Assalamualaikum u’olls!
Pejam celik pejam celik. Tik tok tik tok. Dap dup dap dup. Kurang sebulan sahaja lagi nak raya cina! Eh, nape tetiba menunggu Chinese New Year ni? Huhu. Tapi dalam masa kurang dari sebulan ni, aku nak aim tuk kurus! Boleh ke agaknya? Haa... inilah namanya Diet Kilat!
Zaman sekarang adalah zaman serba instant; mee instant, bahan tumis masakan instant, anak instant dan banyak lagi. Bila ada cara kilat dan singkat, mengapa harus susah-susah mengatur diet makanan kan? Diet Kilat (Crash Diet) adalah jalan mudah untuk menurunkan berat badan dengan jumlah yang banyak. Menarik kan? Nak cuba? Oh tidak... jangan excited terlebih dulu. Diet Kilat yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat adalah tidak sihat! Tidak seimbang!! Memudaratkan!!! Nampak tak tanda seruan banyak2 tu? Nak tengok tanda seruan dengan lebih banyak, jom tengok beberapa lagi kesan negatif diet kilat:
1. Kehilangan Air, Bukan Lemak! Kemungkinan besar penurunan berat badan disebabkan kehilangan air tetapi bukan lemak. Kehilangan air menyebabkan kehilangan semua vitamin dan mineral penting tubuh!
2. Hilang Daya Konsentrasi! Kebanyakan pengamal diet kilat mengambil makanan yang berkalori rendah. Eh, camne ni, aritu kata ambil makanan berkalori rendah, kali ni kena ambil makanan berkalori tinggi pulak ke? Tak, maksud kalori rendah adalah pengambilan kalori harian YANG LEBIH RENDAH DARI SEPATUTNYA, dan ini menyebabkan pengamal mudah letih, pening dan hilang tumpuan.
3. Jadi Bosan! Menghadkan pengambilan makanan sebenarnya sangat membosankan! Menghadkan selera makan juga amat membosankan dan tidak dapat bertahan lama. Akibatnya, berat naik mendadak bila pengamal tak dapat kawal selera makan!
4. Berat Tidak Stabil! Berat pengamal diet adalah tidak stabil, seperti Yo-yo yang turun naik turun naik! Kesan jangka pendek adalah beratnya akan naik mendadak bila berhenti berdiet.
Eh2, panjang pulak explanationnya. Dah lari tajuk ni. Ok kesimpulannya, aku cancel nak Diet Kilat! Penurunan berat badan yang sihat adalah dengan mengetahui berat badan ideal masing-masing dengan menentukan BMI:
BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
BMI anda | Berat badan anda |
Kurang 18.5 | Kurang |
18.5 – 25 | Normal (Ideal) |
25 – 30 | Berlebihan |
30 dan ke atas | Tahap Obes |
Dah congak? Apa? Overweight? Baiklah, untuk yang bercadang menurunkan berat, kurangkan makan secara berperingkat dan teratur dan bukannya pada Diet Kilat. Pengurangan berat badan yang sepatutnya adalah 10% daripada berat asal dalam 6 bulan. Apa?? 6 bulan wooo... Kurangkan makanan berlemak terutamanya berasaskan daging. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan (sumber anti-oksidan) setiap hari sudah memadai. Untuk penurunan berat jangka panjang yang efektif, gabungkan diet sihat dengan senaman. Ingat, jangan berdiet untuk langsing, tapi berdietlah untuk kesihatan.
Eh, salah salah! Kita sambung lah kat next entri. Cam best tengok Garfield tido. Rase nak tido jugak. Bye!
No comments:
Post a Comment