Tuesday, January 4, 2011

Azam 2011

Assalamualaikum u’olls!!!

Nak tanya, korg tahu azam tu ape? Bukan... Bukan dak Azam anak Pak Mat tu. Maksud azam ni adalah satu keazaman (azam jugak eh?), keinginan, cita-cita atau tujuan yang sangat kuat. Kalau dulu di sekolah, setiap kali mula mendaftar masuk je, cikgu akan suruh buat karangan tentang azam tahun baru. Kalau dapat ngan cikgu yang malas sikit tu, die suruh kita berdiri je kat depan dan bgtau sume orang tentang azam tahun baru. Senang! Tak perlu mengajar, hanya duduk di meja guru mendengar azam kanak-kanak 10 tahun dan tak perlu susah-susah nak tanda kertas. Double senang!

So camne ngan korg sume? Tak tahun baru lah kalau tak de azam kan? Walaupun azam tahun baru adalah sama tuk tahun lepas. Atau lebih tepat lagi, nak melaksanakan azam tahun lepas yang masih tak tercapai.Tapi sebenarnya, nak berazam tak perlu tunggu tahun baru. Bila-bila pun boleh asal kita ingin membuat perubahan.

Aku? Sama seperti tahun lepas cuma ada beberapa tambahan. Azam tahun lepas nak jadi lebih rajin dan bla bla bla (banyak). Yang nak jadi rajin tu tercapai walaupun kadar kenaikan nya sikit. Huhu. So sempena tahun baru ni, nak improve lagi kerajinan tu.


Ni list azam 2011 aku...

  1. Nak banyakkan amal ibadah dan tak mau lengahkan solat. Tapi kalau kat lab, terpaksa lah solat zuhur paling awal kul 2 sebab surau sangaaattt penuh! Di tambah ngan budak2 undergrad yang macam tak reti nak hormat orang solat. Macam kedai kopi je surau tu dibuatnya! Eee geram!

  1. Nak jadi rajin, rajin dan rajin! Bukan rajin bergosip, tapi rajin membaca. Yang paling penting adalah rajin baca jurnal. Waaa... susah ni! Setakat baca je bolehlah. Dah lama aku khatam membaca. Baca sampai faham? Sambil dapat idea?! So, ape yang aku dah buat? Baru pikir nak tukar broadband ni. Celcom ni memang ngengade kalau kat umah. Lambat tau, tak leh nak search jurnal. Wekks! (Kalau internet dah cepat, aku rajin main game je pulak kat FB). Pastu dah install external ink kat printer. So leh print banyak2, kaler2! Baru seronok baca sambil berjimat!

  1. Tak nak tangguh kerja! Ni pun ada kene mengena ngan rajin. Warghhh teruknya aku ni. Malas dan suka tangguh kerja! Dulu undergrad boleh lah, lambat camne pun still dapat A+. Result pun maintain je. Hmmm... So, solutionnya, kena ade planner. Ade planner je tak cukup tapi kene kerja mengikut perancangan. Jap jap. Kene ade planner tu maksudnye kene beli phone baru ke? Smart phone I mean...

  1. Bayar hutang! Oooh nasib baik hanya hutang PTPTN. Tapi PTPTN yang satu ni je lah yang menyusahkan idup aku smpai kene blacklist. Sib baik tinggal 5k je. Lepas ni nak bayar dengan konsistennya. Selebihnya tuk ASB dan Gold Investment. Click sini tuk dapat table pengurusan kewangan anda.l

  1. Amalkan gaya hidup sihat! Nape aku tak cakap nak turunkan berat badan? Sebab berat aku dah ideal. 47kg tuk 153cm tall.  Engat dulu2, lepas makan rase malas nak jalan sebab sayang kat lemak. Punyalah susah nak naik berat badan dulu. Siap makan Nutella ngan Hot Chocolate! Sekarang? Makan sikit pun berat naik! Metabolism turun kot...

  1. Teruskan berblog! Nak tingkatkan daya creativiti dan gaya penulisan untuk menghasilkan entri yang berkualiti. Harap blog ni akan bertahan, menemani aku untuk berkongsi cerita suka dan duka sepanjang hidup.

Azam ke lima dan enam tu adalah azam baru aku tuk 2011. Yang lain adalah azam tahun lepas yang hanya disambung (bukan baru nak start ye...). Tapi aku tertarik tuk berkongsi tips untuk mencapai azam kelima aku tu. Nantikan entri seterusnya yea... Bye semua!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...