Showing posts with label Mr.Fiancee. Show all posts
Showing posts with label Mr.Fiancee. Show all posts

Sunday, February 19, 2012

Pada Tarikh Ini...

Pada tarikh ini, satu tahun yang lepas, aku sedang kalut lagi mengemas bilik, menggosok baju, dan tak hiraukan hiruk pikuk yang terjadi di luar. Aku percaya mak dan abah boleh handle semua hura-hara itu.

Tepat jam 11.00 pagi, tetamu dah memenuhi ruang untuk bacaan Yaasin dan cukur jambul Delisya Dania. Alhamdulillah selesai dua majlis, cuma kekalutan aku tak selesai lagi bila last minit nak kena tukar langsir bilik (entri ini). Dengan henfon kena block, memang aku tak dapat nak update dengan kawan-kawan dan Mr.F yang nak datang.

Jam 1.00 tengahari, mak andam sampai, coreng-corengkan muka aku, siap, balik! Padahal bunga tangan aku dia tak bagi! Nak call pun tak boleh, so redha je.

Jam 2.00 ptg mereka sampai, berbincang sekejap yang aku tak sempat nak rasa nervous pun, dah dipanggil keluar. Syukur, kami selamat bertunang lebih kurang jam 2.30 petang 19 Febuari tahun lepas.

Hari ini, genap setahun kami bertunang dan banyak sungguh ujian orang darah manis ni. Cuma ujian ini bukanlah dari pergaduhan kami, tapi lebih kepada dalam melaksanakan majlis. Aku dah cuba buat yang terbaik dan termampu, tapi bila masalah luaran, campur tangan orang, ego, pentingkan diri, kisah-kisah silam datang, susah untuk aku puaskan hati semua orang. Kenapalah mesti merumitkan sebuah perkahwinan?

Seperti cerita budak lelaki, datuknya dan keldai. Masuk ke kampung A dengan budak lelaki menunggang keldai, akan dicemuh budak lelaki itu kerana membiarkan datuknya yang dah tua berjalan kaki. Masuk ke kampong B dengan datuknya menunggang keldai, akan dicemuh datuk itu kerana membiarkan cucunya yang masih muda berjalan kaki. Masuk ke kampong C pula tanpa sesiapa menunggang keldai, dikatakan bodoh kerana tidak menggunakan haiwan itu sebagai pengangkutan.

Cerita ini selalu aku dengar dari kecil, tapi tak de lah aku nak samakan sesiapa dengan budak lelaki, datuk atau keldai. Persamaan hanya pada masyarakat tersebut, tentang kita tak boleh memuaskan hati semua pihak. Tapi percayalah, aku dah cuba yang terbaik!

Sudahlah, macam melalut. Terima kasih kalau ada yang sudi membaca. Doakan yang terbaik ye. Oh ya, happy 1st engagement anniversary Mr.F! InsyaAllah tak ada 2nd engagement anniversary sebab kita nak kawin tahun ni juge.... Hehehe...







? Thanx for reading ?







Tuesday, December 20, 2011

How I wish Mr.F will do this for me...


How I wish my beloved fiancee will propose me romantically. Jangan salah sangka pula. Romantik itu subjektif. Tak perlu peluk pium bagai. Hanya belikan saya DSLR dan penuhkan kamera itu dengan gambar kamu propose saya sudah cukup. Macam video ini. 




Terharu beb! I want I want! Or maybe like this...




Tak perlu pre-wedding video macam Nabil & Zira, atau Tomok & Ayu. Itu semua lakonan dan dirancang. I want something that will surprise me! Oh how I wish he will propose me like this (tapi kami dah bertunang pun). Ok, do something like this after we get married. Or at least... how I wish HE WILL READ THIS! 

Rasanya dekat kursus pra-perkhawinan, kena ajar lelaki Malaysia ini cara menjadi suami romantik lah kan? 




Thanx for reading 







Saturday, December 17, 2011

Lets Shop at Jusco!


