Dah lama husband request tapi tak teringat
nak buat. Last week labmate ada bawa laksa johor, terus teringatkan request
husband. Luckily esoknya terkena hari Khamis cuti Maulidur Rasul, seharian lah
kat dapur mengerjakannya. Bab asing tulang ikan tu yang penat sikit.
Malam tu husband datang n
surprisekan dia (boleh tak surprise dengan laksa johor, tak kena langsung).
Tutup mata dia n suruh dia bau dan rasa. Ada dia kata sambal tahi minyak! Cis,
terlebih kerisik lah pulak. Tapi dia bagi 4/5 bintang. Ok lah tu. First trial
kot, boleh improve.
Bahan A:
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci lengkuas *
2 inci halia *
2 sudu besar cili kisar *
1 sudu kecil jintan manis ditumbuk
1 sudu kecil ketumbar ditumbuk
2 sudu besar udang kering ditumbuk
2 sudu besar serbuk kari
2 batang serai diketuk
Bahan B:
Air rebusan ikan
1 kotak santan
Bahan C:
800 gram ikan kembung
100 gram udang basah
Bahan D:
2 sudu besar kerisik
3 keping asam keping
Segenggam daun kesum
2 batang bunga kantan dibelah 2
Bahan E:
Garam halus
Gula
Bahan E:
Limau kasturi dipotong 2
Bawang besar dihiris
Timun dihiris
Cara-cara:
1. Rebus bahan C. Bila dah sejuk,
buang tulang ikan dan blend. Buang kulit udang dan blend juga. Jangan buang air
rebusan.
2. Kisar semua bahan A bertanda *.
Kemudian campur bahan kisar dengan jintan manis, ketumbar dan serbuk kari.
Tumis semua bahan A sehingga bau wangi
3. Masukkan bahan B. Saya masukkan
air rebusan 1 senduk je dulu. Lepastu masukkan santan then baru adjust
kepekatan kuah dengan baki air rebusan tadi. Kacau sebati dan biar mendidih.
4. Masukkan bahan C (isi ikan dan
udang yang dah diblend). Kacau rata hingga kuah sedikit pekat.
5. Masukkan kesemua bahan D dan
kacau rata.
6. Adjust dengan garam dan gula
secukup rasa.
7. Hidang dengan bahan E dan belacan. Eh jangan lupa spaghetti sekali. Nomnomnom.
Thanx for reading
hahahaa sambal nasi minyak, kalu sy terus masuk bilik tido :p
ReplyDelete@life's keeps changing
ReplyDeletebukan kak, sambal tahi minyak. kat melaka je kot, sambal tu ada kerisik. sebab masa suruh dia cium tu, dia terbau kerisik. tu yg dia teka sambal tahi minyak.