Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan






Jika semua harta adalah racun,
maka zakatlah penawarnya
Jika seluruh umur adalah dosa,
maka taubatlah ubatnya
Jika seluruh bulan adalah noda,
maka Ramadhan lah pemutihnya

Sebelas bulan banyak kata sudah di ucapkan dan dilontarkan,
tak semua mendamaikan
Sebelas bulan banyak prilaku yang sudah dibuat dan diciptakan,
tak semua menyejukkan
Sebelas bulan banyak keluhan, kebencian, kebohongan,
tak semua menyenangkan

Marhaban ya Ramadhan….
Termenung ku sejenak
Mengingat akan kesalahanku yang lampau
Diri ini hanyalah manusia biasa
Manusia yang tak pernah luput dari salah dan silap, khilaf dan dosa
Kerana kita bukan mahkluk yang sempurna
Maka, selaku pembuat onar serta kesalahan
Memohon maaf atas segala perilaku, ucapan, tingkah laku serta prasangka
Baik yang disengaja mahupun tidak
Agar tak ada dendam dan rasa dengki
Agar tiada amalanku yg mendatang tergantung dan tak dihitung oleh Nya
Agar amal ibadah kita di bulan yang penuh barkah ini diterima Nya
Maafkan ku, terucap dari hati yang paling dalam
Maafkan lah, semua kesalahanku


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Berpuasa!






New Look... What do you think?



Just a quick update

Perasan tak i got a new template, header and shoutbox? Tapi lupe lah nak print screen template yang lama tunjuk u oll... Lebih kurang macam ni lah. Ni template lama yang pak cik Google bagi.




Biasa lah i ni bukan pandai sangat nak design ni. Tak kreatif. Nak2 guna Photoshop tu. Huh cukup malas nak explore sendiri. Software molecular modelling i pun tak sempat2 lagi nak explore tau. Plus... coding! Phew! Salute dekat sapa yang pandai dan rajin coding tu.

So inilah hasilnya... designed by Wan Hazel. So, what do you think? I? Op kos lah suke...




So far i only blogged about what is happening around me (walaupun terlambat). Soon...  akan ditukar ke B2B blog. Sekarang ni baru 5 bulan engaged, preparation untuk big day tak buat apa pun. So macam mana nak share about DIY sume kan...

Ok, enjoice reading belog gelap saya ini...

Bye!






Thursday, July 21, 2011

Eiffel Tower, Paris, France



Rezeki...
tak semestinya datang dalam bentuk wang,
boleh juga datang dalam bentuk peluang!

Alhamdulillah...
aku berpeluang ke Denmark,
Mr.F pula berpeluang ke France.

Kebetulan...
kami berada di benua Eropah pada waktu yang sama.
Ya, kedua-dua peluang datang pada masa yang sama,
datang walau kami tak mencarinya.

Kini,
kami selamat pergi dan pulang,
mencari pengalaman dan belajar di negara orang.


















L♥ve the 1st pic much! All pics were taken by Mr.F, edited by me. =))
Kagum dengan diri sendiri. Sebelum ni nak letak watermark pun malas.

Ok lah, entri Denmark coming soon. Bila? Soon la... Betul, tak tipu...




Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #4



I M A G I N E  
















Footnote: Credits to all photographers (Kak Xaxa, Anis and Dayat). All pics were taken at 
Sweden and Germany. More pics will be coming soooonnnn.... kot! hahaha.



Pesta Durian di Dataran Segamat



Ni cerita minggu lepas. Kalau blog pasal pesta durian pun, buat meleleh air liur je sebab pesta nya dah tamat! Al maklum, aku ni blogger "up-to-date".


Tak pe, yang penting nak share jugak!


Ni lah tunang saya. Alamak dia tengah buat perangai pulak...

Hard Rock pun, durian, tempoyak, sambal belacan tetap dicari!

Macam terrar je cium2 durian tu! Cucuk hidung baru tau!

Durian klon 3.50 per kilo beb! Sedap x hengat....

Durian klon IOI

Durian goreng pun ada...

Ada pertandingan lukakan tangan dengan berlari membawa durian sebanyak mungkin!


Malam tu ada jugak konsert (lebih kurang la) dari J. Sham (60s). Tapi sori kamera henpon je ada, malas nak amik gambar. Confirm tak nampak!




Sebab durian murah, aku tapau untuk labmates! Mak aku siap buatkan pulut/santan/serawa durian. Habis licin semua!




Gambar yang membuatkan ramai terus keluar cari pulut, santan dan durian!


 Lepas ni tunggu manggis dan rambutan belakang rumah pulak berbuah... Eh eh tetiba teringat Hasma di Aussie. Keh keh keh. 




Ok dah bye!





Tuesday, July 19, 2011

For The Two Ladies I Love Most...


Today is....
...my younger sister's bday and
...my MOM's bday!!!


They both are the most precious mum and sista I have in this world! 
Happy Birthday to both of U!


I treat my mum a collagen facial at Spa Puteri (our usual place, and thank God, she is not request for massage, jakuzi, manicure etc hahaha). 


