Kalau
korang pernah baca entri sebelum ni, aku memang suka surprise kan hubby sempena
besday dia. Dari kami bertunang hingga kawin. But this time, dengan aku sekali surprise.
Ok sambungan entri day 1 dan night 1, ini cerita day 2. Bila
kami keluar bilik, ada memo di letter box kami. Wow rupanya mereka notis yang
kami datang sini untuk rai besday hubby! Walaupun tujuan yang sebenar-benarnya
untuk rai anniversary kami, tapi macam lah diorang tahu kami nikah pada besday
hubby kan.
So
kami call untuk reservation. Selepas confirm masa dan tempat untuk claim besday
kek, kami pergi breakfast di pool dahulu. Again, makanan di sini memang
varieties. Puas hati dapat makan semua.
Then,
kami berjalan2 dulu ambil angin laut di deck teratas sambil menunggu makanan
turun ke perut. Hihi sebab sekejap lagi nak claim besday kek pula.
Dan
inilah kek besday nya! Kecik je tapi sedap MasyaAllah! Dah katanya prepared by
a Chef, specially for us besday boy kan. Sukalah dia..!
Last
check out is 12.00 noon tapi kami around 11 am dah check out. Banyak destinasi
lain pula. To be continue...
No comments:
Post a Comment