Thursday, April 7, 2011

Kawanku Khawin, Aku Suka. Sepupuku Berduka...



Berkenaan tajuk di atas, kawan aku tu tak de kena mengena dengan sepupuku ya. Sila baca sampai habis dulu ya.

Sabtu lepas, aku ke majlis khawin kawan sekolah di MGHS dulu, Afie. Dulu rumah dok dekat-dekat, tapi tak pernah pun jejak kaki kat rumah dia. Bila datang je aritu, wow besarnya laman! Berbelas khemah jemputan u. Sampai rambang mata aku nak pilih nak duduk mana.



 Inilah laman rumah pengantin. Bukan padang bola. Tema purple.



Yang dua butir ni khemah untuk mak ayah pengantin kutip tol!


Cantiknya tiang bunga ni kalau diletak sepanjang red carpet kan...


Siap ada live band lagi. Phewwittt!


Meja makan beradab pun serba purple, selit2 biru.


Oooh ini lah yang aku suka tu! Memang aim pelamin kanopi cenggini nih! 
Pelamin dari Sanee Bridal, Melaka. 


Baju pun. Sukanya... Congrats Afie dan Sein! Gambar dari sini.




 Tak dapat bergambar ngan ko. Aku datang awal sangat,
 ko pun tak siap lagi. Nway, congrats ya!


Ok habis satu cerita.

Ahad esoknya, aku balik Segamat sebab sepupu lak khawin. Tema pun sama ngan Afie, kaler purple. Tapi kali ni dengan baju pengantin sekali hentam purple. Dah sebijik macam hari keluarga Celcom pulak. Ooops!



Lawa gak. Tapi aku nak pelamin kanopi...



Congrats Pipie and Ain!


Ok ni lah cerita sedihnya. 3 hari sebelum majlis Pipie ni, abangnya (sepupu aku jugaklah kan) accident di Melaka. Kesian tak ada siapa datang melawat sebab semua busy dengan majlis adiknya di kampung. 

Kebetulan aku kat Melaka Sabtu tu, aku pun singgah lah melawat dia di hospital. Bawak lah Mr.F sekali. Ngeri aku tengok tangannya yang bengkok tu. Dua-dua tulang ulna dan radius (gambar google bawah) patah dan kena tunggu Isnin untuk operate masukkan besi. Lamanya...



Aku rasa aku pernah belajar Biologi dulu. Tapi nape tak familiar dengan nama ulna dan radius ni ye. Doktor, tolong jangan gelakkan.

Esoknya bila aku dah balik ke kampung, aku past kat Mr.F suh gi melawat dia. Sanggup Mr.F pergi walaupun baru je semalam kenal. Siap bawak Teh Krisantimum, paper, pisau, pinggan bagai. Thanx love!

Itulah ceritanya minggu lepas...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...