Last Saturday, aku dan hubby dan 3
cousins ke Universal Studio Singapore. Its a first time for them tapi 2nd for
me. Tahun lepas aku dah pernah pergi, around March juga. So kira macam annual
visit lah ni. Tapi tak ada apa yang berubah atau bertambah pun...
Nasib baik tiket ni disponsor oleh
abang ipar aku, kalau tak, fikir 2-3x gak nak pergi main benda yang sama. Tapi,
of course lah trip kali ni lagi best sebab ada hubby sekali kan!
A night before, aku dah prepare
daging cincang masak macam kebab. Tapi hubby request pedas sikit, so aku letak
black pepper. Then salut telur dan bread crump. Sabtu pagi2, hubby deep fry
roti gulung tu while aku menggoreng nasi. Nak makan kat sana mahal dan susah
mencari yang dijamin halal woo...
We start dengan ke Hollywood
bergambar dengan KungFu Panda dan Betty Boop. Itu je yang ada, layan je lah.
Next, ke New York City dan kebetulan ada Breakdance Show. Stop sekejap sambil
cousin merakam their dancing. Di New York, just main Sesame Street Spaghetti
Space Chase. Kids ride je tu, tapi aku teruja gak sebab tengok giant spaghetti
meatball dalam tu. Next, ke Light, Camera, Action which is shooting set by
Steven Speilberg. Kami dok depan sekali, barulah terasa ketakutannya.
Di Sci-Fi City, hubby je yang naik
Battlestar Galactica CYLON, kami yang penakut ni tunggu kat bawah sambil main
game kanak-kanak, Accelerator. Tapi bila hubby dah naik sorang, aku menyesal
pula tak ikut. Haish! Next, ke Transformers Ride, game yang selalu dikerumuni manusia dan kami beratur around 30 min but they all love it so much. Petang tu kami
ulang lagi se-round.
After 30mins queue |
Next, ke kawasan Ancient Egypt
bergambar-gambar dahulu. Aku tak ingat game ni macam mana, yang aku tahu best
je sampai aku ulang 2x masa 1st trip dulu. Aku bantai cakap best je kat diorang
dan semua ikut aku naik Revenge of the Mummy Roller Coaster. Kahkah. Menyesal
Azli (cousin’s hubby)! Petang tu kita dok ulang sekali lagi, dia dah tak mau
dah. Rela duduk luar jaga beg je!
Bila dah main 2 game adventurous ni,
barulah terasa lapar dan mengisi perut. Alhamdulillah ringan sikit beg bila
makanan semua dah masuk perut. Next station kami ke The Lost World. Memula kami
ke Canopy Flyer. Pun si Azli tak nak join. Haha. Dia dah aim ke Jurassic Park
Rapids Adventure, sibuk sangat nak main air. Siap dah beli Poncho (baju hujan)
$3 sepasang. Aish, kata nak main air, apa barang cover2. Biarlah lencun! Aku n
hubby selamber je redah. Nasib baik basah sikit je, tempat kami strategik dari
kebasahan. Aunty depan kami basah lencun muka macam kena simbah sebesen!
Settle a-must-visit-places, sekarang nak
ber-relax pulak dengan tengok movie Shrek 4D Adventure. So next station kami
adalah Far Far Away. Bila keluar movie je, hujan turun agak lebat. But its ok,
agenda kami hanya indoor sahaja.
Di Madagascar, kami naik boat ride,
A Crade Adventure. ‘Adventure’ lah sangat... Haha. Bolehlah kalau untuk first
timer. Aku yang dah 2nd time ni, busan dah. Walaupun queue tak panjang, diorang
tak nak ulang masuk lagi sekali.
Kami pergi men-jamak takhir before
ulang ke Revenge of Mummy dan Transformers Ride. Lepastu jalan2 di New York, makan-makan
menghabiskan roti gulung sambil tengok firework show sempena Chap Go Meh. We
end up the visit in Souvenir Shop.
Sementara menunggu our last bas
9.30pm, kami ke Candylicious dan Hard Rock Cafe, mengambil gambar sambil kaki
memasing dah tempang dan mata dah kuyu. Badan pun dah berbau... Euuuwwww...
Thanx for reading
No comments:
Post a Comment