Tuesday, February 5, 2013

In-Law Family Gathering


Sabtu lepas diadakan hubby’s big family 7th gathering. Its an annual event dan seperti kebiasaannya, berlangsung di rumah nenda, Kampungku Sayang, Bukit Baru, Melaka. A lot of activities tapi aktiviti utamanya adalah makan berterusan2, berganti2 lepas habis sepinggan, minum, bangun, ambil menu lain pula. Ada nasi lemak, nasi ayam, pulut kuning, ayam golek, seafood bbq dan kek!


Mengedik pakai baju kaler sama

Kupon cabutan bertuah hubby #728

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan dan diselang-seli pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan permainan kerusi berhantu. Guess what? Aku champion main rebut kerusi ni..! Haa memula malu-malu nak masuk, dah main tak sedar diri terus aim nak menang sebab tempat pertama je dapat hamper. Kemain seronok anak buah aku bila maksu dia dapat hamper ni.


Champion kampung, acara rebut kerusi

Next adalah karaoke. Salah satu slot pertandingan karaoke adalah lagu P.Ramlee. Im surprised bila MC tetiba jemput hubby masuk dan nyanyi lagu Getaran Jiwa. Sampai sekarang tak percaya dia layan lagu2 macam tu, siap dapat nombor 2. Dapat hamper lagi.


Hubby dengan Getaran Jiwanya

Seterusnya acara potong kek oleh nenda. Ada 4 kek dan salah satunya dari aku. Kononnya pengantin kena sponsor kek, so ada 3 pengantin, 3 biji lah kek nya. Lagi satu tak tahu datang dari mana, ada orang baik hati nak sponsor lagi agaknya.


Nenda dengan 4 kek

Untuk cabutan bertuah, semua ahli rumah kami (adik-beradik hubby dan FIL) dapat cabutan! Total semua 10 hamper kami bawa balik termasuk hadiah aku dan hubby. Siap bagi 1 hamper kat pak sedara sebab dia tak menang langsung.


8 dari 10 hamper yang masih selamat

Slot terakhir pertandingan karaoke adalah acar berduet. Hubby feat cousinnya, lagu Isabella, tapi tak menang pun. The best part is tetiba pak imam (abg ipar aku) naik sheikh masuk join sekali nyanyi, siap tanggal kopiah. Ni betul aksi Imam terlampau, tahun lepas dah menyanyi lagu Alleycats!


Aksi Imam terlampau

Majlis diakhiri dengan lagu Oh Fatimah dari cucunda-cucunda khas buat nenda Hjh. Fatimah binti Dagang. Doa penutup majlis baca sendiri dalam hati.


Cucunda yang sporting, tak dapat joget, 
dapat henjut2 badan ala 60an pun ok.


Minggu ni family gathering mak aku pula di PD. 



Thanx for reading

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...