Friday, August 26, 2011

19 Ogos


Just a simple update. Sori lama menyepi. Agak busy sebab nak bercuti lama ni... BW pun tidak. So sesapa yang tinggalkan link tu, ada masa saya singgah ye...

Cerita tentang minggu lepas, 19 Ogos, genap umur saya 24 tahun. Genap juga usia pertunangan 6 bulan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya. Semoga usia korang pun diberkati dan memperoleh kejayaan dunia akhirat.

Doakan juga tuk saya dan Mr.F. InsyaAllah panjang umur dan jodoh, sampailah kad wangi kat korang sume tahun depan ye... =)


Thanx to Mr.F for dis cake and hadiah. Hadiah akan direveal nanti ok! Luv it so much so tak mau syer ngan korang wat masa ni. Haha tamak!




The not-so-surprise-cake from Mr.F

Saje selit gambar my adik di Jalan TAR. 

Adik try songkok raya. Now u noe nape saya tak update belog kan...
Busy buat persiapan raya a.k.a shopping ;)




Thanx for reading 







Friday, August 19, 2011

Sebait Doa Hari Lahir






Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih Ya Allah untuk setiap rezeki yang Kau kurniakan. Terima kasih Ya Allah untuk setiap cubaan yang Kau turunkan. Terima kasih Ya Allah untuk bakat dan ilmu yang Kau anugerahkan. Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang Kau tentukan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Kau berikan kepadaku, dan terlalu sedikit pengabadianku terhadapMu.

Kau tetap menerima walau terkadang aku alpa dan lupa, tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Ampunilah aku tika ku merintih nasibku dihadapanMu. Aku hanyalah hamba yang dhaif lagi lemah dan hanya kepadaMu tempatku mengadu. Adakalanya aku kurang kesabaran, goyah keimanan, juga hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Kau menarikku kembali jauh dari kesesatan.

Dalam usia begini, aku ingin menjadi lebih dekat denganMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini, aku ingin lebih merinduimu Ya Rahiim. Dalam semakin meniti usia ini, aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.

Ya Allah, berkatilah dan tambahkanlah amalanku di saat bertambahnya usiaku. Aku memohon kepadaMu kenikmatan yang berpanjangan, sihatkanlah badanku, sihatkanlah pendengaranku dan sihatkanlah penglihatanku. Ampunilah segala dosa-dosaku, sucikanlah hati ini dengan taubat kepadaMu dan teguhkan hati ini agar sentiasa taat kepada perintahMu.

Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang, moga di akhirat kelak dapat ku mengutip hasilnya. Jadikanlah sebaik-baik umurku dan sebaik-baik amal pada penutupnya. Hulurkan kepadaku bijaksana agar mampu ku terus berbakti sehingga tiba masanya Kau menjemputku pergi. Sesungguhnya sebaik-baik hariku adalah saatku bertemu denganMu.

Jadikanlah kuburan ku setelah berpisah dengan dunia, sebaik-baik tempat tinggalku. Luaskan liang lahatku dan rahmatilah saatku menghadap saat hisabMu. Tetapkanlah kakiku di atas titian shirathMu dan pimpinlah aku agar dapat ku menitinya dengan tenang dan tanpa cela. Selamatkanlah ku dari kesusahan hari kiamat dan ku memohon pemberianMu yang paling besar agar memasukkan ke dalam syurgaMu, tempat yang aman. Amin Ya Rabbal Alamin... 




Credit: Diolah dari Sumber






Thanx for reading 







Thursday, August 18, 2011

My Besday Celebration :In Advance



Last Tuesday, my DTU friends ajak berbuka beramai-ramai. Plan asal di Pizza Hut but suddenly changed to Domino n lastly Tepian Tebrau je. Hmm the food sana tak berapa uumph macam di My Friends Tomyam.


But nemai... Yang penting dapat berjumpa mereka-mereka semua. And they surprised me dengan Pancake for my birthday. Heh saya dah agak dah... So tak surprise sangat. Haha. Tapi still terharu. Sob sob! Ah over lah.



3 pancakes stand for 'B.A.I'



While preparing the pancakes




Besday in advance



Another besday girl. Belated celebration



Then hang out to Danga Bay




Dah nama sume kaki berjalan, dok kat Danga pun sibuk discuss tentang another SCP trip. We r planning to go to.... rahsia. 


