Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Kota Kinabalu: Day 3


Dah lama peram entri ni, harini aku publish ye. Third day, pagi2 kami dah bangun (subuh di sini 4.44 pagi), breakfast dan bersiap je Jesselton Point (JP). JP adalah jetty sebelum bertolak ke mana-mana pulau untuk island hopping.

Pintu gerbang Jesselton Point

The best part about our hotel is the great location. Dekat dengan Suria Sabah, Pasar Filipina dan juga Jesselton Point. Hanya 5 minit berjalan kaki. Di JP, ada banyak travel agency yang menawarkan pakej island hopping. Kebanyakan agensi publish harga yang sama je.

So biasalah bila dengan lelaki ni (hubby), dia malas nak survey2. Padahal kami datang tu pukul 7.30 pagi tak ramai orang pun. Tak payah nak beratur panjang, so sepatutnya kami boleh survey harga tetiap kaunter! Tapi hubby kata semua harga sama, jom amik dekat agensi paling dekat dengan pintu masuk. Persatuan Bot Pantai apa ntah. Nah harga tak de diskaun langsung. RM23 untuk 1 pulau, RM33 untuk 2 pulau, RM43 untuk 3 pulau. Plus RM7.20 tax untuk dan RM3 duti setiap pulau. Another RM10 untuk snorkling mask dan RM10 untuk safety jacket. Dan ini adalah harga per person!

Bila dah bayar, dia suruh tunggu, katanya bot sampai pukul 8.00 pagi. Haaa tu la hubby nak cepat sangat, konon boleh sampai pulau awal la. Aku yang dah bosan menunggu ni pergilah survey di kaunter lain walaupun kemungkinan harganya lebih murah dan boleh membuatkan aku menyesal. Memang betul pun! Ada agensi tawarkan RM18 instead of RM23 untuk 1 pulau. Plus sewa safety jacket nya lebih murah, RM5 je! Nah u guys, agensi tu adalah Agora Travel Agency (if im not mistaken), kaunternya di tengah2. Sobs kami rugi RM20, boleh buat beli gelang mutiara air masin satu...



K back to island hopping, kami hanya pergi Pulau Sapi sebab katanya pulau di sana cantik. Pulau Manukan memang aku reject awal2 sebab ramai orang. Tapi sayangnya kat Pulau Sapi ni tak ada water sport. Hmm melepaslah kami nak parasailing. Tapi its ok, hubby pun kata dia tak nak sebab mahal. Aku tak kisah je, sebab aku dah naik sekali dulu...




Kalau dengan hubby ni, aku tak takut sangat nak snorkling jauh2 pun. Dulu masa pergi dengan girlfriends, siap upah tour guide untuk tunjuk tempat banyak ikan. Cuma sayang kali ni dah tak dibenarkan beri ikan makan, plus aku tak ada underwater camera. Tapi pandai2 la aku siat2 roti letak dalam botol dan sorok dalam safety jacket. Berenang macam biasa nak bagi ikan makan.


Balik dari island hopping around 3pm, kami solat jamak dan terus cari keluar cari makanan. Dari pagi asik alas perut dengan cereal, biskut dan roti je... Harini diner berhampiran Pasar Filipina gak, tapi warung biasa. Walaupun beratap canvas je, tapi inilah tarikan dan keunikan KK. Kalau di Melaka, habis dah kedai ni semua dipindah masuk dalam bangunan. Bila sewa kedai bertambah, harga makanan pun bertambah la. Lepas tu bangunan tu ada syer dari Ketua Menteri. Tiap2 bulan collect income. Ooops!


Dari 2 tahun lepas aku datang, inilah menu yang sama. Mee goreng dan bakso. Plus avocado juice. Rupanya kat sini jus tu diorang buatkan ice-lended. Dengan sebiji buah dia masuk dalam tu. Memang heavenla... Patut lah batuk aku makin teruk!

Bye for now. Btw, ni je gambar kami berdua . Sedih!





Thanx for reading

Wednesday, December 5, 2012

Kota Kinabalu: Day 2


Sambungan dari day 1. Sebenarnya day 2 ni kami plan nak sewa kereta ke Karambunai atau kaki Gunung Kinabalu. Dah survey2, tapi tak nak book dulu sebab depends keadaan. At last memang hubby malas pun nak drive jauh2. Dia nak round2 sekitar KK je. Dia kata malam tadi nampak signboard GSC depan hotel. Dia nak ajak saya tengok wayang. Eh abanggggg... tengok wayang kat Melaka pun boleh la.

