Ni
cerita tentang anniversary kami yang pertama, hari yang sama dengan besday
hubby ke 31 tahun. Ye, tua dah dia. Seperti entri sebelum ni ada bagitahu yang
kami akan ke atas laut, eceli kami naik cruise! Superstar Libra Cruise.
Dah lama aku teringin nak naik cruise, so bila hubby offer ke Penang ni rasa
macam bulan jatuh ke riba! Tapi ini hanya percutian bajet, bukan lah cruise
mewah macam dalam filem tu. Alhamdulillah dapat lah merasa tidur dalam cruise
sehari semalam. Nanti aku conclude kan apa yang aku rasa tapi sekarang nak
cerita itinerary kami dulu.
Kami
bertolak dari Melaka pukul 7.00 pagi dan sampai di Penang jam 1.00 petang. Beratur
di Jeti untuk naik feri dan sampai di pulau dalam pukul 2.00 petang. Sepanjang
beratus kilometer tu, hubby drive sorang je. Lebiu lah!
Sampai di pulau, kami
terus menuju ke Jeti Swettanham. Walaupun belum boleh cek in, tapi kami nak
usha2 dulu, nanti senang nak mencari. Alhamdulillah, dari Melaka ke Penang
semua tak de lah aku sesat marat hasil bantuan GPS dan kawan aku, polis di
Penang.
Lepas
dah tahu lokasi jeti dan tempat untuk parking, kami berjalan2 cari makanan
dulu. Jauh juga kami ke Queensbay Mall, kawan aku tu suggest makan dekat kedai penjaja di
tepi laut. Agak jauh juga dari Jeti, tapi syukur tak jem.
Aku pesan char kuey
tiaw peberet aku. Aku tak minat sangat laksa penang ni, so hubby pesan untuk
dia satu je. Laksa yang sampai, perghh cair berminyak. Ish berdosa betul aku
mengutuk dalam hati, bila dah makan sesudu, rasa sedaaaaaappppp nya!!!! Jauh
beza dengan laksa penang yang ada kat negeri lain. Memang resepi diorang ni
menderhaka betul, tak sesedap di Penang!
Lepas
dah kenyang, terus nak mencari masjid. Kami cari masjid berdekatan Jeti je,
Masjid Keling Kapitan. Segarkan muka, solat jamak dan refill air, terus kami ke
Jeti sebab jam hampir pukul 5.00 petang. Saja nak datang awal sebab sebenarnya
aku takut di tipu oleh ejen. Manalah tahu juga ada masalah2 lain timbul. Hihi
paranoid betul kan.
Kami cari carpark bersebelahan Jeti, RM5 semalaman. Siap ada pagar yang
hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu (aku terlupa), so take note. Manalah
tahu tetiba korang salah timing nak ambil kereta, pagar pula berkunci.
Sepanjang aku berjalan kaki ke Jeti, ada
banyak travel agensi yang menyediakan perkhidmatan cruise, samada di Penang
sahaja atau ke Krabi, Thailand. Di kaunter cruise, aku cuma tunjuk IC sambil
hati berdebar. Again, paranoid sangat. Takut data kami tak di-key in lah. Takut
ada extra charge lah. Macam-macam. Haha. Tapi Alhamdulillah, all went smoothly.
Kami
di beri Access Card di mana kad ini digunakan sepanjang berada di atas cruise.
Nak beli barang, masuk spa, semua swipe kad ini je, nanti masa cek out baru di
kira semua. Sebelum masuk ke cruise, kad Access diperlukan, IC kami diambil dan
disimpan, bag di scan oleh Kastam.
Walaupun
kapal ni tak berapa mewah, tapi dekorasi dalamnya macam hotel 4 ke 5 bintang
juga lah. Tapi bilik kami, tak ler sampai 4 ke 5 bintang. Kami ambil bilik
paling murah je. In fact, memang travel agency ni sediakan cheapest room untuk
percutian bajet ni.
Ok
to be continue...
Wah seronoknya. Dija baca entry zura dah kebelakang ni hee best2 nnt update lagi banyak2 cerita dalam cruise. Cite yg ditunggu2 tau. Dah la nak sangat naik, dah nak ade baby pun ni, bile ntah dapat naik :)
ReplyDelete@khadijah
ReplyDeleteInsyaAllah Dija. Hehe nanti baby dah besar boleh lah bawa...