Salam.
Sebelum tu jom doakan mangsa banjir agar diberi keselamatan dan kesabaran
menempuh ujian ini. Semoga dipermudahkan urusan semua orang termasuk para
penyelamat dan sukarelawan.
Sebenarnya
ni entri lama tapi tak post lagi sebab malas. Tapi sekarang macam rajin sikit
sebab ramai tak ada dekat lab (menghabiskan cuti tahunan), maka aktiviti2 tak berapa
berfaedah lain tak dapat dilakukan seorang diri, maka kita update blog je.
Pertengahan
Oktober 2014, aku dan labmates dah ber-short escape ke Bandung, Indonesia. Rombongan ini adalah dibawah program GOP anjuran UTM. Alhamdulillah berkat kerjasama kami semua, dapatlah kami ke sana dengan percuma.
Walaupun kertas kerja kami disiapkan disaat-saat akhir, tapi banyak urusan yang
dipermudahkan. Rezeki kami pun murah sebab banyak company2 supplier barangan
lab dan orang perseorangan yang sudi menaja. Alhamdulillah terima kasih semua!
Semoga murah lagi rezeki mereka yang menaja dengan ikhlas tu.
Ok ini
cerita preparation je dulu ye. Entri ini cuma nak guide sesiapa yang teringin
ke sana je.
FLIGHT
Kami
menaiki penerbangan AirAsia (KLU-BDO) returns flight lebih kurang RM275. A few
days lepas kami book tiket, harga tiket tu turun naik around RM200 – RM300.
Nasiblah dah terbeli sebab harga tiket ni sentiasa berubah. So kalau rasa harga
tu affordable, grap je lah cepat2 ye. Nak elak lebihan bayaran semasa book
tiket flight? Nah tips:
-kami tak
pilih seat sebab pilihan seat akan dicas extra RM6
-kami tak
ambil extra luggage dari Malaysia ke Bandung.
So bawa baju sikit je dan tak melebihi 7kg untuk dibawa naik sebagai
hand luggage
-Tak
perlu ambil travel insurance (depends kepada keperluan masing2)
-Membuat
bayaran menggunakan online banking (cas RM3++) instead of menggunakan kad
kredit (cas RM20++)
Dulu masa
kami pergi Bandung, tak ada lagi flight JB ke Bandung. Memang kena naik dari
KL/Singapore. Sekarang ni perjalanan JB-BDO dah ada! Tapi hanya satu perjalanan
sahaja sehari. Kalau macam ni, orang2 JB dah boleh berjimat tak perlu ke KL/Singapore dulu.
HOTEL
Disebabkan
peserta rombongan ini ramai, kami decide nak menginap di homestay sebab lagi
murah dan luas. Plus ada disediakan ruang tamu, ruang makan dan dapur so that
kami semua boleh main lari2 dengan gembiranya. Ok tak kelakar. Tak tahu nak
cakap apa sebenarnya.
Homestay
yang kami pilih: La Bonita Casa Villa di Jalan Hegar Asih berdekatan Rumah Mode
(< 1km) dan Paris Van Java (~1.5km). Sebenarnya tak banyak review tentang
homestay ini walaupun banyak diiklankan ni agoda.com dan booking.com. Mula2
paranoid juga, takut ditipu (atau mungkin berhantu)? Tapi Alhamdulillah, everything went smooth.
So
sesiapa rasa nak pergi sekeluarga, nak cari homestay 5 bilik di Bandung
serendah ~RM300/night, homestay ni memang recommended. Inilah homestay termurah
aku jumpa. Keluasan, kebersihan, makanan dan servis semua ok. Cuma lokasi agak
pedalaman dan kurang sesuai untuk merayap jalan kaki malam2 mengambil angin.
Gambar dari klikhotel |
SUPIR
Di
Indonesia, khidmat sewa kereta adalah lebih disarankan dari menaiki teksi
kerana harganya lebih murah dan untuk mengelakkan penipuan meter teksi. Dan
perkhidmatan sewa kereta di sana adalah termasuk bayaran driver (supir),
minyak, tol dan tips. Rasanya kalau kita google tentang khidmat supir di
Indonesia, banyak syarikat yang boleh memberikan perkhidmatan sewa kereta ni.
Khidmat
sewa kereta yang kami gunakan adalah dari Serumpun Tours and Travel. Menurut
kawan (AJK pengangkutan program kami), khidmat sewa di sini lebih murah daripada
mana2 Tours & Travel agensi lain. Dan sepanjang di sana, kami berpuas hati
dengan perkhidmatan supir kami (Pak Hendra). Pak Hendra tahu selok belok di
Bandung dan pandai merancang perjalanan kami. So dalam masa satu hari, kami
dapat melawat banyak tempat2 menarik di Bandung termasuklah tempat2 yang tidak
disenaraikan dalam tentatif program.
TUKARAN RUPIAH
Kami
tukar MYR (Ringgit Malaysia) ke IDR (Indonesian Rupiah) dari money changer di Malaysia.
Murah sedikit berbanding tukaran IDR di Indonesia. Kadar tukarannya lebih
kurang je, so tak payah pening kepala. Aku suggest kalau kita tahu money
changer murah di Malaysia, tukar di situ je lah. Cuma jangan tukar di airport
je sebab cas tukarannya sangat mahal.
Penukaran
di Malaysia: IDR 1 juta = RM275 (on October 2014)
Penukaran
di Indonesia: IDR 1 juta = RM285
Option
lain ialah aktifkan pengeluaran wang antarabangsa untuk kad bank ATM korang dan
withdraw duit di sana. Aku rasa cas yang dikenakan bank lebih murah berbanding
money changer.
Withdraw
duit di CIMB Indonesia: IDR 1 juta = RM270
Murah
kan? Even aku ada guna kad kredit pun lebih murah ratenya.
Ok itu
sahaja setakat ini. Segala yang aku cerita adalah berdasarkan opinion aku. Mungkin
bukan yang terbaik, tapi korang boleh jadikan pilihan kami ni salah satu dari option
korang. For more info, boleh ke agoda.com atau booking.com untuk La Bonita Casa
Villa atau ke FB Serumpun Tours and Travel. Ada masa kita cerita lagi k. Bye!
No comments:
Post a Comment