Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Review: Wedding Album


Salam. Cerita tentang Official Photographer (OP), OP saya biasa2 je. Di rumah abah, OP yang Iris Awana sediakan tu freshie lagi. Banyak nice shot yang tak dicapture! Kata nak hantar 2 orang, tapi sorang je yang betul2 photographer. Lagi sorang tu setakat ada DSLR je, tu dikira photographer jugak ke??! Album hancur.

Untuk rumah mak, OP nya expert. Orang lama. Edit pun cantik. Tapi tu lah, orang lama tak ikut trend semasa la camne nak edit n so on. Album pun diberi sticky album je, tapi worth la dengan harganya. Satu hari dah siap nak bagi edited softcopy dan album.

Untuk belah lelaki, OP tu sedara-mara je. Tak expert sangat la, aku tak minat sangat kualiti gambar dia. But nemai, memang nak memurah je, asalkan ada gambar. Tapi tu lah, dialah OP, dialah juga kendarat. Cis! Banyak juga shot yang tak di snap.

Orang kata, photographer lah penting kan sebab nak rakam setiap detik. Siap ada bride yang hire 2nd OP. Tapi aku lagi pentingkan videographer untuk rakam memori bergerak. Lagi best melabur kat situ!

Sebab gambar tu asal ada, dah lah. Diorang edit tak cantik tak apa, nanti ada duit, hire orang edit gambar tu balik.  Pastu tak payah nak keluar modal banyak2 untuk album sebab boleh buat sendiri. Jauh beza kot harganya! Aku beli harga RM75 je untuk 40 pages custom album. Boleh baca tentang promosi tu di sini.

Kupon untuk album RM75 tu expired 18 Febuari lepas. Maka, 17 Febuari malam tu baru aku buat final touch up dan send the order. Haha last minute betul! Tapi, 21 Febuari tu diorang dah hantar album yang aku order. Cepat betul!

This is the album...




Kalau nak tengok e-flip photobook nya, boleh klik link di bawah:
Resepsi 3 (9 September 2012)





Thanx for reading

Wednesday, July 25, 2012

Hardcover Album Promotion: RM78 for 40 pages!

Berhenti update tentang kahwin dulu, ni saya nak gebang2 tentang satu promotion. Tapi de relate dengan kawin2 jugak lah...

Its about wedding album. Untuk B2B yang nak berjimat dalam hal kawin, tapi teringin jugak nak ada album yang giler keras tu (hardcover). Zaman sekarang ni tak de dah pakej fotografi yang around 1k. Sume pakat lebih dari tu, dan 2k pun ada. Apa yang korang dapat? Mungkin hanya 1 customized album (hardcover), storybook dan DVD copy.

So apa kata korang amik service diorang untuk ambil gambar sahaja. Untuk professional photographer pun around RM500 untuk upah ambil gambar (unlimited photos dan DVD copy). Kalau nak jimat lagi, suruh je kawan2 yang ada DSLR tu snap gambar korang. Tapi bersedialah kalau hasilnya tak seperti seorang pro. Lepastu agak2 ada duit, barulah pergi albumkan gambar tersebut.

Ni saya nak bagi website untuk tempah album tersebut. Di Pixajoy, its only RM155! So total up RM500 + RM155, jadi its less than 1k untuk album kahwin kamu. But now... Pixajoy ada promotion Ramadan lagi! Discount 50%, so that kamu hanya bayar RM78 instead of RM155 untuk 20-40 pages of hardcover album! Plus, free postage!

Contoh photobook untuk dipilih

Menarik kan? Disebabkan saya ada 2 lagi resepsi yang menanti, maka saya nak tempah 2 set esok (tunggu elaun masuk). So korang tunggu apa lagi. Promosi ni 3 hari je dan berakhir esok (26 July 2012). Untuk yang nak tunang/kawin hujung tahun pun boleh beli voucher dari Pixajoy ni dulu sebab voucher ni valid till 18 Febuari 2013.

Caranya, klik link promosi ini. Pilih photobook idaman hati dan klik bayar. Voucher akan dihantar melalui email dan valid hingga 18 Febuari 2013. Next, download Pixajoy editor software and design your album. (Yes, u have to design it on your own). Do a payment (or enter your voucher code), upload ur designed album and u will receive ur photobook in 6-7 working day!

Sharing is caring. Caring is loving. Happy DIY-ing!

Gambar gedik2 camni kena masuk album...




