Thursday, March 1, 2012

Bride To Be Blogger???

Aku nak jadi B2B (bride-to-be) blogger, tapi rasa macam tak layak. Kebanyakan mereka akan DIY (do it yourself) segala persiapan perkahwinan. Dari yang penting (pelamin, baju, bunga tangan, etc) hinggalah yang remeh (quest book, photo booth) ß pada aku remeh kot.

Kagum jugak aku dengan mereka ni. Tapi aku? Ntah bilanya nak DIY. Dari sehari ke seminggu ke sebulan, berangan je lah nak buat semua tu. Punyalah belek majalah dan blog sana sini, tapi semua perancangan tu tersimpan dalam otak je. Mesej tu tak dapat disampaikan ke tangan untuk jadi se-kreatif mereka. Selebihnya, aku ni tak de masa dan besar huruf M, Malas!

Tapi tak pe lah, walaupun tak banyak info, syer sikit dengan korang pun jadi lah. First of all adalah tentang vendor yang dipilih. Sebab aku pernah rasa susahnya nak cari vendor di Segamat. Especially kita-kita yang akan buat majlis di Segamat, tapi kerja/belajar di luar Segamat ni kan. Bukan tetiap minggu balik kampong tuk survey mak andam. Kalau nak cari thru FB ke belog, tak ramai mak andam segamat ni rajin promote secara online, atau mungkin google search tapi tak kena keyword nya... (apa aku cakap ni?)

Selain tu, aku nak shortlist kan vendor2 yang bakal dipilih. So tak payahlah aku tulis atas kertas kan, jimat penggunaan pokok. Kalau dah ditulis di dalam blog, senang sket nak cari semula dan terus ke link mereka.

So sekarang, Alhamdulillah, 90% dah tak payah pikir. Tak payah pikir ye, bukan dah siap! Cuma dah di sub-sub tugas. Nanti akan update details nya.

Oh ya, walaupun tak dapat nak jadi B2B blogger sejati, aku nak juga make over blog ni tuk amik mood wedding (haruslah selari dengan entri kan). Header sebelum ni gambar aku (seperti di bawah), macam dah busan tengok. 


Sebelum


Selepas

Kali ni cuma ubah gambar, dan diblur. Low profile kononnya. Thanx to Wan Hazel yang buatkan template dulu dan sekarang. Harap lepas ni akan rajin update. 

So itu je untuk hari ini. Nantikan entri yang aku dok janji dari haritu tentang servis iris awana, sewaan dulang hantaran dan persiapan perkahwinan in detail.








Thanx for reading 







4 comments:

  1. Aku suka yang sebelum ni...sgt cute..nk2 pic ko tu..lg cute...

    ReplyDelete
  2. Aku suka yang sebelum ni...sgt cute..nk2 pic ko tu..lg cute...

    ReplyDelete
  3. Aku suka yang sebelum ni...sgt cute..nk2 pic ko tu..lg cute...

    ReplyDelete
  4. @ika

    ala aku lak busan tgk gambar tu... x pe, nnt bila dah busan yang ni, aku tukar balik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...