Tuesday, July 16, 2013

Bangkok: Day 2

Entri panjang. Hari ke 2 di Bangkok, kami keluar bersarapan di First Hotel’s Halal Restaurant seawal jam 6.30 pagi! Selepas tu, naik bas dan destinasi pertama kami adalah Chao Phra Ya River. On the way ke sana, ada banyak temples dan patung2 sebagai hiasan dalam bangunan atau di tepi jalan.

Restoran di bawah hotel

Chao Phra Ya River dikenali sebagai River of the King. Disepanjang sungai, adalah beberapa temples dan tempat bersejarah. Salute dengan tourist guide kami, Mr Coco sebab dia banyak pengetahuan tentang sejarah Thailand. Hafal setiap nama tempat dan sejarahnya. Pembunuhan, peninggalan, perebutan kuasa, ergghhh.


Ter-splash dek air sungai

Salah satu tempat suci mereka. Lupa nama temple

Floating market

Next adalah Safari Bangkok. Sori aku tak tahu entrance fee, sila google ye. Aku ingatkan ada train disediakan, rupanya bas tourist tu yang masuk dalam zoo. So kalau korang naik kereta, drive sendiri lah dalam zoo tu. Agak2 nak merempit dengan lion ke tiger pun boleh.







Kami lunch di Jungle Cruise Restaurant. Banyak betul pilihan makanan, tapi kebanyakannya non-halal. Cuma satu section je halal which is Indian Food. We eat beryani dan beberapa side dishes yang aku lupa nama dia. Maap! Tapi sebenarnya bila pergi ke tempat yang susah dapat makanan halal ni, makanan india adalah salah satu pilihan yang halal. Ha faham tak. Ayat tunggang langgang.






Seterusnya kami dibawa ke Gems Gallery. Di sana ada movie show tentang sejarah dan cara menghasilkan gem, dari cara melombong tradisional kecil-kecilan ke moden besar-besaran. Dari raw kepada gem yang terpotong dan terikat cantik di cincin. Kami juga di bawa go thru melawat ‘mini factory’ cara potong dan mengikat gems. Last section is the gallery! Mahal betul, 10k-20k untuk setiap accessories yang diikat ruby, amethyst, etc.


Mini factory. Gambar google


Next adalah galeri kulit. A lot of accessories (beg, purse, etc) yang originally dari kulit ular, buaya. Tapi sory, both gallery tak dibenarkan mengambil gambar. 

Dan malam kami dibawa ke Siam Niramit Theater Show. Boleh search di sini. Ni memang recommended, a must visit place kalau ke Bangkok! Kalau di Malaysia, bawa naik kereta masa teater KL Drift tu kira hebat, di sana diorang bawa gajah naik atas stage! Props mereka besar2 (rumah, kapal, bangunan) bersakala 1:1 atas pentas. Mustahil polisterin sebab mereka boleh berlari berjoget atas props tu. Dan props tu keep on bertukar in a minutes! Ok jakun jap.


Di luar teater

Tapi lebih gayat bila tiba2 ada sungai atas stage. Oh ku ingatkan props sungai tipu2, cuma air setinggi buku lali rupanya ada pelakon yang terjun bermandi manda dalam sungai tu. Arggh menci la teater yang buat aku berfikir macam mana pentas tu secanggih itu!



Sumber google. Btw backdrop semua 3D skala 1:1 ye.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...