Finally i met Saturday! Penat betul rasanya minggu ni. Dengan laptop tak ada, bateri kereta kong dan tersadai di lab, sakit gigi, phew nasib jugak bos tak ada minggu ni. Kalau tak, lagi haruuuu...

So hari ni adalah masa untuk mengemas rumah. Lama betul rasanya lantai tak dimop. Dah tak boleh mop dengan Ajax tapi kena pakai Clorox dah! Memang sakit hati bila fikirkan asik aku je nak buat semua tu. Tapi bila ikhlaskan sesuatu pekerjaan kerana Allah, hati ni jadi sejuk sedikit. 

So sebenarnya nak cerita, dalam minggu yang haru biru ni, nasib aku agak baik. Masa di lab sibuk wat kerja dan makan pun idak, aku sempat layan FB dalam 10 minit je. Dalam 10 minit tu lah aku join contest ni dan tetiba.... eh menang? 




Thanx to Pameran Pengantin Malaysia -by Urban Vibe Event yang organise contest dan Suripermai Spa yang sponsor hadiah. 

Tapi tu lah hadiahnya, infra red sauna, bukan boleh dipos pos, tapi kena ke Suripermai Spa di Setapak, KL. Tengok lah, kalau tak ada expiry date, boleh jugak aku singgah time nak soping sana nanti. Kalau ada expiry, kena lah pas kat orang lain. Aku tak kisah. Aku ada hadiah lain...

On the very same day aku dapat hadiah, Mr.F pun ada annual dinner dengan company nya. Kalau last year dia balik dengan Sony Home Theater, tahun ni dah tak ada hadiah macam tu. Yang ada Cuma Jusco Voucher.  Tak de lah banyak sangat. RM400 je... Je??? Ni yang tak sabar nak pergi Melaka ni.

Tetiba teringat, kami selalu bernasib baik pada waktu yang sama. Dulu dapat gi oversea pun sama-sama. Cuma dia ke Paris, aku ke Denmark. Alhamdulillah...





Thanx for reading 







Thursday, September 15, 2011

Abah's Open House



The occasion was held on 1st Shawal, baru sekarang nak update? Sekaligus dengan my besday celebration. Jemputan hanya sedara-mara sebab tu pun dah ramai serbuuuu.....


Lemang, ketupat, periuk kera, rendang, nasi hujan panas, bakso

Dah dah cakap, kami suka buat majlis all in one!

Geng bebudak. Hiks!

Doa dulu...

Hadiah besday dari Mr.F. Cari jangan tak cari..!



Thanx for reading 







Thursday, July 21, 2011

Eiffel Tower, Paris, France



Rezeki...
tak semestinya datang dalam bentuk wang,
boleh juga datang dalam bentuk peluang!

Alhamdulillah...
aku berpeluang ke Denmark,
Mr.F pula berpeluang ke France.

Kebetulan...
kami berada di benua Eropah pada waktu yang sama.
Ya, kedua-dua peluang datang pada masa yang sama,
datang walau kami tak mencarinya.

Kini,
kami selamat pergi dan pulang,
mencari pengalaman dan belajar di negara orang.


















L♥ve the 1st pic much! All pics were taken by Mr.F, edited by me. =))
Kagum dengan diri sendiri. Sebelum ni nak letak watermark pun malas.

Ok lah, entri Denmark coming soon. Bila? Soon la... Betul, tak tipu...




Wednesday, July 20, 2011

Pesta Durian di Dataran Segamat



Ni cerita minggu lepas. Kalau blog pasal pesta durian pun, buat meleleh air liur je sebab pesta nya dah tamat! Al maklum, aku ni blogger "up-to-date".


Tak pe, yang penting nak share jugak!


Ni lah tunang saya. Alamak dia tengah buat perangai pulak...

Hard Rock pun, durian, tempoyak, sambal belacan tetap dicari!

Macam terrar je cium2 durian tu! Cucuk hidung baru tau!

Durian klon 3.50 per kilo beb! Sedap x hengat....

Durian klon IOI

Durian goreng pun ada...

