Friday, March 16, 2012

JPO stands for Johor Premium Outlets

Sambungan lagi dari cerita minggu lepas, lepas kenduri kahwin Yan, kami terus ke Johor Premium Outlets (JPO). Motifnya adalah untuk menghilangkan segala lemak selepas makan dengan jayanya di majlis tersebut.

*Tukar mood serius*

Johor Premium Outlets dibuka secara rasmi pada 11 Disember 2011 dan waktu operasinya adalah pada setiap hari dari jam 10pagi ke 10malam.

Untuk sesiapa yang selalu melalui highway PLUS menghala ke Selatan (~Km 11) pasti kamu akan nampak signboard besar JPO dengan pelbagai jenama antarabangsa dipaparkan.

Di JPO, terdapat lebih dari 80 outlets yang menjual barang berjenama dengan harga yang lebih murah.  Contoh outlets yang saya masih ingat seperti Burberry, DKNY, Esprits, Ralph Lauren, Fossil, Padini, Guess, Roxy, Timberland, Coach dan juga jenama cadar terkenal, Akemi!


Untuk sesiapa yang ingin kesana, boleh ikut panduan yang diperoleh dari blog ini.

Dari Singapura melalui Woodlands
Singapura Sultan Iskandar Ciq JB Jalan Yahya Aldatar Lebuhraya Tebrau Lebuhraya Utara Selatan Exit 253 Exit 304 Exit 302A Johor Premium Outlets (JPO)
Dari Sinagpura melalui 2nd Link
Singapura Tuas Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura Exit 304 Exit 302A Johor Premium Outlets (JPO)
Dari Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura Exit 253 Exit 304 Exit 302A Johor Premium Outlets (JPO)

Saya memang betul-betul mencuci mata. Selain dari melihat pakaian, saya tertarik dengan design bangunannya. Boleh dikategorikan sebagai open-air shopping complex kerana hanya outlets terletak di dalam bangunan manakala ruang legar nya berkonsepkan outdoors. Ia seakan-akan taman di dalam bangunan.  Mungkin gambar di bawah boleh memberi sedikit imaginasi tentang apa yang saya ingin sampaikan.





So selain dari menjimatkan penggunaan air-cond dan elektrik, kaum-kaum bapa boleh bersantai bersama anak-anak sementara menunggu isterinya shopping! Satu perancangan yang bagus, kan?


Sebetulnya, kalau hanya untuk window shopping, masa 2 jam sudah mencukupi. Cuma saya pergi agak lewat dan terpaksa makan dan sembahyang Maghrib di sana. Agak kecewa sebab food courtnya yang cantik tak mempunyai banyak pilihan makanan dan suraunya pun agak kecil.




Sebelum balik, sempat singgah Fossil untuk snap gambar wallet murah RM80 untuk tunjuk si dia dan juga ambil gambar JPO night version!






Bye-bye JPO! Kita jumpa lagi nanti untuk hantarans hunting.




 Thanx for reading 







3 comments:

  1. @Hidayah Ahmad

    Kalau datang Johor, dah dekat sangat dengan Singapore...

    ReplyDelete
  2. factory outlet mmg biasa mcm ni. cth kat uk... mmg lbh kurang camni design building FO nya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...