Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Banjir Oh Banjir - Edisi Basuh Rumah

Assalamualaikum 



Haish banyak pulak entri pasal banjir. Walaupun cerita banjir dah basi, aku still nak update jugak. Mane tau tahun depan dah tukar perabot dan wat rumah baru lapan belas tingkat, so gambar rumah lama ni boleh lah di wat kenangan. 

Kali ni nak tunjuk gambar kemas umah. Bukan pe, adik-adik aku termasuklah my BF ni sibuk suh letak gamba diorang kemas umah. Ecece nak tunjuk rajin la tu. Heh layankan aje... Tapi aku de selit sikit2 gamba sebelum, semasa dan selepas banjir. Memang marvellous! Tengok air banjir, teringat Teh Ais favourite Fizz. Mesti die suke... =p

Patutnya tarikh2 sekarang ni aku sibuk update gambar tunang, tapi ni update gambar lumpur lak. Tak pe, kat hujung entri ni ade gak gamba pertunangan aku. Jom cekidaut!


Ni masa air mula naik. Kalau zoom leh nampak rintik2 hujan

Nice panorama aite?

Indoor swimming pool

See. Macam teh ais kan?
Perabot yang tak reti berenang mesti diselamatkan

Bilik adik. Selamatkan barang ikut kreativiti masing-masing


Apa yang pandai berenang kita biarkan je terapung!

Kat bawah ni gambar2 lepas air surut. Nah tengok gambar orang yang konon-konon rajin. Memang rajin, aku je yang sibuk snap-snap curi tulang.
 

Phewwiit yang bawak getah paip tu!

Air surut meninggalkan lumpur

Ajai yang wat2 rajin bersihkan lumpur seinci

Aiman pun buat2 rajin

Dapur

Rumah tengah

Rak TV? Buang! TV? Buang! Eh tipu... TV ade selamat

Membasuh. Gunakan air free sementara ada

Ok itu je. Oh, seperti yang dijanjikan, gambar bertunang. Ish malu la. Photographer ni siap suh shooting outdoor. Ok2 nah tengok tapi jangan gelak, comot! Memang sentiasa comot pun.

 -
 -
 -
-
-
-
-
-
-
-


Ok aku tipu. Bukan yang ni. Insyallah, kalau de rezeki dan jodoh, kami (aku dan family) jemput dalam masa terdekat ni. Datang ye, boleh gak tengok bandar Segamat ni yang macam padang jarak padang tekukur. Boleh jugak korang bagi idea kat Dato Bandar ni camne nak atasi masalah banjir.

Oh cite pasal Dato Bandar ni, ade nak gosip sket. Masa tengah basuh2 umah, die datang ngan kroni2 die dengan TV3. Die pakai topi cap dacing. Pastu cite2 depan cameraman then terus blah. Blah lah. Kaki sikit pun tak jejak air, ade hati nak claim dah wat pemantauan. Mak aku yang dok tertonggeng2 (gamba 2nd las) basuh kerusi tu pun sikit die tak endah. Eh mak aku bukan heran jugak lah. Dah lah, emosi pulak. Ok, bye!



Monday, February 7, 2011

Banjir Oh Banjir - Edisi Balik Kampung

Assalamualaikum!



Alhamdulillah banjir di kampung dah beransur surut. Hanya 5 hari perabot2 terendam. Tak lah berapa lama kalau nak dibandingkan banjir besar tahun 2007. Tapi 5 hari tu dah cukup lama untuk membuatkan perabot2 tu dihukum bakar sampai hangus! Sori perabot...

Seperti yang dirancang, aku balik kampung pada hari Khamis (03 Feb 2011). Masa tu banjir tak surut lagi, so aku balik naik bot. Park keta kat bandar Segamat. Hah ketaq lutut naik bot tak kai safety jacket! Siap boleh tersalah terminal. Mak aku tunggu kat tempat lain, bot anta aku kat tempat lain. Ape da...


