Ini adalah resepsi ketiga dan terakhir saya. Klik untuk baca resepsi pertama dan resepsi kedua. Majlis juga dikenali majlis sambut menantu. Walaupun majlis di pihak lelaki, tapi still ada malam berinai atas permintaan ayah mertua.
Bila dah alang2 berinai, ada pulak request dari mak pak cik hubby untuk saya pakai sanggul lintang. Dah adat di Melaka, bila malam berinai, bride kena pakai songket dan sanggul lintang while groom pula dengan jubah songket dan tarbusnya.
Gambar hiasan ambil dari Salima-MUA |
Contoh pakaian jubah dan bersanggul lintang pada malam berinai di Melaka. Tapi idak ler hubby nak berjubah camtu, aku pun tak nak dia berjubah cenggitu. Bukan pe, malas je nak menahan gelak guling2 nanti.
Penyudahnya dia pakai baju melayu songket dan tanjak macam biasa. Aku je bersanggul lintang. Tapi dengan syarat, nak yang kecik2 je. Tak nak besar2, berat!
Tapi gambar berinai will upload later2 ye. Dun worry, aku tak kan lupa, banyak lagi cerita sampingan nak diceritakan di Melaka ni. Acara simbah air, mak andam menipu, beg hilang dan banyak lagi yang sungguh dramatik!
Next, adalah resepsi keesokan harinya. Tema kali ni green apple. Sporting sungguh semua mak pak cik, kendarat, orang marhaban semua berpakaian hijau.
Majlis penutup ni adalah paling meriah! Tau2 je lah orang Melaka ni, nak havoc je... Tapi semuanya sporting2 belaka, cant wait for the video! InsyaAllah ada masa, akan direview tentang pelamin, baju & HB (own collection), bilik, kek etc in more details.
Pak Imam tengah doa tolak bala apa ni? Soon... |
Thanx for reading
chanteknyee baju akak :)
ReplyDeleteBEST NYEE.. TAHNIAH YER.. 1st time masuk blog kamu.. tu pun jumpe dlm senarai friend arwah rusfainyatiqa ;-) dah folow blog kamu dah..
ReplyDeleteSalam kenal,
ReplyDeleteCongratz on your wedding...sy b2b 2013...btw, cantiknye baju...menarikla warna green apple tu...jarang nampak... :)