Anyway, thanx ye for the pancake. Dapat makan 1 je, tak cukup sebab sedap... Teringat masa summer makan pancake di Campus Village... Ooopss puasa!




Thanx for reading







Wednesday, August 17, 2011

Wordless Wednesday #5



WHICH ONE?

 

Samsung P1000 Galaxy Tab


OR


Samsung P1010 Galaxy S II




Thanx for reading







Friday, August 12, 2011

Teka-Teki Kuih





Udah-udah tenung tu... Gi lap air liur yang meleleh tu haa. Tau lah puasa. Dah jom jawab soalan ni ha. Sapa jawab semua betul dapat hadiah kuih 3 singgit, claim di bazaar Ramadhan berhampiran anda.


Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa...



Kuih paling gangster
Lompat Tikam

Kuih paling sexy
Puteri Mandi

Kuih paling keji
Taik Itik

Kuih bajet cute
Cek Mek Molek

Kuih untuk awet muda
Seri Muka

Kuih paling alim
Kuih Ketayap

Kuih penyakit lelaki kronik
Batang Buruk

Kuih suka pukul
Kuih Lompang

Kuih dalam zoo
Badak Berendam

Kuih untuk Sam Polis Trafik
Kuih Sampreeeettt

Kuih yg bangun sendiri
Kuih Bangkit

Kuih orang tak mandi
Kuih Bau-lu

Kuih paling tenteram
Kuih Makmur

Kuih paling lembap
Kuih Siput




Jawapan: sila tekan Ctrl-A
credit gambar: sparklesweettreats.bs.cm
credit tekateki: FB





Wednesday, August 10, 2011

Baju Raya Murah


Hai semua. Dah beli baju raya? Aku biasalah, selalu over excited! Bukan aku je, seluruh family lah. So a day before Ramadhan, kami dah pergi cari baju raya. Mengalahkan esok nak raya je padahal esok baru nak puasa!

Bukan apa, beli lambat-lambat nanti takut tak ada saiz, sebab kami cari baju tuk satu family. Yang hero-hero tak de masalah. Asal baju tu ada dua lubang tuk masuk tangan kiri kanan, satu lubang tuk masuk kepala, dah kira ok dah! Tapi yang pompuan ni, susah nak cari baju sedondon tapi menepati citarasa setiap orang. Bila ada yang dah berkenan, saiz pulak yang jadi masalah. Macam-macam peel!

Lagipun, memang pernah dengar ceramah yang beli baju awal-awal ni bagus, so that masa bulan puasa boleh tumpu ke ibadah je. InsyaAllah akan dipraktikkan. Memang sekarang aku tak shoping apa lagi dah. Ada pun setakat keluar teman kengkawan shop je...

So! Ni nak cerita sikit tentang destinasi shoping di Johor yang aku dah pergi.

Angsana - Baju lawa-lawa tapi harga, Ya Ampun mahal..!!!
Kipmart - Baju biasa-biasa je. Tak banyak pilihan dan kain kurang kualiti.

Payahnya nak cari tempah yang baju lawa, banyak choice tapi murah. Tapi ada.... Jangan risau. Contohnya di Kota Tinggi, Tangkak and Segamat. Kalau di Segamat tu, yang aku tahu di Bandar Utama lah. Tapi kalau di Kota Tinggi tu, not sure pulak. 

Lagi satu adalah di Bazar Baitulmal, Muar. Berhadapan dengan Sekolah Sains Muar, bersebelahan Petronas. Kalau dulu bazar ni hanya di bawah khemah, nak beli pun berpeluh-peluh berlemuih, sekarang bazar ni dah dok dalam mall, berbumbung dan ber'ekon' lagi. So boleh spend masa lama-lama sikit!

Berpuluh-puluh kedai dalam tu, memang rambang mata dan kena plan betul-betul apa yang nak dibeli. So objective kami nak beli baju sedondon sorang satu tercapai. Suke hati... =)





















Nampak tak 2 gambar pertama tu? Aku minat sangat baju 2 ton purple blue tu, dah grab satu! Dan jubah pink tu... sweet je but not practical. Tak tahu bila akan dipakai, so tak jadi beli. Huh mesti Mr.F kagum dengan ketabahan aku melawan nafsu membeli!

