Showing posts with label Engage La Pulak. Show all posts
Showing posts with label Engage La Pulak. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Sweet and Not-So-Sweet Memories in 2011



2012 is approaching yaw! Welcome 2012! Tahun yang ditunggu-tunggu aku. Goodbye 2011, kirim salam kat 2010 skali. Ok readers, entri ni bukan nak cerita tentang azam baru ke apa, tapi saje nak syer dengan kamu tentang my sweet and not-so-sweet memories in 2012.


Sweet Memories

1. The sweetest memory mestilah bila dilamar kekasih hati. Wink wink. It happened on 19th Febuary, dan janjinya setahun setengah, tapi lagi awal lagi bagus kan. Alhamdulillah sekarang dah hampir setahun and we are counting down for the big day! Klik entri tunang





2. Next adalah kelahiran my first nephew on 18th March. Putra Aqeef Danial, untung jadi cucu pertama ni. Atok nenek semua sayang. Mak pak sedara 5 orang semua berebut nak dukung jaga. Tapi bila beyak, semua tolak kat mama dia lah kan. Klik entri ahli keluarga baru




3. Last but not least, mestilah kenangan Europe trip dari 19 Jun ke 10 July! Jelajah Europe lah sangat, padahal ke Denmark je. Tapi during weekend, kita ambil inisiatif sendiri travel ke Sweeden dan Germany. Sekarang rasa rindu je nak ke sana. Paling rindu mestilah weathernya, second is culture nya. Mereka semua polite je especially the driver, tak macam Malaysian driver. Nauzubillah. Klik entri Denmark


At campus village a.k.a rumah kontena

Hard Rock Cafe Copenhagen

Travel to Germany by train

On our way to Germany

The day we escape to Sweeden


Not-so-sweet memories

1. Dan disebalik suka, ada juga duka. Salah satunya banjir besar di Segamat. Memang tempat kami dah biasa banjir, tapi banjir tahun lepas jadi pada hari saya bertunang. So agak stress bila fikirkan majlis pertunangan yang sepatutnya 4 Febuary terpaksa ditangguh. Klik entri banjir



2. Lastly bila my lil hero masuk IJN untuk pembedahan jantung. 8 jam dalam OR dan sekarang dia dah sihat, Alhamdulillah. Adam memang hero! 





Sebenarnya banyak lagi pahit manis masam masin yang jadi sepanjang 2011. Tapi aku hanya ambil yang ada big impact je lah. 


Dalam manis ada pahitnya. Majlis pertunangan aku nampak meriah, tapi bila dicampur aduk masalah keluarga, hanya Allah yang Maha Mengetahui sahaja tahu kesedihanku. 


Dan dalam pahit pun ada manisnya. Dalam setiap kesusahan yang berlaku, jangan anggap sebagai masalah, tapi anggaplah semuanya sebagai cabaran dan ujian Allah. Alhamdulillah, aku berjaya mengatasinya! Bila berjaya melaluinya, aku boleh simpan semua sebagai kenangan yang manis pulak. Tapi, cukuplah sekali terjadi dalam kehidupan ini.


So 2012, aku harap semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar. Welcome 20121







Thanx for reading 







Thursday, November 24, 2011

Their Engagement


First of all, congratulations to Angah dan tunangnya Xieya. They both engaged last Sunday, masa tarikh cantik tu... 20.11.2011! Dan sori lah ye tak dapat join. Nanti korang khawin InsyaAllah datang. Jom tengok gambar diorang dengan tema brown gold.


Cantik ko Xieya walaupun agak chubby! ;P


Tanda risik dan tunang, both from Tomei? Zoom sket...


Rantai emas putih untuk tunang? Ni yang jeles nih!


The hantarans. My mum adalah the lady in red! Redmummy?


Alhamdulillah, aku seronok diorang dah bertunang ni. Sebab rancangnya nak sanding sakaligus. Opkos lah kena bagi adik aku tu nikah dulu kan. So bila diorang dah bertunang, tarikh nikah dah ditetapkan, automatically tarikh nikah aku pun di set one week after diorang. Bila? Tunggulah my future FIL datang awal tahun depan untuk tetapkan tarikhnya secara rasmi dulu baru boleh kepoh-kepoh okay!