Thanx for reading







Friday, July 6, 2012

Signage


Saya tahu saya dok Segamat. Kampung. Jauh dari kawan-kawan yang kebanyakan di JB dan Melaka. But Im glad and appreciate if u could spent some of your time to my wed! Bukan sahaja spent masa, tapi tenaga, duit minyak, duit hadiah semua lah. Hehe.

So untuk sesiapa yang tak pernah datang rumah saya, saya cuba sediakan sebanyak signage yang boleh. Tapi di Segamat je lah. Jangan dari JB ko dah stat cari signage pulak. Pastu tak jumpa, terus patah balik. Memang nak kena lah kan.

Inilah signage DIY saya. Size font dah 150 tu, be alert ya. Saya dah di kampung ni. InsyaAllah kita jumpa on SUNDAY ye. 08 Julai 2012 hari AHAD, bukan Sabtu. Dan saya cuba melekat dengan hanfon. Ada apa2, calling2 je...


Letak dedua kat 1 tiang best gak, biar korang pening


Review is coming soon....





Thanx for reading







Friday, June 29, 2012

Teaser: Guestbook


Salah satu produk DIY saya. Guestbook. Jangan lupa ke photobooth saya nanti!

So family and friends, penat saya buat ni, korang kena tulis dalam ni. Tulis yang best2 je. Kalau nak mengutuk, dalam fesbuk boleh, jangan dalam guestbook saya tau! 






Guestbook review is coming soon, but of course after the wedding ceremony. 





Thanx for reading







Thursday, June 14, 2012

Teaser: DIY Kad



Sebelum mengedarkan kad esok hari (InsyaAllah, but depends kepada mood big boss juga), meh lah layan saya sat, nak sambung cerita tentang kad hari itew. Luckily kad tu sampai dan siap on time. Eceli kad yang di order di Indonesia tu belum siap di print inlay nya. 


Inlay 


Memang saya nak print di Malaysia je sebab nak cepat dan tak nak amik risiko salah ejaan etc. Di sana saya cuma suruh mereka hotstamp nama kami (dakwat gold tu) di luar kad sahaja. So saya suruh vendor di sana ceraikan talak satu inlay dan kadnya...


Luckily ada kedai printing di Taman U (Sigai Jati Emas) boleh print kan sebab inlay yang vendor Indo sediakan bukan bersaiz standard. Tebal pun dah macam manila kad.

Sekarang dari tak de kerja, jadi satu hal pulak nak gam inlay dan kadnya. Shortcut nya, kita guna getah rambut transparent untuk ikat kad dan inlay tersebut. Susah jugak nak mencari yang transparent macam ni. Kat Mydin je ada...

Getah transparent

Tapi dah try tunjuk kawan. Dia kata macam mana lekatkan? Maksudnya dia tak terperasankan getah tu. Mission accomplished! So boleh teruskan trick tersebut dan mari kita DIY!


Mr.F ikut balik kampung untuk fitting baju, paksa dia lipat inlay


My side. Ready to distribute

Groom side






Thanx for reading







Wednesday, May 30, 2012

Kindly Save The Date


Saya sememangnya dilahirkan tanpa otak kanan. Eh jap, bukan! Mungkin dilahirkan tanpa otak kanan berfungsi sepenuhnya. Bagilah pensil kaler, berus cat ke apa, akan huduhlah lukisan yang akan dihasilkan. Tapi otak kiri saya berfungsi dengan baik. Bagi saya soalan Math, no hal... tutup mata pun boleh buat (tapi soklan budak sekolah rendah je lah).

Mungkin sebab ni lah saya tak kreatip. Kalau dulu pensil kaler dan berus lukisan, tapi sekarang dah ada Paint, Adobe Photoshop dan seangkatan dengannya, tapi percayalah saya memang tak reti guna (sebab tu gambar dalam blog tak de watermark).

Ok itu dia mukadimahnya. Sebenarnya nak cakap yang saya nak DIY Save The Date poster. Tapi tak reti yang guna program apa. Dan tak kreatip nak design cam mana. So search template DIY. Hah senang je!

Ni website (klik) untuk Save The Date poster. Download dalam bentuk word/publisher, so senang nak edit. Hasilnya seperti di bawah.




Kalau nak poster bergambar, boleh ke website ini (klik). Pilih template yang mana satu, idaman kalbu (nyanyi lagu P.Ramlee), browse for your pic, upload dan edit details. Senang!




Yang penting both websites ni bagi FREE template. Iya lah, nak DIY kononnya, tapi kalau ambil template yang berbayar, tak de gunanya DIY tu kan? Banyak lagi website lain. Cari sendirilah ye... Happy DIY-ing!






Thanx for reading







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...