Perut pun dah berkeroncong, kami pun menapak ke shopping mall depan hotel, Suria Sabah. Seberang jalan je. Nampak cam cikai2 je, tapi redah je la. Sekali masuk, amik ko! Coach, CarloRino, Fullhouse, Starbucks, Metrojaya semua ada. Rupanya tadi kami masuk ikut pintu belakang, patut nampak cam hmmmm...

Terus menuju ke Foodcourt. Hanya ada satu kedai nasi campur terpampang tulisan halal tapi tak banyak pilihan makanan dan tak kena dengan tekak ni. Boleh lah untuk alas perut...


Next sambung berjalan mencari bekalan makanan untuk stok 3 hari di sana. Ada City Grocery dalam Suria Sabah ni. Banyak sangat pilihan dalam ni sampai rasa nak ambil semua, plus deco dan susunan yang kemas!

Lepas balik hotel dan simpan semua barang, kami menuju ke Pasar Filipina. Survey2 dulu untuk souvenir mutiara. Jalan kaki je sana, around 15 minit. Sambil2 tu bergambar sepanjang jalan. 



Eh sengaja gedik pakai baju kuning sedondon. Tapi sori lah, lupa nak ambil gambar Pasar Filipina tu. Aku ni shopping, tak ingat apa dah. Lagipun kamera hanfon je, memanjang simpan dalam handbag. Lain la SLR kan, memang sentiasa tergantung kat leher, memang sentiasa ingat lah nak bergambar.

Tapi dalam Pasar tu adalah dalam 6 column barisan untuk kami habiskan berjalan. Aku ingatkan nak survey dari sebaris ke sebaris, senang tak de kedai yang tertinggal dari kawad cam aku. Tapi hubby ni kejap2 terlencong ke kanan. Aku tarik dia balik, dia terlencong lagi. Penyudahnya aku tolak dia terus keluar ke kanan, keluar pasar terus. Patutlah...Kat situ ada medan ikan bakar yang memanggil-manggil dia... 







Lepas habis makan, Pasar Filipin pun dah tutup. So kami sambung ke pasar malam di seberang jalan Pasar Filipin. Kat situ pun ada jual mutiara, keychain, t-shirt dengan harga yang lebihhhhh murah dari Pasar Filipin.

To be continue day 3...




Thanx for reading

Wednesday, November 14, 2012

Kota Kinabalu: Day 1


Assalamualaikum. Lamanya tak update. Bukan tak ada cerita. Ada, banyakkkkk lagi tu. Tapi penyakit malas menaip semakin menjadi-jadi sekarang ni.


So last week, Khamis malam me n hubby bertolak ke Kota Kinabalu dan kami sampai di sana around 11.30 malam. Cecepat kami cari taxi sebab kalau terlambat akan dikenakan late-night charge.

Beli tiket untuk taxi di kaunter (dalam airport) dan cas dikenakan RM30 dari airport ke mana-mana tempat di pusat bandar Kota Kinabalu. Extra 50% cas akan dikenakan dari 11.50 malam – 6.00 pagi. Phew, nasib baik flight sampai on time!

On the way ke hotel, saya tengok bandar KK ni masih ‘hidup’ walaupun hampir tengah malam (kecuali shopping complex dah tutup ler). Ramai lagi manusia dok berdating di tepi laut berhadapan hotel. Memang la tak manis dipandang, tapi at least kawasan hotel ni tak de lah sunyi je. Tak de lah takut kalau kami nak keluar tengah2 malam cari makanan nanti...

Sesampai di hotel (Gaya Centre Hotel), kami disambut baik oleh receptionist nya. Yela, sesetengah tempat ni asal dah malam je muka pun monyok je buat kerja. Tak ikhlas betul.  Tapi di sini, semuanya manis2 belaka, cuma kami ni je muka kelat sebab penat travel dari KL-Melaka-JB-Sabah. Mereka serahkan kunci dan kami terus ke bilik di tingkat 10!










Bilik ni ngam2 lah besarnya. Ada lah space kalau kami nak berjemaah. Yang penting ada queen size bed, 32' LCD TV, iron & board, tea maker, hair dryer, refrigerator and safety deposit box. Worth la dengan harga dia, around RM130 ++.

Untuk couple cam kami yang lebih nak outdoor activities ni, mmg sesuai la bilik di untuk dijadikan tempat berehat. Tapi untuk newlyweds yang memang nak hanimun semata, saya prefer pergi resort la. Bukan sebab hotel ni tak privacy, cuma tak berapa romantik. Hehe...

To be continue...




Thanx for reading



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...