Showing posts with label Nikah. Show all posts
Showing posts with label Nikah. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Solemnization's Handbouquet


Tema hari ini adalah handbouquet (HB) atau bahasa melayunya bunga tangan. Ada orang mungkin tak kisah. Apa yang mak andam sediakan, itu lah yang dia ambil kan.

Itulah yang terjadi pada saya masa bertunang dulu. Hanya fikir hantaran, baju dan pelamin je. Walaupun dah tahu HB mak andam ni artificial flower dan dah out of date, tapi saya malas nak fikir benda remeh temeh ni. At last... mak andam tak bawa pun bunganya! Dah berdiri kaku je sambil tangan kebelakang masa bergambar. Tak dapat nak cover perut buncit dengan HB tau!

So nak balas dendam la pakai HB cantik2 masa kawin ni. Haha perlu ke. Untuk nikah, saya pilih white lily. Fresh flower ye, so rasa suasana tu pun macam fresh je. Plus warna putih tu rasa suci je.


Berkenan dekat HB lily dari The Craft Potion (vendor yang buat HB resepsi), tapi tak orderlah dekat dia sebab dok jauh, susah nak pos fresh flower tu. Jadi saya request kedai bunga dekat kampung je buatkan. Nama kedai pun Lily Flower, berhadapan McDota Segamat.

Masa nak order tu, tak bawa pulak contoh gambar, just inform je nak macam ni macam tu. Hasilnya macam di bawah ni. Bunga yang dah kembang segar pulak... Takpe lah, walaupun tak seperti dirancang, tapi perantin tak boleh sedih2 kan?


Maafler gambar tak clear. Alasan sama, gambar dari OP tak dapat lagi. Katanya minggu ni. Lepas nikah, terus masukkan dalam transparent glass vessel dan hias di meja solek. Menambah keromantikan bilik perantin. Hehe.

Alamak panjang pula entri ni. Sambung cerita HB resepsi later2 lah ye.







Thanx for reading 

Saturday, July 7, 2012

Lafaz Sakinah Selepas Asar Ini

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu






Thanx for reading







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...