Wednesday, January 30, 2013

Resipi: Laksa Johor


Dah lama husband request tapi tak teringat nak buat. Last week labmate ada bawa laksa johor, terus teringatkan request husband. Luckily esoknya terkena hari Khamis cuti Maulidur Rasul, seharian lah kat dapur mengerjakannya. Bab asing tulang ikan tu yang penat sikit.

Malam tu husband datang n surprisekan dia (boleh tak surprise dengan laksa johor, tak kena langsung). Tutup mata dia n suruh dia bau dan rasa. Ada dia kata sambal tahi minyak! Cis, terlebih kerisik lah pulak. Tapi dia bagi 4/5 bintang. Ok lah tu. First trial kot, boleh improve.




Bahan A:
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci lengkuas *
2 inci halia *
2 sudu besar cili kisar *
1 sudu kecil jintan manis ditumbuk
1 sudu kecil ketumbar ditumbuk
2 sudu besar udang kering ditumbuk
2 sudu besar serbuk kari
2 batang serai diketuk


Bahan B:
Air rebusan ikan
1 kotak santan

Bahan C:
800 gram ikan kembung
100 gram udang basah

Bahan D:
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
Segenggam daun kesum
2 batang bunga kantan dibelah 2
Bahan E:
Garam halus
Gula

Bahan E:
Limau kasturi dipotong 2
Bawang besar dihiris
Timun dihiris

Cara-cara:
1. Rebus bahan C. Bila dah sejuk, buang tulang ikan dan blend. Buang kulit udang dan blend juga. Jangan buang air rebusan.
2. Kisar semua bahan A bertanda *. Kemudian campur bahan kisar dengan jintan manis, ketumbar dan serbuk kari. Tumis semua bahan A sehingga bau wangi
3. Masukkan bahan B. Saya masukkan air rebusan 1 senduk je dulu. Lepastu masukkan santan then baru adjust kepekatan kuah dengan baki air rebusan tadi. Kacau sebati dan biar mendidih.
4. Masukkan bahan C (isi ikan dan udang yang dah diblend). Kacau rata hingga kuah sedikit pekat.
5. Masukkan kesemua bahan D dan kacau rata.
6. Adjust dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Hidang dengan bahan E dan belacan. Eh jangan lupa spaghetti sekali. Nomnomnom.




Thanx for reading

Thursday, January 24, 2013

Resipi: Coleslow, Baked Beans dan Mashed Potato



Salam Maulidur Rasul
مُحَمّدْ سَيّدنَآ عَلۓِ ۈسَلّمْ صَلّیۓِ آللّهُمَ



Ada request nak resipi coleslow dan mashed potato. Resipi ayam panggang di sini. Tak expect lak ada yang nak sebab benda tu main agak2 je. Esp coleslow tu, hubby yang buat. Cincang kubis dan karot halus-halus. Kalau nak tambah kubis ungu pun boleh. Lepastu gaulkan dengan mayonis dan susu cair, main agak2 je. Tapi saya guna susu pekat sebab nak rasa manis sikit.





Baked beans tu pun dari tin je. Tapi still tumis dengan bawang dan cili. Make sure cili tu dah masak betul baru masukkan baked bean. Tak perlu kacau sangat, takut hancur. Ni pun hubby yg buat sebenarnya. Meal yang penuh dengan kerjasama. 





Untuk mashed potato pulak basuh bersih dan rebus kentang 2 biji besar (untuk 2 orang) tanpa buang kulit. Make sure air cukup banyak untuk tenggelamkan keseluruhan kentang, so kentang akan lembut sama rata. Lama juga saya rebus, sampai betul2 lembut, cucuk-cucuklah dengan garfu. 

Bila dah lembut, tutup api dan biar sejuk. Buang kulit kentang dengan tarik menggunakan garfu. Lepas tu lenyek-lenyek atas penapis dan ambil bahagian yang terkeluar di bawah. Lenyek sampai habis semua keluar ke bawah.