♥ Thanx for reading ♥







Saturday, March 26, 2011

Happy Anniversary


Assalamualaikum


Jap tadi buka FB, ternampak reminder yang hari ini besday roomate masa di Matriks Tangkak dulu. Then terus teringatkan sesuatu!

Dulu lepas celebrate besday roomate, Mr.F call dan ajak kapel. Menangis2 mintak jadi GF dia. Ok tipu, tak de lah sampai nangis sebab aku dengan cepatnya cakap 'Yes! Why not?'. Ok tipu jugak. Tak engat ceritanya, yang penting malam tu kami kapel.

So, hari ni adalah anniversary aku n Mr.F. Huh seyes memang tiap2 tahun tak pernah ingat. Dan kalau dah tak ingat tu, of cos lah tak pernah celebrate apetah lagi bagi hadiah kan... 

Jom kita mulakan nak? Tapi bukan celebrate anniversary as BF and GF, or Mr F and Mrs F, tapi nanti lah lepas kawin k...

So seperti tahun2 sebelumnya, wish aje lah ye. Happy 6th anniversary! Ok sket lah dari tahun2 lepas yang asal teringat nak wish je, mesti  be-lated. 




Oh ya, ni aku baru balik dari kenduri kawan tunang. Tetiba teringat, nape lah aku pun tak pilih tarikh tunang hari ni, yang sama date ngan kitorang kapel ye? Hmm tak kisah lah!




Yang penting hari ni kami dah engage selama sebulan seminggu dan sehari. Wah... Lamanya lagi. 


Harap jodoh kami berpanjangan. Amin...

Friday, March 18, 2011

Belog Cap Ayam Pengubat Kesedihanku....

Assalamualaikum


Tahu tak aku asik jeles je tengok gambar pertunangan orang lain? Jeles sebab diorang ada hand bouquet! Aku tak de... Padahal dah request kat mak andam dan dia memang dah bawak tapi tertinggal dalam kereta. Aku pun mane lah nak ingat sume benda... Padahal exsited terlebih, tak pikir mende lain dah!

Patutlah masa nak bergambar ngan Mr. Fiancee, aku rasa cam kekok nak posing. Barulah terperasan, hand bouquet tak de! Huarghhh...Tengok gambar ni.




Diri kaku je kan? Pastu terjumpa belog ni dan terfikir nak wat doodle, boleh tambah hand bouquet percuma! Ni lah hasilnya... 






Apa yang boleh buat dengan doodle ni? Header and watermark contohnya. Tapi aku nak simpan dululah. Hehe. Belum rajin nak mendesign blog. Tarikh first stage PhD tak lama lagi Zura oooiii!

Minat? Jom lah order di Dollydle's Cottage. Jom baca entrinya tentang si cantik ni. Siapa si cantik tu agaknya ye? Hehehe.

Owner belog ni ada juga Belog Cap Ayam nya yang comel. Dia jugalah yang buat header blog jejarirucing, gf kesayangan Khairul Fahmi. Nanti nak order jugaklah!

Pe lagi? Jom jom! 






Friday, March 4, 2011

OMG! Gambarku Keluar Majalah U'olls!

 Assalamualaikum


Yup jangan tak percaya muka aku ada tertepek kat majalah ni. Front page lagi tu. Bukan 1 tapi 3 majalah ok! Rezeki nak kawin agaknya... Tapi maaflah tak boleh didapati di pasaran Malaysia. Nah aku tunjuk secara eksklusif tuk korang!









Jeles tak? Jeles tak? Cakap iye cepat! Ok x pe. Aku tahu korang tak mudah tertipu. Biarlah, aku nak berangan sekejap pun tak boleh... =(

Ni lah masalah aku kalau ade streamyx. Ade je benda buat tuk nak buang masa. Almaklum ler, bertunang aritu dah perabis duit, nak amik photographer pun dah tak mampu. So buat sendiri la keje edit2 ni.

