Saturday, December 17, 2011

Lets Shop at Jusco!


Finally i met Saturday! Penat betul rasanya minggu ni. Dengan laptop tak ada, bateri kereta kong dan tersadai di lab, sakit gigi, phew nasib jugak bos tak ada minggu ni. Kalau tak, lagi haruuuu...

So hari ni adalah masa untuk mengemas rumah. Lama betul rasanya lantai tak dimop. Dah tak boleh mop dengan Ajax tapi kena pakai Clorox dah! Memang sakit hati bila fikirkan asik aku je nak buat semua tu. Tapi bila ikhlaskan sesuatu pekerjaan kerana Allah, hati ni jadi sejuk sedikit. 

So sebenarnya nak cerita, dalam minggu yang haru biru ni, nasib aku agak baik. Masa di lab sibuk wat kerja dan makan pun idak, aku sempat layan FB dalam 10 minit je. Dalam 10 minit tu lah aku join contest ni dan tetiba.... eh menang? 




Thanx to Pameran Pengantin Malaysia -by Urban Vibe Event yang organise contest dan Suripermai Spa yang sponsor hadiah. 

Tapi tu lah hadiahnya, infra red sauna, bukan boleh dipos pos, tapi kena ke Suripermai Spa di Setapak, KL. Tengok lah, kalau tak ada expiry date, boleh jugak aku singgah time nak soping sana nanti. Kalau ada expiry, kena lah pas kat orang lain. Aku tak kisah. Aku ada hadiah lain...

On the very same day aku dapat hadiah, Mr.F pun ada annual dinner dengan company nya. Kalau last year dia balik dengan Sony Home Theater, tahun ni dah tak ada hadiah macam tu. Yang ada Cuma Jusco Voucher.  Tak de lah banyak sangat. RM400 je... Je??? Ni yang tak sabar nak pergi Melaka ni.

Tetiba teringat, kami selalu bernasib baik pada waktu yang sama. Dulu dapat gi oversea pun sama-sama. Cuma dia ke Paris, aku ke Denmark. Alhamdulillah...





Thanx for reading 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...