Monday, January 3, 2011

Kenangan


Assalamualaikum uolls!

Pejam celik pejam celik pejam celik (sambil mate pejam celik) dah ke tahun 2011. Welcome 2011! Goodbye 2010 dan kirim salam kat 2009!  Kirim salam pada semua kenangan2 manis 2009 dan 2010. Rindu pulak rasanya. Masa berlalu pantas!

Aku start buat research pada Julai 2009. Tapi macam baru semalam je start. Sekejap je masa berlalu kn? (padahal rasa macam baru sebab result tak dapat2 lagi). Lepas sambung blaja ni, banyak pengalaman baru yang aku dapat. Contoh present di conference, first time dok umah sewa dan first time jugak naik flight. Kesian kan?

Nak share gambar2 kenangan lama, tapi disebabkan ujung tahun 2010 baru de blog, barulah dapat post. Jom layanzzz...

2009

Walaupun tiap kali konvokesyen adalah kenangan manis kat aku sebab ade Pesta Konvo, tapi perasaan perarakan masuk dewan dan naik stage adalah lagiiiii manis! Tambah manis bile ade mak, abah, papa n mak ja dan lagi manis bile sume2 dapat masuk dewan. Thanx si cantik manis Yan sebab bagi 2 tiket free. (puji Yan manis, nanti konvo PhD bagi tiket lagi eh. Tu pun kalau kite saing...) Sehari lepas konvo adalah besday aku, so celebrate lah dengan makan kek manis. 







2010

Tahun ni aktiviti aku lebih kepada melawat Malaysia. Mula dengan bulan Febuari teman Hasma meeting kat Hotel Equatorial Melaka. Dah berjaman dok Melaka, time nil ah aku merasa naik Taming Sari dan bot. Daki bukit St.Paul tu dah biasa dah... Agak2 dating tak tau nak gi mane, mulelah gi Kedai Souvenier kak Ayu kat Dataran Pahlawan pinjam hat, g kedai Mak Cik Ani mintak air 2 botol air dan mulakan mendaki bukit. Sape lambat die menang. Dan akulah yang selalu menang tu!



Bulan Mei g conference ke Kelantan pulak. Seumur hidup, ni kali kedua aku ke Kelantan. Best! Lagi best kalau duit banyak. Tapi las day kitorg g, barulah gaji masuk. Sigh! Pergi naik train, balik naik bas. Penat wooo....



Bulan Ogos ke Sabah pulak. First time naik flight. First time gi Sabah. Kalau dah first time naik flight tu, confirmlah first time jugak g Sabah kan? Ade ke care lain ke nak ke Sabah? Meeting kat Promenade Hotel, betul2 tepi laut. Siang g snorkling ke 4 pulau, pastu kantoi ngan bos. Oooh ni sume idea Hasma ngan Yan. Saye tak bersalah... Malam g jalan kaki ke pasar Filipina menghabiskan duit. Bile duit dah habis, barulah senang hati.  Paling tak tahan, leh lak shoping kasut Charles & Keith. Saje nak beratkan beg kn, macamlah butik tu x de kat Semenanjung!





Dan kenangan manis terakhir 2010 adalah seperti gamba tanpa suara (tanpa caption) di bawah ni. 




Harap 2011 akan membawa perubahan positif dalam diriku dan keluarga. Untuk diriku, aku nak turunkan berat badan, biar cepat dapat result mutation dan cepat sampai jodoh. Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...