ok tipu. Ni kenduri 3 in 1. I loiiikee! Macam aku bertunang dulu, sekali dengan housewarming, tahlil dan cukur jambul. Kan lagi jimat dan meriah.

Kali ni kenduri di rumah Mok Cu (mak cik Mr.F) di Bangi. Dari dua bulan lepas dia dah mengajak. Pergi je la walaupun next week nak first stage evaluation! Takut, risau, tapi kaki tetap nak berjalan tak reti nak dok diam-diam stadi.

Disebabkan first stage jugaklah, aku terpaksa balik awal. Sian Mr.F, kena temankan aku balik dan tak dapat join besday party malamnya tu. Dah lah sume adik-beradik dia dok berkumpul kat situ, tetiba dia sorang tak dapat join. Sian dia tak dapat makan sate. =(

Arghhh bersalahnya aku. Tapi tak pe, malam tu aku dah blanje Mr.F sate 10 cucuk. Sian Ila yang beria ajak aku stay tuk celebrate besday. Tak leh la yang... Stadi must come first! Cewah... Kalau tak sebab first stage ni, tak yah ko ajak, akak sendiri dengan muka tak malunya tidur situ lagi 1 malam!

Ok sambung balik cerita majlis tadi, pepagi tu ada majlis khatam Quran Zirah (anak Mok Cu). Siap berkompang, berpelamin sume. Mok Cu suruh aku jadi camerawoman. Tapi masa dia dah berarak, aku baru terhegeh-hegeh nak mandi. Cameraman apa da aku ni...

Jom cuci mata tengok gambar yang sempat aku snap.


Kompang Desa Sentosa

Pengantin darjah 6!

Mini pelamin untuk khatam

Bacaan Yaasin

Mok Cu dan Zirah

Rojak Petis

Sis, SIL dan anak buah Mr.F

Saya dan 




Eh ni sapa pulak ni??? Remove remove!


Sekian sahaja. Doakan first stage aku minggu ni ye. Tapi tarikh tak confirm lagi. Berdebar betul menunggu. Kalau postpone lepas meeting bagus jugak. Boleh prepare mentally pulak.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...