Lepas tu, kalau ada scoop ice cream, boleh ceduk kentang dah dilenyek dan buat bentuk bulat. Tapi aku pakai tangan je. Hubby tak kisah, tapi basuhlah tangan tu dulu! Sambil-sambil tu boleh banyakkan berzikir semasa masak untuk suami, InsyaAllah suami akan sentiasa berkelakuan baik dan makin sayang!




Sos Black Pepper:
Bahan-bahan:
1 sudu bawang putih dan merah diblend (aku dah blend siap2, tu guna sukatan sudu)
½ kiub ayam Knorr
1 sudu besar susu tepung (optional kot, tapi aku guna gak susu Omega)
½ sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu kecil rempah lada hitam ditumbuk (bukan serbuk)
1 sudu besar mentega
½ sudu besar tepung jagung

Cara-cara:
1.  Cairkan mentega atas kuali
2. Tumis bawang, masukkan kiub ayam Knorr, sos tiram, sos lada hitam, susu tepung
3. Larutkan tepung jagung dalam air, masukkan sekali dalam tumisan
4. Masukkan biji lada hitam yang dah ditumbuk
5. Siap, taadaaaaa..!!!




Eh ada yang nak resipi brokoli jugak ke? Hehe. 



Thanx for reading

Tuesday, January 22, 2013

Resipi: Ayam Panggang ala Kenny Rogers


Resipi Ayam Panggang ala Kenny Rogers??? Saya pun tanya pak cik gugel tapi alter sikit ikut suka hati. Tapi nak syer lagi tak pe kan?

Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 6 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 1 sudu kecil jintan manis *
- 1 sudu kecil ketumbar *
- 1 sudu kecil lada hitam *
- 1 kiub pati ayam Knorr
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar madu
- 1 susu besar gula pasir (saya guna gula perang)
- 1 ½ sudu kecil garam halus

Cara-cara:
1. Tumbuk halus bahan bertanda *
2. Blend kesemua bahan-bahan lain di atas dan dicampur bahan bertanda *
3. Peram dengan ayam semalaman
4. Sebelum memanggang, sapu sedikit marjerin dan bakar 200ºC selama 1 ½ jam.


Perap ayam semalaman

Hubby tolong cek setiap 1/2 jam dan tambah bahan perap.
(padahal dia tak sabar nak tunggu ayam siap!)

Well cooked!

Boleh hidang dengan side dishes



Thanx for reading

Monday, January 21, 2013

Homemade Kenny Rogers


Eceli masa kahwin dulu, labmates tanya nak hadiah apa. Saya request oven. Nasib baik tak mintak microwave sebab sorang mak cik saya dah bagi microwave. Rice cooker, blender dan pinggan mangkuk semua ada juga, dah selamat digunakan. Terima kasih daun keladi korang!

So hari ni merasmikan oven baru. Tak agak2 nak buat ayam panggang terus tu! Dah ala-la Kenny Rogers siap 4 side dishes baked beans, mashed potato, brokoli dan coleslow. Semua homemade termasuk sos black pepper tau. Brokoli dan ayam je tak tanam dan ternak sendiri!


His lunch

My lunch

Quarter black pepper chic, baked beans, brokoli, mashed potato & coleslow.                     Full of proteins and fibers


Nasib baik hubby pun menolong. Bentang kan surat khabar depan TV, sediakan chopping board dan pisau, siaplah bab potong memotong. Oh btw, kat bawah ni bekfas tuk hubby. Banyak betul dia makan!

Scramble egg, nasi goreng, cekodok & his fav Vico!



Thanx for reading

Friday, January 18, 2013

Review: Doorgift (Bacaan Solat & Terjemahan)


Hari Jumaat ni, nak syer satu idea. Syer pahala pun iya juga.

Sekarang ni ramai orang selalu bagi Yaasin sebagai doorgift. Kalau dekat Mydin, sekeping RM1 untuk naskah paling kecil. Soalannya, berapa ramai orang akan gunakan Yaasin yang kita beri?

Salah satu mungkin sebab naskah yang kecil, tulisannya pun kecil. So mereka prefer guna Yaasin mereka sendiri yang of course tulisannya lebih besar dan jelas (selalu mak cik pak cik lah).

