Salam.
Sementara ada kerajinan, rasa macam nak menyambung cerita Bandung. Tapi rasa
macam tak sesuai pula lebih2 lagi waktu Malaysia dilanda musibah ni. So kita
skip dulu cerita jalan2 di sana tapi aku bagi guide macam mana nak book hotel
di booking.com ye.
As in previous post ada mention kami stay di La Bonita Casa Villa kan? Nak cerita
detail lagi tentang villa ni sebab tak banyak review walaupun villa ni ok je sebenarnya (hopefully lepas ni datang lagi dapat free extra bed). Hehe.
Main entrance La Bonita Casa Villa |
Villa 2
tingkat ini mempunyai 3 bilik di tingkat bawah dan 2 bilik di tingkat atas. Kesemua 5 bilik
mempunyai aircond, TV, almari, side table dan private bathroom with hot shower. Setiap bilik disediakan
katil queen. Kecuali master bedroom disediakan king bed dan ada bathtub dalam bilik airnya. Two extra single bed disediakan di dua buah bilik. Di ruang
tamu pula disediakan 1 extra bilik air so total keseluruhan bilik air adalah 6.
Bathroom di master bedroom |
Ruang
tamu pun agak luas sebab disekalikan dengan ruang makan dan ruang menonton TV. Kalau
family members yang ramai tu boleh je tido di sofa sebab sofanya agak selesa. Kalau
nak lepak2 surf internet pun boleh sebab mereka menyediakan wifi percuma yang
sangat laju!
Disinilah tempat kami berkumpul setiap malam untuk kira2 duit dan bajet setiap orang. Yang paling serabut dah tentunya si Mr and Mrs Bendahari. Minta dan pulang duit/hutang dah macam main Saidina. Kenangan.
Kemudahan
lain macam peti ais, dapur memasak, ampaian baju, sejadah, seterika dan tuala
semua disediakan. Cuma mesin basuh je tak ada tapi kita boleh hantar baju di
dobi berhampiran.
Villa ini
dijaga oleh 2 orang lelaki. Salah seorang Wahyu namanya. Mereka yang akan
menyediakan sarapan setiap pagi. Selalu yang dimasak adalah nasi goreng atau
naik berlauk. Pagi2 makan nasi lauk fuh! Dan sarapan mereka memang sedap dan kena dengan tekak kami ni. Habis licin semua siap suruh masak second batch lagi. Dan diorang ni juga yang akan basuh
dan kemas pinggan mangkuk yang kita guna. Macam di hotel pulak.
Mereka sangat baik melayan kerenah semua orang. Sanggup tolong aku cari dan belikan lesung kayu dan bakul kayu untuk menyimpan nasi. Ni gara2 pesanan last minute dari mak aku lah ni. Kalau nak berurusan dengan mereka pun senang sahaja sebab mereka available via Whatsapp. InsyaAllah kalau kesana lagi, boleh bawa ole2 untuk mereka.
Penjaga villa di kanan sekali |
Part tak
berapa best bila villa ni jauh di pedalaman. Walaupun 10 minit je berjalan kaki
ke jalan besar, tapi bahaya juga untuk orang penakut cam aku ni. But its ok,
kami kan ada supir. Selalunya kami keluar pagi, balik malam. Tak ada masa dan
kudrat dah nak berjalan kaki malam2 tu.
So macam
mana nak cari homestay guna booking.com? Sebab selalunya kita jumpa hotel je
kan. Sapa dah tau gi main jauh2 sebab aku baru je tahu ni lepas balik dari
Bandung.
Pergi ke booking.com, masukkan lokasi dan tarikh macam biasa. Di
bahagian tetamu, masukkan ‘pilihan lain’, nombor bilik mestilah satu dan
masukkan bilangan ahli rombongan korang.
Ni
contoh2 homestay yang disenaraikan. Ada 340 kesemuanya. Dah siap dikira jumlah harga untuk 3 malam termasuk tax. Senang! Nak sort lagi, boleh pilih kategori di atas tu
samada resort, apartment, rumah atau villa. Selalunya jika masukkan 12 tetamu, automatik
akan diberi rumah 5 atau 6 bilik. So kalau nak rumah kecik, masukkanlah 6-10 tetamu
walaupun bilangan tetamu sebenarnya adalah 12 orang. Tak yah skema sangat nak
jawab soalan dia. Faham tak penerangan ni? Tapi kena tengok juga syarat2 nya,
ada rumah yang sangat mengambil berat bilangan tetamu, so extra bed yang
disediakan akan dicas berlainan.
Sebenarnya
aku merancang ke Bandung lagi bulan September 2015 ni. Kali ini dengan family
pula. Dah beli tiket dah pun. So disebabkan dah pandai guna booking.com ni,
banyaklah pilihan homestay yang ada. Ini senarai homestay dan harga untuk 3 malam yang aku dah shortlisted.
1. Rose Villa
Homestay (6 bilik RM1620)
2. La
Bonita Casa Villa (5 bilik RM1300)
3.
Cipedes Villa (4 bilik RM1170)
4. D’Fafifa
Guesthouse (3 bilik RM760)
5.
Cipedes Apartment (3 bilik RM630, 2 bilik RM450)
Antara
kesemua diatas, aku dah booked 3 homestay dengan persetujuan semua. Ini yang salah satu
best guna booking.com ni sebab kebanyakannya tak minta booking fee pun! Main book
je dulu lepastu baru fikir. Kalau tahun depan ada bajet lebih, kita duduk villa
mahal sikit untuk kami 14 orang. Atau mungkin juga 2 unit Cipedes Apartment sebab ada swimming pool. Tengoklah macam mana ye.
Bye!
rindunya bandung!
ReplyDeleteThank you for a heartwarming comment on our guesthouse. We would like to give you a gift as an appreciation for our loyal customer. Kindly send us your complete name, so we can save one gift for you.
ReplyDeletePlease stay at our guesthouse while you are on vacation in Bandung.
(note: we can give the gift when you are in Bandung)
Sincerely,
La Bonita Casa Management
Villa whatsapp nombor apa?
ReplyDelete