Plus a bouquet of flower! Delivered to her office, rite before her lunchtime. 
She was soooo surprised!!!




Dear Mum,
Happy 47th Birthday!
U r the greatest mum in dis world.
I love u so much!!!
-from Adik


I think i never blog about them, aite?
so let me show u both ladies i love most


Mum and I

My adik, Aliah and I! Ooh we both love pink!

OMG. Shes taller than me!

but Im prettier than her. hah! muntah

Ok bye!




Footnote: Aliah, nak hadiah apa? Along hutang dulu ye... 




Thursday, July 14, 2011

Surat Untuk Hasma!



Kehadapan Hasmaliana,


Apa khabar Hasma sekarang? Kami di sini sihat-sihat sahaja. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat berjumpa sebelum Hasma ke sana. Fridge magnet untuk Hasma dari Denmark, Germany and Thailand ada Fizz simpankan dulu.


Macamana keadaan bumi Aussie? Best tak cuaca nya? Ramah tak orang-orang nya? Cepat-cepatlah upload gambar dan update belog ya!


Oh ya, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana meninggalkan medium BMMY, BMGY, YNB dan YPD plate kepada saya. Macam tau-tau aja saya memang sangat malasssss nak prepare semua medium-medium tu ya!





Hasma dok sana belajar rajin-rajin ya. Jangan rindu kami di Malaysia. Tapi jangan sampai lupa nak belikan fridge magnet pula! Kami di sini sentiasa ingat Hasma. Haritu makan mekdi buy 1 free 1, teringat Hasma. Hmmm sedapnya Double Cheese Burger. Sampai sekarang teringat-ingat! Malam tadi tengok Harry Potter and the Deathly Hallows- Part 2 pun engat Hasma. Sangat best.... Keh keh keh! =D


Lagi satu, jaga diri leklok ye. Dengar cakap Ros John tu. Jangan nak buat perangai pelik-pelik especially macam kat bawah ni tau! Hehehe.






Ok lah, masa dah tak mengizinkan (padahal dah tak de idea nak merepek apa). Jumpa lagi hujung tahun ni! Selamat Menyambut Puasa di Aussie dan Selamat Hari Raya in advance! Maaf Zahir dan Batin ye. Kalau nak suh remove gambar, bagitau ler. Akan dipertimbangkan. Bye fwen!



Notakaki: Rasa semacam lak buat entri pakai bahasa baku! Tak de keje...


Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #3


 Motif? Miss them much!
-

-

-

-

-

-

-

-

-
and also the moments there...












What a cheerful moment...

Hard Rock Time!

Ni nak show off sket! Eh tak tak, niat kena betulkan. Just wanna share a happy moment wit u guys... 

Kan i cakap besday dia last week, selain Red Velvet Cheese kek tuk Mr.F, i belikan dia shirt from Hard Rock Cafe Copenhagen. 

Tau tak, i lagi suka belikan someone kalau dia tak meminta-minta. Mr. F cakap jangan belikan dia apa-apa, lagi lah i nak belikan dia apa-apa. (atau dia tahu perangai i, so dat dia cakap camtu ye???) Ah, ignore it!

Kebetulan pulak besday dia, dan dekat entri ni aku ada cakap yang dia suka sangat jam chronograph. 

So masa ke HR cafe for da 3rd time in Copenhagen, i bought him a HR chronograph watch! 

Untuk jam analog, plus chronograph pulak tu, plus cop HR dengan harga camtu, its worth! And its a last piece! Nasib awal seminit!

Masa bagi, senyum sampai ke telinga! Terus anak tirikan baju HR and fridge magnet yang i bagi sebelum tu! Hampeh ko Mr.F!









Sorry tuk quality gambar. Al maklum, kamera henpon nokia seploh hengget limaploh sen je. 

Eh tetiba terpikir, shud i ask him DSLR for my besday present nex month? *wink wink*

Teetttt! Kantoi, buat baik mintak balasan!

Ok lah, bye!



Notakaki: My mom's bday this 19th. Baju Denmark + ???. Idea?


Tuesday, July 12, 2011

Press Conference


Ok lets start from the beginning of our journey. As u all noe, 21 of UTM students were selected to attend UTM-DTU Summer Course 2011 (20th June - 8th July) in Danmarks Tekniske Universitet. The course is about Sustainable Consumption and Production.

First of all is a press conference on 16th June, 2 days before...

strangers..

strangerer

strangerest! haha ade ke?

Perasmian

21 of us!

setting

another shoot from 21 of student harapan UTM. ahaks!

amik berkat sket...

not a stranger anymore. we r fwens now and ready to go!


Goodbye Malaysia! Eh ni entri tertunda. Aku dah balik Mesia dah pun. Will update more sooooonnnn (tipu). Tunggu aku collect gambar dulu ok? 


Dan im not sure PC ni masuk paper ke tak. But im sure ada kat UTM website. Nanti cari gali balik k n update it sooonnnn (tipu lagi!)


Ok lah tak mau tipu lagi. Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...