Monday, January 3, 2011

Pass Baton


Assalamualaikum uolls!

Haa amik kau 2 entri sehari! Tuk blogger masih mentah cam aku ni, 2 entri sehari tu kire banyak la! Tapi entri sebelum ni adalah untuk dipost pada 1Jan. Tapi sebab nak upload beberapa gambar, dan memandangkan lokasi ak di Segamat dan berukband Celcom hidup segan mati tak mahu ni, so ak tanggung kan lah post nye. (Lagipun Sabtu posmen cuti, x leh post)

Ok panjang alasannya. Nak cite sal family ayah yang seramai 14 beradik dan ayah yang last. So ramai lah sepupu2 aku, mungkin jugak 100. Sepupu ak paling tua umur die 50 tahun (lagi tua dari ayah) dan paling muda adalah adik aku, Adam Mukhlis, 6 tahun.

Nak tau tak? Dalam family kami ni ade 1 baton tau tuk dibuat lari berganti-ganti. Tapi kami guna tuk pas kepada sape2 yang nak tunang/kawin. Kire macam si A ni tunang pastu die pas baton ni kat si B, so si B ni pulak akan tunang/kawin. Ala, cam orang putih yang lepas kawin g pusing belakang pastu campak hand bouquet die tu!

Last sepupu ak kawin ade la dalam 4 tahun lepas sebab anak sulung die dah 3 tahun. So sekarang nak start balik lah tradisi tu.

Cousin first yang bertunang dalam batch aku adalah Pipie, diikuti Melissa n Nazliah. Congrats ya!

Pipie tunang masa raya haji lepas. Gambar tunang tak sempat amik sebab die segan nak kuar. Ni tengok je la gambar hantaran die...

Hantaran dari lelaki



Hantaran dari perempuan

2nd winner goes to..... Melissa! Sehari lepas Christmas. Sori gamba recycle.

Merah putih dari lelaki, Hitam putih dari perempuan

Penerima baton ketiga, Nazliah. Tunang pada tahun baru, 01012011. Sebab die x bagi upload gambar kat FB (nak rahsia dulu katanya), ak boh lah banyak2 kat blog ni. Ala, ko jangan risau, blog ak ni bukan nye macam Beautiful Nara ke hape, yg kalau ak post bukan 1 Segamat je tahu tapi 1 Malaysia akan tahu! Ni hanyalah blog sepi yang aku tulis, dan aku sorg je bace. 



Lepas majlis, makcik2 ak yg 14 orang ni (dah beradik ayah 14, so 14 la makcik include kakak n ipar ayah) suh kami cari sireh yang bertemu urat dan makan! Ooohh for the rest of my life first time in my life! Aku yang pandai ni gi kemam je kat pipi kiri, last2 seharian lidah kiri ni lidas! Luckily/Unluckily, lepas majlis je Nazliah dah past baton tu kat aku! So lucky! So, ape lagi? *muke gatal* Dah, benti taip skarang. Nak g cari calon dan wat persiapan! Bye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...