Monday, March 14, 2011

Sesi Terapi dengan Marathon Shopping


Assalamualaikum


Hari tu janji nak cerita tentang Bridal Fair di Angsana kan? Memang lah dah nak dekat sebulan berlalu, tapi infonya masih leh pakai kan? Gambar-gambar pelaminnya semua valid lagi kan? Iye iye betul tu! (jawab tuk sedapkan hati sendiri).

Ok nah updatenya.  



Kami dok depan sekali tau. Takut je diorang ni terjatuh. Stage dari Adli Bridal dan Baju dari Nasha Wedding Planner. Dua-dua ni leh cari kat FB aku. Malas nak bagi link.


Lagi satu pelamin dari Adli Bridal. Ni namanya pelamin kanopi. Sesuai di laman rumah sebab besar dengan 4 tiang roman. RM4500 include baju dan make up. Kalau 3 tiang roman boleh dapat RM3500.


Pelamin dari EZ's Bridal. Sesuai tuk tema Arabian kan?


Pelamin dari AZM Canopy and Bridal House. Boleh search sendiri websitenya. Dah lama aim wedding planner ni sebab ada pelamin idaman aku yang ala-ala... Oops rahsia!


Sesiapa teringin nak jadi Puteri Melayu, boleh lah pilih pelamin dari Gemini Bridal and Salon


Pink Merah. I loooiiike! Tapi Mr. Fiancee kate khawin nanti no more pinky minky! U'olls minat leh g kat Amy Bridal Galeri.


Wah kalau camni boleh tak Mr. Fiancee? Kate orang Melaka. Ni dah sesuai lah macam kat Istana Melaka dulu-dulu. Boleh aku berangan jadi Puteri Hang Lipur. Kalau wat pelamin ni kat Segamat, aku jadi Puteri Gunung Ledang. Leh shoot gambar khawin outdoor kat Sagil. Ooops enough merepek! Ni pelamin dari Nasha Wedding Planner. Leh cari di FB aku.


Sooo sweet kan? Nak la nak la! Sume aku nak. Pelamin Idaman Pengantin ANH.


Ni lagi satu sesuai tema Arabian dari De Pesona Bridal House.


Last but not least, my favourite pelamin! Tapi kecik sangat... Dari Erinna kot? Tak sure lak. 

So nak pilih yang mana? Cuci mata je la... Aku dok Segamat, camne nak dapat sume-sume ni. Dah tanya transportation cost je lebih kurang RM500 ke RM 800. Tu pun diorang bagitahu jangan wat time cuti sekolah. Memang diorang banyak tempahan kalau cuti sekolah, so jangan haraplah nak datang Segamat. Camne ni camne ni???

Ok, sekian sahaja cerita di Bridal Fair. Sume gambar di atas adalah hasil tangkapan photographer yang malu2 nak gi depan amik snap. So begitulah hasilnye =) Lebih gambar lawa-lawa sila ke sini. 



Malam masih muda. Tak puas hati tak habiskan duit di Angsana, kitorang ke Bazar JB lak. Sian kat housemates aku 2 orang ni dah dekat 6 tahun dok JB tapi tak pernah g Bazar JB. Seronok wooo... Tak percaya, sila tengok muka teruja kat atas.


Shopping sakan diorang ni... Duit baru masuk lah katakan. Yang tudung hitam tu dapat gaji tertunggak 2 bulan. Masyuk la... 

Eh Samson, ko ade ikut kitorang ke malam tu? Apesal dalam gambar kat belakang aku tu sebiji rambut n spek ko hah?


The next day, kami ke Jusco Bukit Indah dan Jusco Tebrau. Baju pink kat atas tu adalah hasil tawar-menawar masa di Bazar JB. Eh eh memang tak payah basuh dulu sebab aku pakai inner kat dalam la!


Pelik ngan orang yang suka amik gambar dalam toilet. Kitorang nak jugak. Nah gambar kami dari toilet!


Sesi menambah tenaga selepas penat 2 hari marathon shopping. Konon-konon nak diet la, tu yang amik 2 salad tuk side dishes. Ceh! Same je...

Ok semua. Babai!


Notakaki: Monday Blues tuk sambungan entri ni walaupun dah tersalah susunan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...