Ada pertandingan lukakan tangan dengan berlari membawa durian sebanyak mungkin!


Malam tu ada jugak konsert (lebih kurang la) dari J. Sham (60s). Tapi sori kamera henpon je ada, malas nak amik gambar. Confirm tak nampak!




Sebab durian murah, aku tapau untuk labmates! Mak aku siap buatkan pulut/santan/serawa durian. Habis licin semua!




Gambar yang membuatkan ramai terus keluar cari pulut, santan dan durian!


 Lepas ni tunggu manggis dan rambutan belakang rumah pulak berbuah... Eh eh tetiba teringat Hasma di Aussie. Keh keh keh. 




Ok dah bye!





Wednesday, July 13, 2011

Hard Rock Time!

Ni nak show off sket! Eh tak tak, niat kena betulkan. Just wanna share a happy moment wit u guys... 

Kan i cakap besday dia last week, selain Red Velvet Cheese kek tuk Mr.F, i belikan dia shirt from Hard Rock Cafe Copenhagen. 

Tau tak, i lagi suka belikan someone kalau dia tak meminta-minta. Mr. F cakap jangan belikan dia apa-apa, lagi lah i nak belikan dia apa-apa. (atau dia tahu perangai i, so dat dia cakap camtu ye???) Ah, ignore it!

Kebetulan pulak besday dia, dan dekat entri ni aku ada cakap yang dia suka sangat jam chronograph. 

So masa ke HR cafe for da 3rd time in Copenhagen, i bought him a HR chronograph watch! 

Untuk jam analog, plus chronograph pulak tu, plus cop HR dengan harga camtu, its worth! And its a last piece! Nasib awal seminit!

Masa bagi, senyum sampai ke telinga! Terus anak tirikan baju HR and fridge magnet yang i bagi sebelum tu! Hampeh ko Mr.F!









Sorry tuk quality gambar. Al maklum, kamera henpon nokia seploh hengget limaploh sen je. 

Eh tetiba terpikir, shud i ask him DSLR for my besday present nex month? *wink wink*

Teetttt! Kantoi, buat baik mintak balasan!

Ok lah, bye!



Notakaki: My mom's bday this 19th. Baju Denmark + ???. Idea?


Tuesday, July 12, 2011

Happy Birthday Dior!

Last week, 0707 is my beloved Fiancee's bday! Happy Bday Dior! So i called him from Denmark at 12am local time but he didnt answer. =(


1 hour later, he replied my call and said sori for not noticing my call. But... 1 hour is long enough to make me angry! so i just wish him "Happy Birthday. Ok lah, nak makan. Bye!"


Then he said "Thanx sayang..." and this makes me cair.... haha! *blush*


Actually, saje je nak cari gaduh sebab i already planned a surprise for him! Here it is, a Red Velvet Cheese Cake, requested from Denmark, and delivered to his house! Thanx to my baker, Yulie Bakes TheCake! Eh sejak bila aku ada personal baker ni.


Masa hantar kek ni, kak Yulie kate he s so surprised! Dan tanya "Berapa ringgit ni kak, nak bayar." Adoiii memang tak expect langsung ke tunang kamu yang bagi haa???


Ok lah, Lets enjoice the pics, dan meleleh air liur sama2. Ahaks!


The box


Selamat Hari Tua!


Oooh act aku suh tulis Happy 29th Besday, bukan Happy Bday Syg. I malu lah syg2 ni... *blush*
And he said nak simpankan i part syg tu. *blush* lagi


Its double love shape act. Tamak nak love sampai 2 kan!


Priceless taste. Endless love!


Strawberi dari Denmark. Haha caye ke?


Ada hadiah jugak. Dah bagi semalam. Nanti update lagi. Ok u'ollsss. Bye!

Tuesday, June 28, 2011

Miss Him?


Can u spot where are Mr & Mrs Fiancee in this map?




Even though I am one day further from the last time I saw him, 
I'm actually one day closer to the next time I will


Thanx Shimek!


Footnote: Planning 'something' for his birthday next week.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...