Monday, March 12, 2012

Meeting at Residence Hotel, Uniten


Okay ini cerita Sabtu lepas tapi tak sempat update sebab busy... (kali ni betul busy). Sabtu lepas ada meeting project kami, Robust Enzyme di Residence Hotel Uniten. Tapi disebabkan kekurangan bajet, kami kena cari alternative lain selain tidur di hotel tersebut. So aku menumpang rumah mak cik di Melaka.

Kami patut pergi berempat, tapi Kimi sakit, dan Izyan pulak cuti kawen, so tinggallah aku dan Kak Atul. Suddenly Bos bagitahu suruh aku presentkan slide Kimi. Fine... nasib baik tahu sikit2 tentang project dia. So malam tu stadilah sket pasal apa yang nak dipresent slide Kimi. Supaya senang nak goreng nanti. Then dok google map pulak untuk ke hotel tersebut. Serius tak paham direction dia, so aku tidur je dengan harapan dapat mimpi direction tersebut.

Tidur pukul 2, bangun pukul 5, then drive dari Melaka ke Residence Hotel tanpa tahu jalan mana yang patut lalu. Malas lah cerita panjang, kami jumpa juga tempatnya sebelum meeting start dan lagi penting, sebelum Bos sampai!

Ingatkan nak lah melayan mata yang mengantuk ni, tapi tiba2 Bos datang dok sebelah aku! Banyak pulak yang disuruhnya. Tukar perbelanjaan itu, edit slide dia, tambah slide Laura. Bagus jugak, sebab aku terus hilang mengantuk! Bila dah ditengok banyak yang aku tolong, tu yang agaknya dia willing nak presentkan slide Kimi. Aku Cuma presentkan slide Izyan. Itu pun banyak Bos tolong explain kat kengkawan sume tu. Aku memang tergagap2 lah kalau sume Dr & Prof mula menyoal bertubi-tubi.

Situasi meeting agak tegang, Cuma sesekali sahaja ada gelak & tawa. So tak berani nak ambil gambar. Kena berlakun serius jugak (dok sebelah Bos kan...) Hanya waktu makan je rasa heaven, dengan chocolate fountain nya...  Fuh! Aiskrim je tak ada. Hanya ini je sebab yang boleh membuatkan aku teruja pergi meeting.


Tengok, panjang tangan aku capai makanan






Next Entri: Izyan's solemnisation and reseption

 Thanx for reading 







2 comments:

  1. @MK Kimi

    Ada beberapa kali cubaan ambil gambar, tapi tak berjaya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...