Ok lah u guys! Kepada sesiapa yang nak shoping raya tu, do spend ur money wisely ya...  Kalau ikutkan nafsu, memang semua aku nak. Tapi sabar.... (padahal duit yilek!)

Ok dah bye!







Tuesday, August 9, 2011

Nasi Mandrem + Ayam Penyet


Dah sebulan balik ke Malaysia, baru berkesempatan berjumpa mereka semua. Rindu! Walaupun jumpa sekejap sebab rush nak terawih, cukup lah tuk melepas rindu dan mendengar gosip terbaru.

Thanx u oll sebab teman I berbuka. I tot kena berbuka sorang2 sebab housemates sume tak de.


Menu hari ini, nasi mandrem plus ayam penyet. Sedap dan tak mahal. RM 4.50 je. So sesapa ada di JB, meh singgah Restoran Pinang di Taman U. 


Jangan risau, nasi dia tak mandrem, aku yang pepandai bagi nama sebab bila makan teringat-ingat je... Mengidam-idam je... 





Credit gambar to JJM sebab aku lapar, lupa snap



Dah habis makan baru teringat nak bergambar



Dayat, Flo, Fizz Fairus



Baby, Flo lagi? and Yati



Muka lepas kena nasi mandrem. Licin pinggan!



Aku tak tapau pun ok


Gonna miss all of u... Ceh over pulak! Sume dok dekat UTM je pun... Pffft! Nanti besday I, kita kuar lagi kan... I tak nak apa2, Samsung Tab je pun boleh.




Monday, August 8, 2011

Aktiviti Ramadhan Anwar Hadi & Aiman Azlan




Alhamdulillah dah hari ke lapan puasa. Kejap je masa berlalu. Tak terkejar aku dibuatnya! Sebab tu lah dah seminggu ni aku baru nak cerita pasal puasa kan? Tak pe, better late than never.

So macamana puasa korang? Ada TERtinggal atau TERmakan tak? Second day haritu, aku tak sihat, so ponteng sehari. Nak buat macam mana. Sakit...

Ganti puasa tu semestinya. Tapi ganjaran berpuasa tu tak sama seperti puasa dalam bulan Ramadhan. Ade lah sedikit sebanyak dengar dari tazkirah masa terawih tu. Walaupun puasa seribu bulan, ganjarannya tak sebanyak ganjaran seperti puasa di bulan Ramadhan.


Haish ruginya pada sapa yang memang sengaja ponteng puasa tu kan...


Ganjaran lain? Jom layan video tentang aktiviti sepanjang Ramadhan dan ganjarannya.  







Video yang santai tapi bermesej kan? Good job Anwar Hadi n Aiman Azlan! 

Aku? Tak terfikir pun untuk buat vlog. Not konfiden enaf. Plus... engat senang ke??? Nah tengok bloopers video atas tadi. Susah sungguh nak bikin video berdurasi 2:32 tuh.







Ok, selamat beramal dan selamat berbuka semua! Menu aku hari ini, ayam penyet peha, extra sambal belacan dan limau!







Tuesday, August 2, 2011

Etong's Award

Hai semua!

Selamat berpuasa. I baru balik terawih. Datang masjid dah terlambat tadi, kena lah dok belakang. Phew! Kipas tak de, berpeluh dah tak payah nak gi sauna lagi.

Lately ni tak berapa sihat. Hidung asik sok sek sok sek. Tekak asik uhuk uhuk. Nak update blog pun tak tahu nak cerita apa walaupun macam2 jadi sekeliling ni...

Tapi tadi tengok blog dan... dapat award dari Etong, terus sihat kot..! Haha macam menang award apa pulak kan. Al-maklumlah, I kan budak baru belajar. Kira first award la tuh, xsaited sikit. 


Eceli, I follow blog Etong sebab blog dia cantik... Tak caya? Jom tengok Etong's Blog. Tapi kan, mana dapat nama Etong tu eh..?


Nway, thanx Etong! Cam tau2 je I suke makhluk comel2 gitu. Purple pulak tuh..! Nak buat sendiri tak reti... Pffttt!


how to make an animated gif

Sekian, tu je nak cite. Hehehe. Sapa nak bagi award lagi? Sile sile...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...