Aku tak pandai sangat sebenarnya edit mengedit ni. Lebih kurang cam buta IT la. Korang mesti de website yang lagi canggih tuk wat photo effects ni kan?  Meh bagitau aku apa websitenya? Tuk dua-dua gambar kat atas ni aku guna website sini dan sinun.

Lagi-lagi gambar...




 


Ok cukup. Itu aje. Sok nak gi picnic. Not-so-called farewell party picnic tuk labmate a.k.a housemate yang nak ke Aussie. Tunggu updatenya ye. Babai semua.   ツ













Monday, February 28, 2011

Cinta Sesuci dan Sesegar Ros Putih

Assalamualaikum




Nak gelak dulu. Miahahaha. :-D Tak tahu nak fikir tajuk pe. Entri ni nak cerita tentang hantaran dari Mr. Fiancee. Hantaran darinya bewarna hijau dan dihiasi bunga ros putih. Ros putih tu membawa makna kasih sayang yang berpanjangan. (Majalah Pengantin, Mac 2011).

Hantaran putih sebab ring holder yang dah dibeli awal2 adalah bewarna putih, so kalau boleh warna hantaran pun tak nak lah berbeza sangat dengan ring holder tu. Mr. Fiancee tanya aku, putih lawa dengan warna ape ye? Aku cakap, hijau kot. Biar nampak fresh dan natural. The rest is history. Pergi kedai pilih bekas, bunga, riben, bla bla bla bla dan siap! Masa amik hantaran dari kedai, ramai jugak lah puji cantik dan nampak segar. Aku pun puas hati. 

Tapi hantaran ni jadi colourful dan kecantikan nya tenggelam sikit bila dah dicampur aduk dengan warna-warna lain. Ramai sangat yang nak sponsor nya.... Its ok orang nak sponsor, tapi biasalah orang laki. Bukan nak amik tahu sangat pun. Bila orang nak sponsor, ok terima je. Bukan nak bagitahu tema hijau putih ke pe. Pastu bukan nak beli extra reben ke ros tu tambah2 kat hantaran yang disponsor. Biar lah nampak seragam sket. Kalau tak, inilah hasilnya. Hantaran yang colourful.


From him
 
Ring holder dari Lovely Lace. Interested? Call me.

Untuk negeri Johor, duit adat adalah sebanyak 1% dari jumlah hantaran dan duit tu tak ditolak dari hantaran. Contoh kalau hantaran 10k, duit adat adalah sebanyak RM100. So nanti bila sampai masa nak bagi duit hantaran, jangan kau bagi RM9900 pulak sebab ko ingatkan dulu kan dah bagi RM100. Oh no no no no! Duit RM100 tu burn beb! Hahahaha. Eh aku gelak, tapi aku seyes ni. Duit tu burn. RM100 yang diberi tu macam simbolik duit hantaran korang la...


Bunga rampai. Duit adat, untuk negeri Johor

Sireh junjung sebagai kepala adat

Telur. Adat untuk meminang
 
Untuk nikah, aku pilih kaler pearl white. Beli siap-siap dan terus bagi sebagai hantaran. Senang! Aku beli kain ni masa promotion kat Jakel. Beli sepasang baju perempuan, dapat sepasang baju lelaki dan kain songket.  Jimat! Tapi, bila dah beli barulah aku dapat info yang kain Jakel ni tak berapa bagus. Banyak tailor akan tanya dulu, kain ni beli dari mana. Kalau dari Jakel, diorang tak nak amik sebab susah nak gunting + jahit. Kalau kain kat Nagoya ok. Tapi tengok la harganya beb... Kat Nagoya mahal sangat, x mampu pulak.


