Thursday, February 24, 2011

I'm Engaged!


Update: Aku tengok ramai pulak yang tengok post ni. Entri ni banyak merapik meraban tau. Nak tengok gambar tunang ye? Sila follow link ini. Gambar hantaran sangkar dari aku, klik sini. Hantaran darinya, klik sini. Pre-engagement, klik sini. TQ!








Assalamualaikum



Dah tengok gambar pertunangan aku di FB? Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Yang aku upload tu sume gambar aku tengah senyum-senyum, ketawa-ketawa, gelak-gelak. Tapi ingat itu ke perasaan aku sebenarnya? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Hanya orang yang paling rapat dengan aku je tahu cerita sebenarnya. Dah tu korang expect apa? Aku nak cerita semua kesedihan aku? Meraih simpati? Oooh lupakan lah... Atau mungkin korang gembira tengok aku menangis?


Sebab tu aku cuba buat sedaya-upaya untuk menggembirakan hati aku sendiri. Orang kate majlis pertunangan aku agak grand. Tapi aku buat bukan nak menunjuk-nunjuk. Biasalah orang perempuan, berangan macam-macam. Tengok katalog kasut, nak kasut tu. Tengok majalah pengantin, nak hantaran macam tu. Teman kawan gi kedai mak andam, nak baju tu. Tengok kawan tunang ade mini pelamin, aku pun teringin nak macam tu. So aku buat semua sebab nak puaskan dan gembirakan hati aku je.

So far, aku tak dengar lah lagi orang mengata. Mungkin dibelakang. Sebab so far belum la tersedak-sedak lagi. Tapi aku pernah tengok gambar kawan-kawan tunang yang agak grand, ade je mulut-mulut yang bercakap. So tak mustahil aku tak akan terkena tempiasnya kan?

Aku ni tak de lah berduit sangat. Hanya mengharapkan scholarship je. Tapi aku rasa mampu tuk wat sume tu. Tak mintak duit korang pun. Paling-paling sengkek aku minta mak ayah aku. Membazir? Aku masih ada saving aku sendiri. So, ni lah yang aku nak cakap dari perenggan satu tadi. Bukan masalah besar untuk korang kan? Dari korang ngata sana sini, baiklah korang doakan kami. 

Aku pun sebenarnya takut jugak buat majlis macam ni. Kuasa Allah, macam-macam boleh terjadi. Tapi sekurang-kurangnya aku puas hati sekarang. Puas hati dapat gembirakan hati sendiri. Dan aku sangat100x puas hati dengan kesemuanya. Dari khemah, bilik, pelamin, baju, make-up dan hantaran.

Lagipun, zaman sekarang dah berubah lah. Bukan aku sorang je, tapi ramai lagi bertunang naik pelamin. Aku rasa adalah dalam 3, 4 tahun lepas. Cuma majlis aku ni terlebih besar sikit sebab ayah aku sekalikan dengan majlis tahlil, housewarming, akikah, cukur jambul dan pertunangan. See? Kami ni berjimat sebenarnya. Kenduri 5 in 1. 

Semua ni terjadi sebab sedara-maraku yang sporting nak join sekaki buat akikah dan cukur jambul. Kebiasaan buat adik-beradik ayah yang akan tolong menolong bila ada kenduri. Bukan setakat tenaga, tapi wang ringgit. Jangan tak percaya yang duit yang adik-beradik ayah bagi je hampir ke 1k. Walaupun ditolak sebab kami memang berniat nak buat akikah, tapi diorang bagi jugak untuk buat-buat tambah beli apa-apa yang patut. Alhamdulillah...

Sama jugak dengan aku. Bukan semuanya aku keluar duit. Door gift? Totally sponsored! Hantaran? Hantaran makanan banyak yang disponsor. Gubahan hantaran? Sepupu buat. Khemah? Memang ayah sponsor. Bilik? Hanya tampal sticker ikut kreativiti sendiri untuk mewujudkan tema english. Pelamin dan make up? Tu je la aku kuar duit. Tak de la mahal mane pun. Sekali seumur hidup je dik non... Tak kan tu pun nak kedekut kot. Lagi satu barang hantaran aku beli dalam 4 bulan awal. Sebulan beli satu, so tak de lah terasa sangat.

Huh kenapa lah aku emosi sangat. Korang puas hati tak? Ok bagus. Panjang pulak entri ni. Ni lah masalahnya kalau tulis dalam bahasa melayu, ade je benda nak merepek. Gambarnye tak muncul-muncul jugak. Next entri boleh? Hehehe... 


Doakan kami

Peace no war

Notakaki:
Motif entri ni? Entah! Tapi terima kasihlah sebab baca sampai habis. Memang korang tak de keje betul. Akhir kata, tolong doakan agar jodoh aku (Siti Norbaidurah dan Mohd Hidayat) berkekalan. Apa yang korang baca jap tadi juga adalah satu doa. Terima kasih.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...