Sunday, February 19, 2012

Pada Tarikh Ini...

Pada tarikh ini, satu tahun yang lepas, aku sedang kalut lagi mengemas bilik, menggosok baju, dan tak hiraukan hiruk pikuk yang terjadi di luar. Aku percaya mak dan abah boleh handle semua hura-hara itu.

Tepat jam 11.00 pagi, tetamu dah memenuhi ruang untuk bacaan Yaasin dan cukur jambul Delisya Dania. Alhamdulillah selesai dua majlis, cuma kekalutan aku tak selesai lagi bila last minit nak kena tukar langsir bilik (entri ini). Dengan henfon kena block, memang aku tak dapat nak update dengan kawan-kawan dan Mr.F yang nak datang.

Jam 1.00 tengahari, mak andam sampai, coreng-corengkan muka aku, siap, balik! Padahal bunga tangan aku dia tak bagi! Nak call pun tak boleh, so redha je.

Jam 2.00 ptg mereka sampai, berbincang sekejap yang aku tak sempat nak rasa nervous pun, dah dipanggil keluar. Syukur, kami selamat bertunang lebih kurang jam 2.30 petang 19 Febuari tahun lepas.

Hari ini, genap setahun kami bertunang dan banyak sungguh ujian orang darah manis ni. Cuma ujian ini bukanlah dari pergaduhan kami, tapi lebih kepada dalam melaksanakan majlis. Aku dah cuba buat yang terbaik dan termampu, tapi bila masalah luaran, campur tangan orang, ego, pentingkan diri, kisah-kisah silam datang, susah untuk aku puaskan hati semua orang. Kenapalah mesti merumitkan sebuah perkahwinan?

Seperti cerita budak lelaki, datuknya dan keldai. Masuk ke kampung A dengan budak lelaki menunggang keldai, akan dicemuh budak lelaki itu kerana membiarkan datuknya yang dah tua berjalan kaki. Masuk ke kampong B dengan datuknya menunggang keldai, akan dicemuh datuk itu kerana membiarkan cucunya yang masih muda berjalan kaki. Masuk ke kampong C pula tanpa sesiapa menunggang keldai, dikatakan bodoh kerana tidak menggunakan haiwan itu sebagai pengangkutan.

Cerita ini selalu aku dengar dari kecil, tapi tak de lah aku nak samakan sesiapa dengan budak lelaki, datuk atau keldai. Persamaan hanya pada masyarakat tersebut, tentang kita tak boleh memuaskan hati semua pihak. Tapi percayalah, aku dah cuba yang terbaik!

Sudahlah, macam melalut. Terima kasih kalau ada yang sudi membaca. Doakan yang terbaik ye. Oh ya, happy 1st engagement anniversary Mr.F! InsyaAllah tak ada 2nd engagement anniversary sebab kita nak kawin tahun ni juge.... Hehehe...







? Thanx for reading ?







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...