Monday, March 21, 2011

Busy Mode

Assalamualaikum


Dalam 2 minggu lepas sampai hujung April, aku tersangat-sangat busy. Rabu ni kena hantar proposal ke SV, dan dia hanya ada masa dua hari untuk cek dan pulangkan balik kat aku sebab nak kena submit proposal ni kat Fakulti Jumaat ni. Last minute baru nak bagi SV cek kan? Bersedia ajalah tahan telinga...

Kali ni dah tak boleh main-main buat proposal. Dah tak boleh copy paste je dari jurnal sebab dah ada software tuk detect plagiarism. Huh makin susah lah kerja aku yang Ratu Copy Paste nih! 


48% similarity detected! Haish...


Dah sebulan aku tak balik kampung. =( Ntah-ntah dah membangun dah bandar Segamat tu. Wah ko jangan nak menipu, setakat sebulan tak balik, Segamat terus membangun?

Dah siap hantar proposal, kene prepare untuk first stage PhD lak. Kalau tak lepas, kena lah downgrade ke Master. Tak nak tak nak. Mak, abah, doakan...

22 April pulak meeting projek. Mintak-mintak buatlah kat Sabah ke, Sarawak, Langkawi, tak pun Cameron. Walah. Macam nak gi honeymoon. Result ntah ade ke tidak nak present kat meeting nanti.

Sekarang tengah bersengkang mata siapkan proposal. Tapi boleh pulak tikus ntah dari mana masuk bilik. Sejam menunggu nak tangkap dia. Mana tak nya, dia kuar je, aku pun jerit lompat atas katil, haruslah dia nyorok balik terkejut kan... 

Akhirnya dia keluar jugak dari bilik aku. Esok nak beli perangkap tikus. Jaga kau ye! Kau tak tahu ke aku tengah sibuk, ko nak buat hal? 

Untuk sementara, tutup celah-celah pintu dengan tuala yang hampir-hampir aku nak buang, tapi rasa sayang pulak. Rupa-rupanya ada kegunaannya lagi...


Tuala yang kaler purple tu


Sekian sahaja update saya... 


Notakaki: Orang Melakau yang suruh update... Rindu katanya. Ntah ape2. Rindu miscal lah! Haha. Ayat nak ego. Ok, I miss U too...










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...