Last week, aku, Yan dan Kimi ada meeting dekat Klana Beach Resort, Seremban. Meeting nya kejap je, aku present pun tak sampai 10 minit tapi makan je yang lebih.
Breakfast, minum pagi, lunch, tea-break, dinner dan supper. Enam kali sehari! Pergh bukan takat tak sempat nak lapar balik, tapi makanan pun tak sempat nak sampai perut, dah disumbat dengan makanan lain! Terbaik! Meeting selalu macam ni pun tak ape ;p
So bila perut dah kenyang, maka organ pencernaan akan mula bekerja untuk mencerna semua makanan yang dimakan dan proses ini memerlukan kuantiti oxygen yang banyak.
Peningkatan keperluan oxygen ke perut akan menyebabkan keperluan oxygen ke otak akan berkurang seterusnya menyebabkan mengantuk. (2/5 markah)
Sebab tu lah aku tengok Yan dah tersengguk2, Kimi dan melayan fesbuk, aku pulak sibuk melukis menconteng atas kertas. Bila geram sume yang aku conteng tak lawa, mula lah aku kacau ketenteraman diorang nih! Saje nak uji IQ diorang...
Korang pun nak uji IQ jugak? Ok, cer jawab cer jawab.
Teeeetttttt!!!! Time's up. Dapat jawab tak? Tak pe, Yan tu tengah buat PhD, Kimi lak tengah buat Master tapi dua2 tak dapat jawab jugak. Hahaha. Ok kimi dapat jawab 2 jewww.
Yang penting diorang tak mengantuk lepas tu... Kan suci niat aku. Bagi IQ test supaya Yan tak ngantuk dan boleh dengar presentation orang lain.
Tak pe, pikir lah masak2 dulu ye. Jawapan akan diupdate selepas aku publish gambar kitorang bermeeting.
Sapa dapat jawab dengan betul dapat hadiah mufin yang kitorang cilok dari meeting. Ada 27 semuanya. Ni ha kalau tak caya...
Cepat sementara fungus belum tumbuh dekat mufin neh! (Kalau expired still boleh makan tau, jangan membazir. Kalau fungus tumbuh barulah hukum buang tong sampah.)
Ok babai!
Got it right? No?
No comments:
Post a Comment