Soalan lain, berapa ramai yang faham setiap maksud bacaan dalam solat? Sedikit info untuk dikongsi:


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
Berapa ramai orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.

Ketahuilah solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain. Oleh itu, langkah awal bagi mendapatkan kekhusyukan dalam menunaikan solat adalah dengan membaca bacaan solat dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami dan mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu, terutama sekali Al- Fatihah, gerakan dalam solat dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut difahami oleh orang yang melaksanakannya.


So apa kata kita bukukan pula bacaan dalam solat dan terjemahannya sebagai doorgift. InsyaAllah bermanfaat. Sekarang dah ramai syarikat printing yang boleh accept custome order macam ni.

Sebenarnya terjemahan solat ni adalah salah satu doorgift wedding saya. Tapi lambat untuk dikongsi di sini until saya dapat request dari B2B blogger sha. Kalau sesiapa nak, boleh email saya. Free je... Siap doa pengantin, bacaan solat, doa wuduk, azan dan doa azan, zikir harian dan wirid. Semua ada terjemahannya. 


Boleh email siti.norbaidurah@gmail.comKorang ni tolong lah rajin sikit, aku dah bagi email ni, tolong email aku dulu, senang aku terus reply dan attach file tu. Penat aku nak copy paste email korang n compose mesej. Hehe aku ni kan pemalas. Kadang2 pelupa.

Credit to Prof Wan Azelee yang mengumpulkan segala doa dan terjemahan.





Thanx for reading

Tuesday, January 8, 2013

New Year @New Environment


Im really100x thankful to my husband, really appreciate him and love him more. He put 98% effort untuk pindah rumah dan the rest 2% is from me. Haa kami dah pindah rumah. Macam ni ceritanya...

Eceli kami ni PJJ, hubby kerja Melaka stay dengan family di sana. Aku pulak still belajar dan stay dengan kawan2 di Skudai. Tiap kali hubby datang, kami check-in hotel. Tak merancang pun nak menyewa rumah lain sebab aku tak percaya dengan keberanian aku.

Lama2 tu, penat juga asik dok ulang-alik hotel. Kalau hari Ahad lagi la, pukul 12am dah check out pastu kami tak tahu nak kemana. So aku try cari2 rumah kat mudah.my, tapi tak ada. Bila dah tak jumpa, kami stop pencarian di situ je sebab aku bukan nak pindah betul2 pun...

Until hubby kena operate appendices dan dapat MC 2 minggu. Tapi dia duduk Melaka, tak kan nak bermalam 2 minggu kat hotel sini. Kesian dia, kat Melaka tak de sapa nak jaga atau masakkan dia sup haruan. Lainlah kat sini, InsyaAllah aku usahakan...

So last time hubby datang, aku ajak hubby cari rumah. Alhamdulillah, setengah hari je dah jumpa, Allah permudahkan. Orang yang menyewa sebelum ni nak keluar awal tahun. Ada lah dalam masa 2 minggu lagi untuk kami masuk rumah baru...

Tepat malam 31st Dis lepas (Isnin), kami dapat kunci rumah. Kebetulan hubby cuti 2 minggu. So Isnin tu dia pack barang kat rumah sewa lama aku. Aku tak pack awal2 sebab aku rancang nak keluar dari rumah lama pertengahan Januari sebab nak angkut sikit2. Ye lah, rumah baru aku tu di tingkat 3, pengsan kalau nak buat marathon mengangkut! Tapi sap sap sap semua siap pack by time 5pm. Hubby buat sorang ye sebab aku gi kerja. Dengan katil dan dan meja study aku semua dan ditanggalkan dan disandarkan tepi dinding!

So petang tu kami mengangkutlah. Eceli hubby je mengangkut sorang, aku dok tunggu kat atas menyapu dan mengemop.  Dia tak bagi aku angkat berat, takut buasir katanya! Cis! Thats the story of the first day.

Misi bermula...

