Friday, July 20, 2012

Majlis Pernikahan 07.07.12

Majlis pernikahan saya telah dilangsungkan 2 minggu lepas, iaitu pada 07 Julai 2012 selepas Asar. Perancangan asalnya nak buat hujung tahun, tapi teringin nak beraya tahun ni bersama suami, maka diawalkan lah tarikhnya...

Memula tanya ayah dia tak setuju sebab tak sempat nak kumpul duit majlis katanya. Tetiba sepupu call dan ucap tahniah. Eh pelik, laju betul gosip tersebar! Rupanya dia dapat tahu sebab ayah dah tempah kelapa dari emaknya. Wah ayah senyap2 je, konon tak bagi padahal excited.

At last tak de maknanya tempah kelapa semua tu. Amik katering je sebab ayah dah serik kepenatan majlis tunang dulu.

So cerita tentang majlis nikah, saya sengaja pilih Sabtu sebab nak jugak tarikh 07.07.12 tu. Bukan sebab tarikh tu cantik je, tapi kebetulan adalah besday hubby yang ke... 30!

Kami pilih lepas Asar sebab diorang ni dari Melaka. So tak perlulah datang Segamat awal-awal. Tak nak pilih malam pulak sebab malamnya ada majlis berinai besar.

Untuk nikah, dah bagitahu mak andam yang saya nak ala-ala arabian. Nak tutup muka dengan niqab, so dia kena highlightkan mata. Pergh memang terlalu highlight mata ni, kemain panjang bulu mata yang dia bagi. Pastu tak sangka pula dia siap bawa accessories kepala yang memang very the arabian!




Untuk handbouquet, saya guna lilies sebab memang dah verangan dari dulu. Tapi lilies yang saya dapat ni dah besar mengembang. Tak apalah, small matter je.

Masa ke masjid, hujan renyai-renyai dan saya terlambat sampai dari imam. Pffft! Salahkan mak andam sebab dia lambat make up. But Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya sah menjadi isterinya dengan 2x lafaz. Lafaz pertamanya tersekat air liur masa sebut nama Siti. Ces!


Akad oleh kadi mukim pogoh


Panjang pula ceritanya. Tapi saya still nak menulis sebab tak nak lupakan semua kenangan ini. Next is bacaan sakinah. Memula abah tak nak sebab dia tertinggal cermin mata. Tapi saya berkeras nak jugak. Syukur tak de nangis-nangis walaupun suara saya dah bertukar serak2 basah, air mata dah kelihatan di tubir mata.


Bacaan sakinah


Ini je untuk sementara waktu. Nanti dapat gambar official, saya upload lagi ye. Semoga masjid yang dibina ini mendapat keredhaan Allah dan berkekalan hingga ke syurga. Amin...


Lafaz ta'liq


Penyerahan mas kahwin


Cincin batal air sembahyang untuk dia


Dah dapat gelang, kena cium tangan


Pengantin yang mata sembap


The lilies





Thanx for reading







5 comments:

  1. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru......
    Semoga hubungan kalian kekal sehingga ke hujung nyawa..... =D

    ReplyDelete
  2. cepat2 masuk pic lain tau...nak tgk.....hr tu xpat dtg..

    ReplyDelete
  3. cepat2 masuk pic lain tau...nak tgk.....hr tu xpat dtg..

    ReplyDelete
  4. Tahniah...alhamullillah tarikh dipercepatkan dan semua berjalan dengan lancarnya..bestnya tahun ini beraya sebgai isteri orang..saya terpksa tggu tahun depab..huhihu

    ReplyDelete
  5. Ayujean: Thanx dear...

    ChocPink: Aku dah update. Ko cecepat sihat!

    Bozhicka: Tahun depan, x lama lagi. Gud luck ye...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...