Wednesday, September 11, 2013

26th Birthday


Siang harinya kami berjalan beraya ke Seremban dan Tampin. Berkonvoi 4 kereta. Baliknya berpecah lah semua, hanya 2 kereta menuju ke rumah mertua. Aku n hubby sampai dulu, akak ipar aku lambat juga, mana lah dia menyinggah.

Lepas sampai rumah, hubby hilang. Wah I smell something. Tapi tak pe lah tak nak mengharap, nanti tak ada apa2, aku yang kecewa.

Aku dok depan tengok TV. Tup tup kak ipar aku balik. Anak-anak buah aku masuk sambil ucap ‘Happy Birthday Muksu’. Haaa kan dah kantoi. Mesti ada apa-apa ni, diorang dok wish. Tu yang aku get ready juga ni, kot2 ada celebration apa2, baik aku mandi dulu. Haha berangannya Ya Allah...

Lepas mandi, tengok akak ipar aku tengah prepare sate sume bagai. Kek nya tak kulihat lagi. Tak pe, naik bilik solat dulu lebih afdal.

Lepastu hubby panggil ajak makan sate. Hmm layan kan aje. Dalam pada tu, masih cuba pujuk hati, kot-kot memang sate semata, aku tak nak keciwaaaa... Tapi tangan ni capai handfon, manalah tahu nak ambil gambar kek. Tahun lepas tak dapat ambil sebab memang betul2 surprise...

Turun bawah, lampu padam (macam tahun lepas), so aku dah agak dah. Aku pandang kiri (sebab dulu kek dari luar rumah belah kiri), tapi tetiba akak ipar dan anak buah aku dari kanan (bilik abg apis) sambil nyanyi lagu besday. Haha tergelak aku tengok kak ipar aku ni, sporting abis!






So makan-makan, sambung gi belakang rumah ada openhouse, balik tidur. Hadiah besday dah dapat awal dulu, dah rasmikan pun. Ni ha hubby bagi beg kain brand Samsung.




Btw ini kek dari labmates untuk besday girls bulan Ogos. Kreatif juga ye beli kek Secret Recipe buat macam ni. Boleh makan semua flavor. Tengoklah betapa rakusnya diorang. Ya diorang, bukan aku.





Btw TQ untuk hubby, family dan labmates. Bukan kek atau hadiah yang jadi ukuran, tapi ingatan dan doa korang. Cukuplah sekadar besday wish dan doakan yang terbaik untuk kami. (Tapi dah orang nak bagi, amik je lah kan. Rezeki jangan ditolak ;P ) 




TQ hubby!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...