Assalamualaikum
Wah wah wah tajuk entri tak agak-agak. Orang lain pre-wedding, aku pre-engagement pulak. Ni je yang mampu untuk hari ini. Kat kampung tak dapat nak update. Baru balik ke JB. Pecut 140km/hr sebab ingatkan ade meeting dengan bos, rupenye kene kemas lab. Sabar je la...
Ok, berbalik kepada cerita pre-engagement tadi.
Hmm hmm
Jom la tengok gambar je. Otak beku la tak tahu nak mengarut pe.
Kat bawah ni adalah gambar gotong-royong atau orang kat kampung tu panggil rewang. Pada malam tu pulak diadakan solat hajat dan tahlil oleh kaum lelaki. Menu? Sup tulang lembu. Sedap! Tapi kalau tengok gambar kat bawah ni, memang tak menyelerakan. Iye, aku ngaku aku fail bab2 amik gambar ni...
Sabtu pagi pulak, diadakan baca Yaasin oleh kaum wanita pastu terus acara potong jambul Nur Delisha Dania. Sedih tak dapat join baca Yaasin. Mak Ja nye pasal la. Pagi-pagi tu baru nak jahit langsir aku, tetiba mesin jahit rosak. Langsir lama dah dibuka, so nak tak nak kene jahit jugak la. Aku la jadi mangsanya menghabiskan jahit langsir kai tangan. Tak panjang mane, dalam 4 meter jew!!!
Bila langsir dah dapat kat aku, heh aku pun dengan confidentnya mulalah menjahit dan jahit dan jahit dan sampailah tetiba aku teringin nak tengok hasilnya. Nak tahu apa hasilnya? Aku terjahit sekali ngan baju kurung yang aku pakai. Heh hangin betullah... Tapi pastu gelak sesorang.
Rombongan lelaki sampai dalam pukul 3 petang. Aku keluar ditemani sepupu Norhana Mohamad dan anak buah dia, Nur Insyira Damia. Semua ni tak dirancang. Selalunya kalau sepupu-sepupu perempuan aku bertunang, memang akan ade sorang lagi sepupu perempuan akan temankan masa nak sarung cincin. Tapi time aku ni Hana macam segan lak. Iye lah, sebab aku de wat mini pelamin so die tak tahu nak dok mane. Tu yang die bawak anak buah die sekali. Kebetulan Syira dah memang kai lawa. Huh die pulak dapat perhatian dari aku. Amboi Syira...
Ok, sampai sini sahaja. Gambar tunang? Eh, next post lah ye. Ni pun entri pre-E. Lagipun aku kat lab, curi-curi masa je update blog ni. Gambar lepas ni akan berkualiti sikit la sebab kai DSLR my future biras. InsyaAllah. Yang korang dok tengok sekarang ni gambar kamera hanfon aku je. So rajin-rajin lah visit tuk tengok update baru pasal majlis ye. Mane tahu ade sape2 yang korang berkenan dalam gambar. Leh aku kenalkan. =p
Anyway, thanx kepada semua sedara-mara yang bertungkus lumus menjayakan majlis. Majlis 2 hari memang sangat2 penat. Thanx jugak kepada kawan-kawan yang sudi datang dan wish aku. Doakan kami ye.
Oklah, jumpe lagi dihari dan waktu yang sama. Bye!
No comments:
Post a Comment