Di
sini ada beberapa cara mendapatkan tiket untuk ke cruise. Mana-mana cruise pun
sama lah ye, tapi sekarang ni aku cerita tentang cruise yang aku naik,
Superstar Libra Cruise.
1.
Pergi ke website Star Cruises, mungkin boleh beli tiket direct dari sana tapi
harga agak mahal tanpa promosi
2.
Terus ke mana-mana travel agensi yang menyediakan pakej ke sana.
3.
Beli voucher dari mana-mana website yang sediakan banyak deals. Aku selalu deal
dengan 2 website ni, mydeal.com.my dan groupon.my
So
untuk trip kali ni, kami beli voucher dari mydeal.com.my. Harga korang boleh
tengok kat bawah ni. Korang jangan fikir
bebukan ye. Ni bukan nak menunjuk, tak de apa yang bagus pun. Hanya nak bagi
info dekat siapa yang bertanya.
Voucher
ini diuruskan oleh V-Travel Sdn. Bhd., Johor Bahru. Make sure baca semua terma
dan syarat seperti redemption process (jangan terlepas tarikh) dan ada beberapa
surcharge (handling, fuel dan booking fee). Kalau korang pilih tarikh yang peak
time pun jadi mahal sedikit.
Pakej yang aku ambil ni include semalaman di atas cruise (+BBQ dinner +breakfast) dan semalaman di Flamingo Hotel (+breakfast) dan harga adalah untuk 2 orang. Transport ke cruise dan hotel tak disediakan ye. Dan harga tu tak solid, ada extra charge macam aku sebut tadi tapi tak lah mahal sangat. Yang penting, tak ada hidden charge!
Cas tidak termasuk dalam pakej |
Kalau
semua baca betul dan teliti, insyaAllah korang tak akan rasa tertipu. Dari awal
aku berurusan hingga aku check-in check-out Cruise dan Flamingo Hotel, memang
tak ada additional charge. Lepas bayar dan confirm tarikh dan masa, semua mereka
uruskan dan urusan kami sepanjang di sana semuanya lancar. Alhamdulillah. Cuma aku je was-was
terlebih.
Confirm payment, print iterenary, redeem di sana dan dapatkan access card |
Nak
tahu spesifikasi kapal, boleh refer gambar Star Cruises di bawah. Star Cruise Libra ni
kecil berbanding Virgo dan Aquarius tapi lebih besar berbanding Pisces.
Bilik
kami pun kecil je, memang kami ni budget traveller. Yang penting ada bilik air sendiri, bukan syer2. Jadi kalau korang rasa nak
bilik yang lebih luas dan selesa pun boleh je, asalkan ada duit. Cuma aku tak
pasti samada boleh upgrade bilik atau tidak kalau beli voucher macam aku ni.
Let say korang ni nak lagi jimat, boleh je naik cruise tanpa sewa bilik. So malam2 tu korang boleh la melepak di mana-mana. Tak perlu risau sebab ada banyak kerusi dan sofa disediakan. Lengang sangat orang sebab aku rasa semua orang melepak dalam bilik atau mana2 club/restaurant.
Setiap bilik disediakan souvenir dari Genting Hong Kong. Aku takut2 nak ambil sebab bila
tengok harga gift ni dekat kedai souvenir, above RM500! Juling mata aku, biar
betul! So aku confirmkan dengan pekerja di sana, diorang kata memang dia bagi
free je, cuma if nak extra, kena belilah dengan harga cekik darah tu. So
sekarang souvenir tu selamat dalam boot kereta aku, sampai hari ni aku asik
lupa nak keluarkan.
Seperti yang aku cerita dalam entri sebelum ni, dinner dan breakfast di sini
memang free buffet. Memang banyak pilihan makanan dan sangat puas hati. So kat
sini tak perlu diet2, makan je semua. Lepas tu baru boleh cuci semua lemak
dengan Herbalife Tea-Mix. Ok itu iklan sekejap.
Sepanjang
sehari semalam aku atas kapal ni, memang ada banyak aktiviti. Kita kena alert
lah dengan tentatif yang diberi dan poster2 yang bertampal di setiap pintu
masuk restoran/club etc. Eh casino dan 'pertunjukan adult' pun ada tau! Tapi privacy kot.
Sementara menunggu lif |
Korang
jangan ingat aku gi masuk pulak. Dah kata aku merayau keliling kapal malam tu,
so semua map atas kapal aku dah hafal (tapi sebab lambat update, aku dah lupa).
Masa tau ada event sebegitu semua, aku jadi takut pulak. Banyak nya benda2
munkar atas kapal ni, Ya Allah janganlah kau tenggelamkan aku dengan mereka ni.
Ha sampai macam tu...
So
conclusion nya, memang best! Best kalau korang nak jadikan ini sebagai experience
korang. Rasa romantik je duduk kat dect teratas dengan hubby sampai layan angin
malam.
Ni belum malam tapi hampir senja |
Cuma,
aktiviti tu tak berapa best untuk kita yang muslim ni. Unless kau ada duit nak
masuk spa atau nak masuk semua club dan casino tu. Eh jangan lah korang! Setakat
1 malam atas kapal ni cukuplah. Kalau 2 ke 3 malam kami atas kapal ni, tak tau
dah nak buat apa. Kalau ada swimming suit, mungkin best sikit kot.
Pool yang sentiasa lengang |
Dari
segi layanan, anak kapal sangat baik dan helpful. Kebanyakannya adalah
dari Thailand, Indonesia, Malaysia. Mereka offer kami ke Krabi, of course not for free lah kan. InsyaAllah memang aku teringin ke sana, tapi bukan naik cruise ler. Hihi naik flight kan cepat sikit sampai.
The best
part is, mereka alert yang kami ke sana untuk celebrate besday (based on
hubby’s IC kot). Walaupun sebenarnya 2 in 1, his besday and our anniversary.
Itu yang disediakan kek untuk hubby, siap bagi surprise card depan bilik.
Walaupun kek kecik but its ok. Pada aku, peringatan tu yang penting, tanda
dihargai.
So itu je kot. Entri ni bukan berbayar pun dari Star Cruises. Heheh!