Organza dan satin untuk nikah

Telekung

Kasut nikah

Jam dan pen Parker

Selebihnya adalah makanan. Semuanya disponsor. Terima kasih banyak-banyak. Buat susah-susah aje. Nanti kawin sponsor lah beg ke kasut. Perfume pun ok jugak. Hehe. ♥


Butter cake

Kek kukus

Kuih bakaU
Buah-buahan

Gula-gula

Coklat
 
Tapai

Puding buah

Banyak betul makanan yang diberi. Puas hati dapat rasakan kat semua sedara-mara. Belajar dari kesilapan dulu. Dulu lepas dirisik aku terus tertidur penat. Huhu kantoi. Eh tertidur ok, bukan tidur. Penat tau! Pastu buah tangan yang Mr.Fiancee bagi aku letak je kat ruang tamu. Aku bangun tidur rupenya sorang pun tak usik makanan tu sume. Amboi manje ye nak kene potong-potong hidang dalam pinggan... Tapi jangan jadi cam aku tau! Ralat pulak masa tu tak dapat rasakan kat sedara-mara =(

Lastly, tak kisah lah hantaran colourful ke tak. Yang penting adalah keikhlasan memberi. Aku rasakan semuanya ikhlas memberi sebab semuanya sedap-sedap belaka. Thanx yunk! ♥

                                                                             (¯`v´¯)
                                                                              .`·.¸.·´
                                                                              ¸.·´¸.·´¨) ¸.·*¨)
                                                                            (¸.·´ (¸.·´ .·´¸¸.·¨

Oklah, bye and gud nite friends!



Notakaki: Hantaran 'Sangkar Cintaku'



Friday, February 25, 2011

Sangkar Cintaku

Assalamualaikum

Selamat pagi. Pagi-pagi lagi tangan ni dah gatal nak menaip walaupun otak beku tak tau nak tulis pe. Dari semalam nak cakap tentang hantaran kan? So sementara aku rajin ni, baik aku taip je. Karang bila datang mood malas nak menaip aku, memang dok depan laptop main IT girl je la... Tak tahu? IT girl adalah salah satu application di FB. Rugi tak main tau. Kalau ade sesape nak main game tu, jangan lupe add aku in ur clique ya!

Ok cite pasal hantaran ni, bukan hantaran yang bape ribu serba satu tu. Tu rahsia... Tapi hantaran yang dulang berbalas dulang nih. Bukan dulang kosong la! LOL. Ade la barang-barang atasnya...

Gambar-gambar dibawah ni adalah hantaran dari aku. Aku namakan 'Sangkar Cinta'. Haha. Aku tahu ape perasaan korang. Aku pun rase geli je nak namakan camtu... Biarlah. Kalau my Mr Fiancee panggil 'Sangkau Cinta'. Orang Melakau la katekan...
  

Sebahagian dari 16 hantaran

Hantaran ni dari idea aku sendiri. Tips untuk korang yang nak buat pertunangan/perkahwinan ala-ala dalam taman, sangkar ni sangat sesuai dijadikan sebagai dekorasi tak kiralah di pelamin, bilik dan hantaran. Kalau tak de taman nak dijadikan lokasi, dirumah pun tak ada masalah., yang penting kene banyak bunga-bunga. Sebab tu korang nampak bilik dan pelamin aku banyak bunga. Alang-alang nak bunga banyak-banyak, aku apply sekali bilik dengan english style.

Yang penting kita kena tahu apa yang kita nak. Walah! Kalaulah dalam research aku pun aku tahu ape yang aku nak kan bagus... Ok, menyimpang lak. So bile dah tahu nak konsep pe, aku bagitahu lah kat sepupu (Kak Shima) dan suruh die surveykan harga sangkar. Tahu berapa? Yang kecik RM40 u! Lari bajet aku. So aku pun try lah google kalau-kalau ade sesape nak sewakan. Memang ada, tapi kebanyakannya sewakan siap dengan dekorasi sekali. Satu gubahan mau pergi RM50! Kalau gubahan dengan fresh flower dah RM90! Tak boleh jadi nih! Cari punya cari, at last aku jumpa juga blog Tepak Sireh. Selain sangkar, banyak lagi bekas-bekas hantaran yang lawa boleh disewa disini. 