Tahun baru, 1st Jan, Selasa, aku gi lab macam biasa, hubby gi sambung uruskan barang2 aku kat rumah lama. By afternoon aku cal dia, ‘Abang dah angkut semua katil n meja study, dah pasang dah pun...’ Perghhh! Macam ada superpower la, padahal badan kurus keding je, tapi mengangkat sekejap je ke tingkat 3, tanpa lif ye!

Petang lepas aku balik lab, kami singgah lagi rumah lama aku untuk sambung lagi angkut barang. Malam, hubby dengan pekerja kedai perabot mengangkut peti ais, mesin basuh dan sofa pulak. Fuh! Letih aku menolong menengok! Setel semua electric devices yang besar2. Nasib baik barang electric kecil2 dah ada dari hadiah kawin. Save budget kami, thank u korang!

On third day, 2nd Jan, hubby dah tak de mengangkut lagi. Dia duduk rumah dan menyusun semua perabot ke tempat sepatutnya. Bersihkan peti ais dan mesin basuh, basuh baju 1 trip sebab nak try mesin baru. Tapi habis membasuh, tak de tempat nak menyidai. So malam tu pergi lah kami ke Mydin Kulai mencari stove, iron board, cloth hanger, cloth drawer. Kopak wei! Before that dah sempat menyinggah Jakel mencari langsir. Dengan hujan lebat kami meredah ke sana. Unluckily, dah habis kain memurah. Jimat.

Khamis pulak, kami dah setelkan TV. Asalnya nak beli SmartTV untuk wifi, tapi setakat boleh wifi je harga dah beza Rm300, baik tak payah. Tunggu lah akan datang bila dah banyak lagi function SmartTV, baru boleh rembat satu. Tapi kena tunggu duit pun berkepuk la! Ni kira TV sementara je. TV sementara pun hubby nak LED jugak. 

The rest 3 days Jumaat till Ahad, aku cuma sambung kemas apa yang patut. Alhamdulillah setel semuanya sebelum hubby balik Melaka Ahad petang. Walaupun duit mengalir lebih deras dari air, syukur sebab keperluan rumah dah lengkap tanpa berhutang. Dalam minggu tu, berkali jugaklah kitorang asik cash out duit, tapi kejap je dah abis. Aku fikir purse aku ni bocor, rupanya tak perasan duit asik mengalir kat Giant, Mydin, kedai Hardware dan kedai 2N.

Tapi Alhamdulillah ada je rezekinya. Bonus hubby, bonus ASB dan beberapa lagi unexpected rezeki. Termasuklah hadiah dari kawan-kawan yang meringankan beban kami. Terima kasih daun keladi! Terima kasih juga kat hubby sebab mengangkut semua barang sorang2... Sobs terharu!

Nanti kita syer hasil make-over nya ye...






Thanx for reading

Wedding Highlight: 08 & 09 September 2012


Hai Selamat Tahun Baru. Hihi lama tak update, busy sikit pindah rumah. Nanti kita cerita hal pindah-memindah ni. Kali ni tak tipu, entri nya dah ada, cuma kena edit2 sikit je.

Alhamdulillah dah setengah tahun kawin, HAPPILY. How time flies! Another 6 months to complete all labworks, OFFICIALLY! But I dont think I can finish my PhD without delay it to another semester(s). *sad face* Doakan saya ya...

Oh ok tukar topik. Dulu saya dah share video highlight di majlis rumah abah (08 Julai 2012), video directed by ManisDV Production. Boleh tengok video tu di link ni. Tapi video highlight je, full video terlalu besar untuk upload. Cukuplah untuk tontonan family and anak cucu saya nanti.

Untuk resepsi rumah mak dan bertandang, saya guna khidmat Pujangga Studio. Nanti boleh buat review dua2 videographer ni ye. Layankan dulu video ni. Frankly speaking, saya suka video masa majlis bertandang di Melaka sebab nampak kemeriahannya! Mungkin disebabkan pemilihan lagu juga...




Majlis Resepsi Kedua (08 September 2012) - link



Highlight Zura & Hidayat : Majlis Persandingan from Pujangga Studio on Vimeo.



Majlis Bertandang (09 September 2012) - link



Thanx for reading


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...