Bersambung dari kisah kolagen dust semalam, ini adalah FAQs tentang kolagen yang diemail dari Auntie Nani (the supplier)
***
Apa itu Kolagen?
Allah ciptakan tubuh manusia dengan kandungan binaan tubuh yang terdiri daripada kolagen. Tanpa kolagen kulit tidak boleh berdiri anjal. Kolagen juga penting sebagai agen awet muda, baik untuk mengurangkan pereputan tulang, menggalakan pertumbuhan rambut dan mengurangkan berat badan.
Dan Collagen Dust™ ini merupakan sumber protein dari hidupan laut iaitu tulang dan sisik ikan yang diperolehi secara saintifik dan teknlogi terkini. Collagen Dust™ menggantikan dan tambahan pada kolagen yang ada dalam badan kita yang mudah termusnah akibat persekitaran dan toksin –toksin dalam badan.
Halal?
Yes, certified. Kebanyakan produk kecantikan ada menambahkan concentrated collagen powder (Collagen Dust™) didalam produk mereka.
Siapa yang sesuai menggunakannya?
Kolagen ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Sesuai untuk semua kecuali untuk IBU MENGANDUNG dan kanak-kanak berumur dibawah 7 TAHUN.
Umur masih muda pun perlukan kolagen?
Perkembangan pesat tubuh badan manusia berubah saat demi saat. Bila menjangkau usia 20 tahun, tubuh mula kehilangan 1.5 % kolagen dari tubuh badan. Pada usia 30-an, tubuh mula kehilangan 15 % kolagen dan bila berusia 40-an mula kehilangan 35 % kolagen dari badan kita.
Maka semakin banyak kita kehilangan kolagen dalam badan semakin kurang agen sokongan untuk kulit jadi anjal. Kehilangan kolagen dari dalam badan manusia bergantung kepada individual. Ada sesetengah agak pesat dan ada pula yang agak lambat. Ini bergantung kepada diet pemakanan, persekitaran dan toksin yang secara tidak kita sedari mengganggu sistem kesihatan tubuh badan.
Fungsi terhadap kulit?
Dengan pengambilan kolagen internally, ia akan stimulate your own collagen production, replace elasticity of the skin, firmer, ven-toned and younger looking skin.
Fungsi terhadap rambut dan kuku?
Kolagen menguatkan kuku dan rambut. Rambut juga akan menjadi lebih elastik (from ingestion)
Bagaimana menggunakannya?
Cara penggunaan, ambil satu sudu teh sekali setiap hari dan bancuh ke dalam segelas jus buah atau apa-apa minuman sejuk. Boleh juga ditabur di atas makanan. Selain dari tu ambil secubit bubuh diatas tapak tangan untuk dicampurkan bersama krim, toner atau losen yang kita gunakan. Boleh juga ambil secubit campur sedikit air boleh disapu pada wajah atau buah dada untuk anjal. Maknanya penggunaan luar dan dalam akan memberi kesan yang lebih memberangsangkan.
Apa perbezaan dengan kolagen yang ada di pasaran?
Collagen Dust™ ini didapati dari seorang kawan yang juga seorang pengilang yang supply marine kolagen pada syarikat-syarikat kosmetik di Malaysia.
Cuma bezanya yang ini adalah pure kolagen tanpa campuran bahan lain. Kita boleh mencampurkannya dengan minuman atau apa sahaja skincare yang kita guna. Jadi keberkesanan tidak mengambil masa yang panjang. Paling cepat dalam masa seminggu dah boleh nampak kesannya ke atas keanjalan kulit wajah.
Apa side effect jika berhenti menggunakannya?
Jawabnya sama iaitu kalau ada berhenti mengambil protein apa akan jadi pada diri anda? Tentu anda tidak mendapat khasiat protein itu sendiri. Atau kalau anda berhenti mengambil sayur, tentu anda tidak mendapat khasiat sayur itu. Begitu juga dengan kolagen. Kolagen bukan merupakan sejenis dadah maka tiada apa-apa side effect. Sekiranya kamu mengambil sebarang ubatan lain juga tidak menjejaskan pengambilan kolagen dengan syarat di ambil dalam waktu yang berbeza.
***
Again, saya bukanlah jurujual atau agen yang mengambil komisen jualan. This info is just for sharing. Sharing is caring, caring is loving, aite? Nak beli, boleh ke blog auntie nani here.
Thanx for reading
So bila dalam bentuk serbuk ni camne nak makan kalau kita ada ambil yg jelly juga. Camne nak kurangkan dos kolagen tu takut keracunan iodin pula.
ReplyDelete