Perjalanan dari Melaka ke Segamat memang mencabar. Nak lalu Tangkak tak boleh sebab jambatan di Jementah runtuh. Nak lalu Gemas pun tak lepas sebab banjir kat sana. Jadi aku kene lalu Yong Peng untuk balik ke Segamat. Melaka - Yong Peng - Segamat! Sesiapa yang dok Johor tu mungkin tahu lah kot bertapa jauhnya aku nak memusing! Dah sampai kampung pulak kene naik bot baru sampai rumah. Adeh! Papepun thanx kepada My BF sebab sudi temankan dan drivekan kereta.




Nampak tak sofa yang tersadai dibawa arus. Banyak lagi termasuklah tokong tuk cina sembahyang boleh didapati sepanjang jalan

Kedai di Shell macam baru lepas wat jualan penghabisan stok! Clear habis!


Dah sampai kampung, kene naik bot. Kene wat muke teruja sket!


Peneman setia tak nak pandang camera. Tengah cuak la tu!


5 feets


Gambar diambil dari atas bot. Tengok bertapa dalamnya air sampai tiang lampu hampir tenggelam


Bot berhenti depan umah. Seperti yang dijangka, ade pesta air


Ni air dah hampir surut


Letupan cobalt



Sekian sahaja berita banjir untuk hari ini. Jumpa lagi.



Notakaki: Entri ni dah dibuat 4 Feb tapi tak post. Nak post pe nye kalau nak cas fon pun nak mengharapkan jiran sebelah nye generator. FYI, banjir ni menyebabkan kami hidup dalam kegelapan + kepanasan sebab x de letrik. So kul 9 pas makan terus tido. Haish macam dok dalam gua betul.






Monday, January 31, 2011

Banjir Oh Banjir

Assalamualaikum

Tak tahu lah nak mula dari mana. Tapi nak minta maaf lah dekat kawan-kawan, sedara-mara terutamanya keluarga belah lelaki sebab majlis terpaksa ditunda. Alhamdulillah, lokasi majlis (rumah abah) tak terjejas cuma terputus hubungan je. Bila Segamat dah dilanda banjir, paling awal pun 2 minggu banjir akan surut. So majlis akan ditunda paling awal pun 2 minggu lagi.

Tak pe lah, ada hikmahnya bila tunda majlis ni. Sebelum ni, labmates aku tak dapat datang. So bila dah ditukar tarikh ni, harap diorang dapat datang lah. Labmates, take note k! Hehe.

Ok lah, aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. So kalau ada sesape pun tak tahu nak buat apa, meh baca kronologi fenomena banjir ini.


Sabtu (29/01/2011)

Arini aku dah start cuti. Pagi2 datang lab dulu pastu terus balik Melaka untuk ambil barang yang orang nak sponsor. Boleh jugak aku amik kete aku yang diservis kat Melaka. Hujan sepanjang highway. Sampai Melaka dah pukul 3 dan penat walaupun aku tidur je sepanjang perjalanan.


Ahad (30/01/2011)

Mak cal tanya dekat mana. Dia tak bagi aku balik dulu sebab hujan lebat dari pagi tak berhenti. Ramalan mengatakan hujan akan turun sampai Isnin. So mak suruh balik Isnin petang atau Selasa aja.

Masa tu, tak expect pun akan banjir. Selalunya, hujanlah berapa hari pun umah aku tak akan naik air. Cuma bila banjir besar tahun 2007, air naik kat umah aku sampai paras lutut.

Aku di Melaka dah mula risaukan kenduri pada Jumaat ni. Masuk shopping complex je, hati lega sikit. Bukan sebab leka shopping, tapi sebab tak nampak hari hujan. Bila kuar shopping complex dan nampak hujan masih tak berhenti, hati mula risau balik. Fon pulak kene block kalau nak call kampong.

Ahad malam, mak call bagitahu rumah mak cik sebelah nak mula naik air dan dah pindah barang ke rumah kami.


