Ehem salam Jumaat! Hehehe... (gelak gatal). Ini adalah entri autopublish. InsyaAllah saya dah berada di Melaka. Hubby pun dah tak kerja hari ini, so kami nak mengemas rumah. Tapi sekali sekala saya balik Melaka ni, teringin nak melawat bff saya dari kecil, Tikah.
Sebelum tu, sempena Jumaat terakhir dalam bulan yang mulia ni, saya nak minta tolong kawan2 doakan bff saya tu (Tikah). Dia sudah di peringkat 5 barah rahim. Semoga dia diberikan kekuatan melawan penyakit seterusnya dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan.
Entri ini memang dicipta khas untuk Tikah. Kenangan kami dahulu dan kronologi kesihatannya. Mungkin agak panjang tapi saya gagahkan juga tulis untuk kenangan kami nanti.
Kami tinggal berjiran di Taman Desa Duyung Melaka selama 10 tahun sehinggalah keluarga saya berpindah ke Segamat. Kalau dah berjiran dan berkawan selama 10 tahun tu, keakraban tak payah dipersoalkanlah. Dialah kawan bermain, bergelak, bergaduh, menangis, mengaji, berterawih (walaupun masa kecik dulu pergi masjid untuk main2 je), makan, lumba dan jatuh basikal, jatuh longkang, teman belajar bawa motor, teman gi kedai, semualah! Sampai kampung dia pun aku selalu pergi dan kampung aku di Segamat pun dia pernah ikut.
Bila aku pindah ke kampung, kami dah jarang berhubung. Masa tu Friendster Facebook semua aku tak kenal lagi. Tapi kami tak lost contact. Hinggalah satu hari mak cik Tikah call aku dan ceritakan penyakit Tikah, aku jadi tergamam, macam tak percaya dia didiagnos sakit tersebut. Dah ditahap 3 pula tu!
Ceritanya bila dia kerap sakit perut hingga hampir pitam dan ‘period’ melebihi 15 hari. Dia dimasukkan ke wad sakit puan HB Melaka (sama wad bersalin). Malangnya bila terpaksa ambil final exam di sana dan lebih malang bila lecturer nya menyangka dia hamil/gugurkan kandungan. Puas ibu Tikah disoal tentang perangai sebenar Tikah hingga mengangis ibunya bila anak yang sedang sakit dituduh sebegitu (hamil/gugur).
Selepas tu dia kerap mengalami pendarahan yang on/off tak kira masa. Dan setiap kali pendarahan disertai dengan sakit yang lagi hebat dari senggugut. Setelah beberapa kali keluar masuk hostital (kerajaan) dan discan, barulah boleh detect tentang darah beku dirahimnya. Doktor pernah suggest untuk pembedahan besarkan pintu rahim (im not sure why, any docs here?), tapi tak dipersetujui oleh ahli keluarga dengan alasan akan merosakkan selaput dara.
6 bulan selepas itu (Ogos 2011), kencingnya didapati tidak lawas. Susah dan sakit untuk membuang air kecil, so that setiap 15 minit akan ke toilet. Perut jadi buncit dan sangat tegang. Pergi ke klinik, doktor bagi ubat kencing dan disuruh admit ward, tapi ditolak dengan alasan nak menghadiri majlis konvokesyennya keesokan hari. Alhamdulillah dia dapat hadir di majlis konvonya walaupun dalam keadaan sakit dan tak selesa.
Selepas majlis konvo, dia bergegas ke rumah neneknya untuk melawat neneknya yang sakit sebelum mereka berdua (Tikah dan neneknya) dikejarkan ke hospital. Tikah terus ditolak ke bilik doktor pakar, dipakaikan tiub kencing dan ditahan di wad. Malangnya, neneknya ‘pergi’ pada minggu kedua mereka dimasukkan ke hospital. Walaupun ditahan di hospital yang sama, tapi nurse tak benarkan Tikah selalu melawat neneknya. Hanya pada hari neneknya ‘pergi’, Tikah dibenarkan ‘outing’ selama setengah hari.
Sejak hari itu, 2 bulan dia terlantar di hospital. Antibiotik yang diberi pun tak memberi kesan terhadap kesihatan malah diasingkan wad dengan pesakit lain disebabkan kencing berkuman. Tapi masalah sebenar kencing tidak lawas masih tidak boleh didetect. Ada juga doktor cakap rahim membengkak dan menghimpit pundi kencing, menyebabkan susah nak membuang air kecil. Tapi result scan tak menunjukkan pembengkakan rahim.
Oktober 2011, ujian ultrasound dijalankan menunjukkan tiada masalah dengan buah pinggang Tikah. Ujian ct scan pulak menunjukkan ada cyst dikedua-dua ovarinya (cyst di ovari kanan lebih besar). Pembedahan selama 8 jam dijalankan untuk membuang cyst belah kanan. Sample tisu rahim juga diambil dan perlukan masa 2 minggu untuk tahu keputusan.
November 2011, Tikah ke hospital untuk tukar tiub kencing. Masa ni, keputusan dari sample tisu rahim dah dapat. MasyaAllah, dia didapati kanser rahim tahap 3! Doktor terus nak jalankan kimo secepat mungkin. Bagaimanalah perasaan orang yang sihat, ceria tiba-tiba didiagnose kanser tahap 3 ya? Ini ada sikit luahan hati Tikah yang aku copy dari blog dia...
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Memikirkan hari2 akan datang, perjalanan hidup yang akan berubah, impian yang musnah, keinginan masih tak tercapai. Dugaan datang sekaligus dalam hidup. Bagaimana mak ayah mahu jaga aku? Aku akan susahkan mak dan ayah, padahal aku sepatutnya senangkan mereka. Pesanan ayah pada mak, jangan menangis depan aku. Ya aku pun tak akn menangis depan mak. Allah beratnya ujianMu untukku”.
Bertahan dengan keadaan kesihatan sebegitu dan kerap keluar masuk hospital, makin hari makin menyebabkan kanser di rahim lebih merebak. Selain ubat hospital, perubatan kampung dan segala supplement, tak ada apa yang boleh dibuat melainkan berdoa agar dikurangkan kesakitan. Rawatan kimoterapi pula memang mematikan sel kanser, tapi kesihatan Tikah turun dengan mendadak.
Sekarang ni, doktor sahkan saluran darah dah tersumbat, ada darah beku di peparu dan buah pinggang didapati rosak tahap 1. Lebih menyedihkan, kanser dah ditahap 5! Peha, kaki, limpa dan peparu sakit, nak makan sakit, nak tidur sakit, lenguh2 satu badan, tak boleh jalan mahupun duduk, abdomen kanan dah ditebuk, perut membengkak, inilah keadaan Tikah di HB Melaka sekarang.
Besar betul dugaan Tikah dan keluarganya dibulan Ramadhan ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas dugaan. Ya, ini bukanlah masalah tapi adalah dugaan. Sesungguhnya setiap dugaan itu, Allah tahu kita mampu melaluinya dan akan dibekalkan kekuatan. Ia juga tanda Allah sedang menguji hambaNya dan tanda Dia sayang pada kita.
Tikah, aku tahu kau tabah dan kuat semangat. Aku akan sentiasa doakan kau! Just do your best: jaga kesihatan dan pemakanan, jangan lupa makan ubat. Jangan tinggal solat dan berdoa agar semuanya dipermudahkan.
Thanx for reading