Wednesday, December 5, 2012

Kota Kinabalu: Day 2


Sambungan dari day 1. Sebenarnya day 2 ni kami plan nak sewa kereta ke Karambunai atau kaki Gunung Kinabalu. Dah survey2, tapi tak nak book dulu sebab depends keadaan. At last memang hubby malas pun nak drive jauh2. Dia nak round2 sekitar KK je. Dia kata malam tadi nampak signboard GSC depan hotel. Dia nak ajak saya tengok wayang. Eh abanggggg... tengok wayang kat Melaka pun boleh la.

Perut pun dah berkeroncong, kami pun menapak ke shopping mall depan hotel, Suria Sabah. Seberang jalan je. Nampak cam cikai2 je, tapi redah je la. Sekali masuk, amik ko! Coach, CarloRino, Fullhouse, Starbucks, Metrojaya semua ada. Rupanya tadi kami masuk ikut pintu belakang, patut nampak cam hmmmm...

Terus menuju ke Foodcourt. Hanya ada satu kedai nasi campur terpampang tulisan halal tapi tak banyak pilihan makanan dan tak kena dengan tekak ni. Boleh lah untuk alas perut...


Next sambung berjalan mencari bekalan makanan untuk stok 3 hari di sana. Ada City Grocery dalam Suria Sabah ni. Banyak sangat pilihan dalam ni sampai rasa nak ambil semua, plus deco dan susunan yang kemas!

Lepas balik hotel dan simpan semua barang, kami menuju ke Pasar Filipina. Survey2 dulu untuk souvenir mutiara. Jalan kaki je sana, around 15 minit. Sambil2 tu bergambar sepanjang jalan. 



Eh sengaja gedik pakai baju kuning sedondon. Tapi sori lah, lupa nak ambil gambar Pasar Filipina tu. Aku ni shopping, tak ingat apa dah. Lagipun kamera hanfon je, memanjang simpan dalam handbag. Lain la SLR kan, memang sentiasa tergantung kat leher, memang sentiasa ingat lah nak bergambar.

Tapi dalam Pasar tu adalah dalam 6 column barisan untuk kami habiskan berjalan. Aku ingatkan nak survey dari sebaris ke sebaris, senang tak de kedai yang tertinggal dari kawad cam aku. Tapi hubby ni kejap2 terlencong ke kanan. Aku tarik dia balik, dia terlencong lagi. Penyudahnya aku tolak dia terus keluar ke kanan, keluar pasar terus. Patutlah...Kat situ ada medan ikan bakar yang memanggil-manggil dia... 







Lepas habis makan, Pasar Filipin pun dah tutup. So kami sambung ke pasar malam di seberang jalan Pasar Filipin. Kat situ pun ada jual mutiara, keychain, t-shirt dengan harga yang lebihhhhh murah dari Pasar Filipin.

To be continue day 3...




Thanx for reading

Wednesday, November 14, 2012

Kota Kinabalu: Day 1


Assalamualaikum. Lamanya tak update. Bukan tak ada cerita. Ada, banyakkkkk lagi tu. Tapi penyakit malas menaip semakin menjadi-jadi sekarang ni.


So last week, Khamis malam me n hubby bertolak ke Kota Kinabalu dan kami sampai di sana around 11.30 malam. Cecepat kami cari taxi sebab kalau terlambat akan dikenakan late-night charge.

Beli tiket untuk taxi di kaunter (dalam airport) dan cas dikenakan RM30 dari airport ke mana-mana tempat di pusat bandar Kota Kinabalu. Extra 50% cas akan dikenakan dari 11.50 malam – 6.00 pagi. Phew, nasib baik flight sampai on time!

On the way ke hotel, saya tengok bandar KK ni masih ‘hidup’ walaupun hampir tengah malam (kecuali shopping complex dah tutup ler). Ramai lagi manusia dok berdating di tepi laut berhadapan hotel. Memang la tak manis dipandang, tapi at least kawasan hotel ni tak de lah sunyi je. Tak de lah takut kalau kami nak keluar tengah2 malam cari makanan nanti...

Sesampai di hotel (Gaya Centre Hotel), kami disambut baik oleh receptionist nya. Yela, sesetengah tempat ni asal dah malam je muka pun monyok je buat kerja. Tak ikhlas betul.  Tapi di sini, semuanya manis2 belaka, cuma kami ni je muka kelat sebab penat travel dari KL-Melaka-JB-Sabah. Mereka serahkan kunci dan kami terus ke bilik di tingkat 10!










Bilik ni ngam2 lah besarnya. Ada lah space kalau kami nak berjemaah. Yang penting ada queen size bed, 32' LCD TV, iron & board, tea maker, hair dryer, refrigerator and safety deposit box. Worth la dengan harga dia, around RM130 ++.

Untuk couple cam kami yang lebih nak outdoor activities ni, mmg sesuai la bilik di untuk dijadikan tempat berehat. Tapi untuk newlyweds yang memang nak hanimun semata, saya prefer pergi resort la. Bukan sebab hotel ni tak privacy, cuma tak berapa romantik. Hehe...

To be continue...




Thanx for reading



Friday, October 12, 2012

Review: Vintage Handbouquet


Minggu ini nak habiskan cerita handbouquet (HB). HB nikah di entri ini. Untuk HB resepsi, plan asal nak pakai fresh flower, pastel colors. Tapi bila browsing, jumpa HB DIY Vintage di The Craft Portion. Menarik juga walaupun made from kain, tapi boleh simpan terus dan buat hiasan.

HB dari The Craft Potion (FB Link)

Ini contoh2 HB di The Craft Portion. Dan dibawah contoh HB yang dibuat untuk saya, DIY Vintage namanya. Cuma ada manik berjuntaian tu saya tambah sendiri. Tak perlu pun masuk manik sebiji2 kat benang, just beli rantai manik Rm10 kat pasar malam then jahit ke HB tu.


Customized for me

Kalau perasan, ada amik berjuntaian di HB

Masa resepsi rumah mak, rancangnya nak pakai baju champange color. So saya dah order HB DIY Chanel color (champange + black) dari vendor yang sama, The Craft Potion. Tapi at last tukar tema baju warna royal blue, so saya cancel la HB DIY Chanel color tu dan minta sepupu (Kak Shima) buatkan artficial HB warna biru putih. Saya request ada bunga putih (tak nak bunga biru), dan tambah blue pearl, blue butterflies dan blue riben yang panjang.

Chanel color dari The Craft Potion, but not for me lerrr

White hydrangea flower with accessories

Next untuk resepsi lelaki di Melaka tema kaler hijau ala2 garden lah kononnya. So saya terfikir nak pakai long HB, contoh gambar di bawah. Saya pakai artificial flower je, so mintak tolong Kak Shima lagi buatkan. Tapi masa nak berarak tu, rasa HB tu macam besar sangat compared to my badan. Rasa macam bawa pokok bunga pulak. Mak andam pun suggest pakai HB Vintage haritu. At last HB panjang tu saya buat hiasan kat kepala katil.

Contoh long HB

Recycle HB Vintage. Nasib baik sesuai dengan baju

Ada 3 lagi different HB yang saya gunakan pada malam berinai di kesemua tiga rumah. Tapi tu semua mak andam yang sediakan. Tak perlulah cerita juga, panjang dah entri ni. Pheww! Berupdate juga akhirnya...




Thanx for reading






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...