Dah
baca tentang our Getaway for first day? Nah ini sambungan untuk hari kedua.
Memang lokasi tak dirancang. On the way dari cruise ke carpark aku wasap kawan
ku Insp Radzy tentang lokasi best di Penang.
Dia
suggest beberapa tempat dan salah satunya Bukit Bendera. Aku pun tak sure apa
ada di Bukit Bendera dan on the way ke sana pun aku masih was-was, best ke idak
agaknya Bukit Bendera ni? Ah, on GPS dan hentam je.
Untuk
pemegang MyCard, akan diberi diskaun ye. Student, senior citizens atau kids
layak dapat harga lebih murah. Btw, masa beratur beli tiket naik cable car ni,
sepupu aku call dan wish Happy Anniversary. Wah terharu! Terus masukkan nama
dia dalam list untuk dapat souvenir dari aku.
Tips1:
Bawa makanan dan tikar naik ke atas, so boleh lah berpiknik. Sebab tak banyak
pun aktiviti yang boleh dibuat di atas tu selain melihat pemandangan Pulau
Pinang dari atas.
Tips2:
Beli souvenir di atas Penang Hill lebih murah dan banyak pilihan berbanding di kaki
bukit Penang Hill. Tapi kena pandai2 pilih kedai juga lah.
Di
atas tu, ada beberapa tempat boleh dilawati seperti Owl Museum (RM10/adult,
RM5/child), naik buggy mengelilingi lereng bukit bendera, ukir inai dan
bergambar dengan haiwan liar.
Bergambar
dengan haiwan di sini Cuma RM10! Murah ye, so tak nak lepas kan peluang. Tapi
kalau bergambar dengan parrot rasa membazir je duit tu, so cabar diri bergambar
dengan ular. Walaupun aku sebenarnya penggeli reptiles terutamanya cicak, so ular
ni lagi lah geli geleman. But yes, I did it!
Di
atas puncak Bukit Bendera, ada masjid, kuil dan tokong. Kebetulan kami melawat
ketika azan Zuhur, so sempatlah solat di sana. Then ke kuil yang penuh dengan patung2
dewa. Setiap patung tu hubby suruh aku ambil gambar. Nanti balik dia nak search
sejarah disebalik nama dewa2 tu.
Membaca bukan setakat sejarah Islam, tak kisahlah sejarah agama atau budaya mana2, is hubby’s hobby. Tapi aku kagum sebab dia ingat setiap yang dibaca, tak macam aku yang 'memory low' ni. Lepas tu cerita kat aku. Aku
angguk je. Vinayagar, aku pun lupa dah apa ceritanya.
Seterusnya balik ke hotel yang dah booked dalam pakej yang sama, Flamingo Hotel. To be continue...
No comments:
Post a Comment