So bila dah bagi sangkar kat Kak Shima, aku pun tunjuk contoh hantaran yang aku minat. Warna? Of course  la pink purple sebab tu adalah warna bunga. Kate nak tema bunga-bunga kan... Tapi aku tak expect lak dia akan letak bunga orkid. Aku tak berapa minat sangat. Tapi tak pe la, dah siap cantik jugak. Nak tengok hasilnya?

Sireh junjung sebagai kepala adat

Bunga rampai, juga pelengkap adat

Untuk kain, aku lagi prefer bagi kain untuk dibuat baju melayu berbanding dengan kemeja atau T-shirt. Sebab, baju Melayu ni boleh digunakan untuk nikah, tak payah nak beli-beli lagi. Sama jugak dengan kasut. Tapi kalau aku bagi dia kasut untuk nikah, dia pakai sekali je la. Membazir sebab dia bukannya kerja ofis yang akan selalu pakai kasut formal tu. So aku belikan dia kasut dari Oberman. Dia minat sangat kasut buatan German, berkualiti katanya. Iye kan aje...


We choosed pearl white for our solemnization

Songket, also for solemnization

Songkok dan butang baju

Kasut

Seperti hantaran pertunangan orang lain, aku ada juga bagi sejadah, kain pelikat dan Al-Quran. Sejadah dan kain pelikat dibeli di Kampung Jawa, Melaka. Murah-murah. Al-Quran pulak dibeli oleh Hajah Nur Fahanis dari Mekah. Thanx Anis. Camne gaye la dia bawah Al-Quran besar-besar tu eh...

Kaabah, Al-Quran di dalamnya

Kain pelikat

Sejadah

Hantaran sampingan lain adalah jam dan cincin. Mr Fiancee dah lama teringin nak pakai jam chronograph. Aku pulak baru je teringin, semenjak dia tunjuk contoh jam chronograph kat aku. Biarlah, aku kan penyibuk. So kitorang survey-survey dan terjumpa satu kedai yang murah. Tapi kene hati-hati jugak, takut murah sebab tiruan ye! Tapi bila dah ditanya-tanya, memang ramai cakap kedai ni jual jam original dengan harga murah. Kedainya di depan bus stand lama Melaka. Kitorang pun terus capai jam Casio chronograph sepasang!

Info tambahan, kalau korang ade duit lebih nak beli jam mahal-mahal sket, belilah dari betul-betul watchmaker macam Casio, Seiko, Roscani dan Oris. Tag Heuer dan Rolex juga. Wah mahal tuh! Tak kisah lah, yang penting bukan dari Guess atau whatsoever sebab korang hanya beli jenamanya sahaja!

Cincin pulak kitorang sesaja menggedik nak couple-couple kan jugak. So tempahkan lah untuk dia. Di Melaka, hanya di Kg. Jawa ada servis tempah cincin. Masa tunang ni lah lawa kalau batu cincin tu ada kaler-kaler. We choosed pink untuk delima. Batu delima tu memang dia ada, ikat dengan silver, tak yah nak suasa. Tak kuasa. Membazir.

Jam dan cincin

Cincin silver untuknya
Selebihnya adalah makanan. Orang kata majlis tunang ni elok bagi makanan manis-manis. Ye ke? Heart shape fondant cake dan buttercream cupcakes tu aku order dari Kak Lynn. Belah lelaki kate sedap, habis licin!

Buah-buahan

Coklat
Heart shape fondant (Moist chocolate)

Buttercream cupcakes (vanilla)

Bipang kacang berbentuk bunga ros. Kreatif!

Dodol Melaka

Ok itu sahaja. Harap info yang aku bagi ni leh sedikit sebanyak membantu korang memilih barang untuk dijadikan hantaran. Harap dekorasi hantaran aku ni jugak boleh beri idea kat korang camne nak buat hantaran yang cantik tapi dengan harga murah. 

Oh ya. Sesiapa yang nak tempah gubahan hantaran boleh mesej aku. Kak Shima tak mau direct bagi num fon dia kat sini. 

Sekian, babai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...