Assalamualaikum. Lamanya tak update.
Bukan tak ada cerita. Ada, banyakkkkk lagi tu. Tapi penyakit malas menaip semakin
menjadi-jadi sekarang ni.
Lupakan review sekejap, ni cerita
tentang honeymoon. Di entri dulu saya ada cerita tentang tiket murah AirAsia dan cara tempah hotel dengan senang dan selamat thru Agoda.com
So last week, Khamis malam me n
hubby bertolak ke Kota Kinabalu dan kami sampai di sana around 11.30 malam.
Cecepat kami cari taxi sebab kalau terlambat akan dikenakan late-night charge.
Beli tiket untuk taxi di kaunter
(dalam airport) dan cas dikenakan RM30 dari airport ke mana-mana tempat di
pusat bandar Kota Kinabalu. Extra 50% cas akan dikenakan dari 11.50 malam – 6.00
pagi. Phew, nasib baik flight sampai on time!
On the way ke hotel, saya tengok
bandar KK ni masih ‘hidup’ walaupun hampir tengah malam (kecuali shopping
complex dah tutup ler). Ramai lagi manusia dok berdating di tepi laut
berhadapan hotel. Memang la tak manis dipandang, tapi at least kawasan hotel ni
tak de lah sunyi je. Tak de lah takut kalau kami nak keluar tengah2 malam cari
makanan nanti...
Sesampai di hotel (Gaya Centre
Hotel), kami disambut baik oleh receptionist nya. Yela, sesetengah tempat ni
asal dah malam je muka pun monyok je buat kerja. Tak ikhlas betul. Tapi di sini, semuanya manis2 belaka, cuma kami ni je muka kelat sebab penat travel dari KL-Melaka-JB-Sabah. Mereka
serahkan kunci dan kami terus ke bilik di tingkat 10!
Bilik ni ngam2 lah besarnya. Ada lah
space kalau kami nak berjemaah. Yang penting ada queen size bed, 32' LCD TV, iron &
board, tea maker, hair dryer, refrigerator and safety deposit box. Worth la
dengan harga dia, around RM130 ++.
Untuk couple cam kami yang lebih nak
outdoor activities ni, mmg sesuai la bilik di untuk dijadikan tempat berehat. Tapi
untuk newlyweds yang memang nak hanimun semata, saya prefer pergi resort la.
Bukan sebab hotel ni tak privacy, cuma tak berapa romantik. Hehe...
To be continue...
Thanx for reading
nk gi KK plak r pasni.. :P
ReplyDelete@izfanora: saya pulak nak g sarawak lepas baca review awak...
ReplyDeletehotel awk ke pasar pilipines & jeti dekat jeke? jalan kaki ea?
ReplyDelete