Friday, May 25, 2012

Hantaran Mewah Tapi Berbaloi

Sebelum kamu proceed membaca, please keep in mind yang ini bukanlah hantaran saya. Saya hanya bercerita secara general. Even tajuknya ‘hantaran berbaloi’ tapi saya masih tidak mampu untuk melabur sebegini. Just to share and give some ideas untuk kamu semua...

1. Gold Bar/Dinar
Kalau sebelum ni, mas kahwin ditetapkan untuk setiap negeri, apa kata kita buat kelainan dengan menggunakan dinar emas. 1 dinar emas bersamaan 4.25g emas 999.9. Bagi sesiapa ada duit lebih, boleh gunakan gold bar/jongkong emas! Antara kebaikan dinar adalah kerana ia merupakan matawang Islam yang sebenar dan boleh digunakan untuk membayar zakat dengan lebih tepat. Dinar/jongkong emas juga boleh disimpan atau sebagai pelaburan kerana nilainya adalah lebih stabil dan semakin meningkat berbanding wang kertas.

Dinar / gold bar Public Gold

2. Sijil ASB
Hantaran kamu beribu-ribu? Apakata tukarkan duit hantaran kepada sijil ASB yang boleh disimpan dan dikumpul dividennya. Tapi ini terpulang kerana tak semua orang prefer melabur di ASB kan? Ini kerana pelbagai fatwa halal haram yang hingga sekarang saya masih samar-samar tentang hukum sebenarnya. Lagipun kalau semua wang hantaran disimpan, mana pula nak dicari wang untuk majlisnya, kan?

3. Sijil Insurans
Insurans seperti insurans hayat adalah pemberian beharga yang kekal sepanjang hayat. Ia penting sebagai satu pelan perubatan/kesihatan dan menjamin pendapatan keluarga dalam apa jua keadaan. Contoh jika pencari nafkah hilang upaya, insurans hayat memastikan keperluan keluarga tidak terjejas.

4. Rumah & SnP agreement
Kalau kamu dalam proses/merancang membeli rumah, apa kata jadikan ia sebagai salah satu hantaran dengan meletakkan replika rumah atau kunci rumah.

Rumah idaman, konsep open-air

5. Kereta
Pada pendapat saya, kereta adalah penting dan mungkin dikategorikan sebagai keperluan sekarang. Tapi, ia bukanlah aset tetapi liabiliti yang perlu dibayar bulanan dan kos servisnya. Tapi kalau ini boleh memudahkan dan menjamin keselamatan tersayang, apa salahnya kan? Pergilah membuat loan di bank dan letakkan kuncinya di dulang hantaran!

Kereta kesayangan

Again, ini adalah idea sahaja. Kamulah kena fikir baik buruknya. Kebaikannya memang ada cuma takutnya terjadi sebarang pembaziran atau perasaan riak. Selain itu, hantaran mahal-mahal lain seperti gadget adalah sangat berisiko untuk dicuri. Iyalah, orang lain semua sibuk merewang, takut ada si pencuri pun ambil kesempatan ‘merewang’ masuk bilik cari ‘aset’ untuknya.




 Thanx for reading 







1 comment:

  1. salam..kat segamat kat mane bole amik kursus kahwin?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...