Isnin (31/01/2011)

Pagi-pagi lagi mak dah call bagitahu umah dah naik air. Mak siap buat lawak, ‘perabot2 banjir dulu yang ruku’ sume dah sujud dah dik!’. Aku tanya tak sempat bawak kuar macam dulu ke. Mak kata tak sempat sebab ada barang-barang jiran tumpang kat depan umah. So bawak kuar perabot diorang dulu barulah boleh bawak lari perabot rumah kami. Kira dah terlambatlah... Tak pe lah mak, nanti adik banyak duit adik buatkan mak rumah 2 tingkat k. Banjir je kita lari naik atas k?

Aku terus call abah pulak. Rumah abah tak terkene banjir. Air cuma naik sampai depan pagar rumah je. Nasib baik. Tapi lain pulak dugaan tuk abah. Lembu dia 5 ekor mati lemas. Tak sempat nak selamatkan sebab air naik mendadak. Patutnya masa hujan tak berhenti semalam, abah dah boleh selamatkan semua ternakan dia, tapi abah sibuk sebab ada pilihanraya di Labis. Tak pe lah, tak de rezeki kami di situ. Tapi abah ada pasang ambai untuk tangkap ikan. Itulah rezeki kami sepanjang musim tengkujuh.

Hari ini jugak abah tanya, boleh tak tangguhkan majlis. Eh mestilah! Dia kesian dekat aku, tapi aku kesian kat dia. Dah tak ada pilihan bah... So bila dah confirmkan dengan belah lelaki, aku terus call pembuat kek, penggubah sireh dan mak andam tuk postpone sume. Alhamdulillah, diorang faham. Terima kasih!

So disini lah aku sekarang (Melaka). Nak balik dah tak lepas. Sedihnya, dah lah sebulan tak balik kampong, nak balik tak lepas lak. Patutnya aku bersyukur sebab terselamat. Tapi tak jugak. Aku nak balik kampong lah!!! Walaupun kat sini dapat tidur atas katil, berair, berletrik, makan sedap-sedap (mak cik aku kat Melaka ni ada restoran) tapi hati aku tetap teringat dekat kampong terutamanya mak.

Rasa nak redah naik bas tapi bas pun tak boleh lalu. Pagi tadi drive pun asik tersalah lorong je. Traffik light hijau aku stop, traffic light merah aku nak jalan lak. Lorong ke rumah mak cik aku pun leh berbabas. Tengok TV pun boleh tembus sampai ke dinding, tapi bila sampai part banjir di Segamat, aku tiba2 terus macam ada magnet tarik, terus dok dekat TV dan kuatkan suara. Dah 80% Segamat tenggelam!

Tapi sekarang aku dah ok. Redha je lah bila kena tangguhkan majlis. Bila difikir-fikir, musibah aku tak seteruk mana. Semalam pak cik aku balik dari kenduri khawin di Tenang. Dia dah nampak umah pengantin, tapi tak lepas nak ke sana sebab air naik. Sedihnya bila ayah pengantin cakap kat pak cik aku, ‘Kalau kau nak balik dulu pun baliklah. Aku nak hantar nasi kat kau pun tak tahu macam mana. Ko jangan risau ye, kalau anak kau kawin, ko bagitahu aku, aku datang...’

Iye iye, aku redha. Tapi, rugi! Nak balik main air. Wah, bestnye!!! So aku dah amik keputusan, Khamis ni aku nak redah jugak balik kampong. Tinggal je lah kete kat Tangkak ke pe, nak redah jugak. Yeay!!!

Ni ada beberapa keping gambar yang diambil dari FB sedara aku.  

Rel kereta api. Semua pengangkutan awam terjejas


Masjid

Banjir Kilat di bandar Segamat


Segamat Corner



Segamat Corner, beberapa jam selepas itu



To all my love kat Segamat, take care ya! Dah pernah merasa pengalaman ni, so jadi sedih bila teringatkan apalah yang mereka makan... Paling mewah pun hanyalah bantuan kentang, telur dan suun. Syukur, tapi masih sedih kalau nak dibandingkan apa yang aku ada disini. Aku makan sedap-sedap, tapi mak? Mak, nanti adik balik tolong basuh rumah k?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...