Thursday, April 11, 2013

Family Day 2013 @ Permaisuri Resort, PD


Last week event, En Mohamed Sakan’s 1st Family Day! Febuari lepas dah diadakan Family Day keluarga besarhubby, tapi buat kat kampung je lah. Dis time kita buat family kecik-kecik je, adik beradik hubby tanpa sepupu sepapat. Senang nak berjalan jauh sket. First event ni kita pilih Permaisuri Resort, Port Dickson.




Event selama 3 hari 2 malam, tapi aku dan hubby dapat join 2 hari je sebab ‘sibuk’. Aku dan hubby sampai PD hari Sabtu around 5.00 pm, terus cek in. Luarannya, Permaisuri Resort ni cantik, pool dia macam memanggil2. Better than Kemang Indah Condo yang aku pergi dulu. Plus, its a strategic place. Belakang resort menghadap laut, ada disediakan BBQ area, cafe, stage untuk any event. Best lah kalau nak BBQ tepi laut, tak payah pergi jauh2, pergi belakang resort je. Di laut tu pun disediakan semua watersports.




Kami pilih 3 buah apartment untuk the whole family. Setiap apartment ada 3 bilik, memang selesa dek keluasannya. Tapi bab maintenance, apartment tu standard 3 star hotel je. Langsir, lantai semua walaupun tak kotor, tapi tak boleh juga nak dikategorikan bersih. Other, resort ni terlalu pendalaman sampai susah nak dapat internet connection! But overall, puas hati juga lah sebab worth dengan harganya, RM116 per nite (after gov discount).




Aku n hubby sampai masa diorang tengah acara sukaneka tepi pantai. Ada 6 games tapi semua untuk kids je.  Kitorang sampai, naik bilik salin baju, tetiba hujan lebat! Hancur harapan nak mandi laut. Terus naik bilik semula, prepare untuk BBQ je lah. Trip kali ni, golongan suami2 yang take-over bab memasak!




Menu BBQ: daging lembu n kambing, ayam, sosej, ikan, udang dan sotong. Daging marinate dari Giant memang recommended, sedap! Udang dan sotong tu gaul planta je, pun sedap. Harga sewa tapak BBQ is RM100. Again, maintenance problem. Kami dah datang setengah jam barulah lampu di-on. Tong sampah pun tak disediakan.




The next day, pepagi subuh budak2 ni dah terjun kolam. Amazingly anak buah aku mostly tahu berenang! Diorang tak pandang kolam kanak2 tu, pergi pun sebab nak main gelongsor. Dia lagi suka join kami di kolam 4.5ft. So we conquer 1 spot dalam pool tu, bersebelahan jambatan. Bila penat berenang2, bapak2 ni dok bergayut di jambatan. Skodeng orang kat atas ke!




Around 11am (lama gila berendam!), kami naik bilik dan check out. Tapi belum bersurai lagi. Sambung melepak di bawah dengan sesi pertandingan mewarna dan penyampaian hadiah.






Kesimpulannya, best dan enjoy! But Im not 100% enjoy sebab teringat-ingat lab. Uwaa! So tuk sesapa nak ke Permaisuri Resort, memang recommended sebab kawasannya. Bab maintenance tu, ikut nasib la. Kalau nasib tak elok tu, kena sabar je lah. Diorang bukan tak layan langsung kami, Cuma takes time. Tapi kalau setakat nak pergi 2,3 orang, baik cari hotel, bukan apartment.



Thanx for reading

1 comment:

  1. Salam..sy plan nak buat family day dalam bulan 10 camtu..rase2 sesuai x klau nk pegi 30 org dewase n 6 kanak2? camne sy nk contact resort ni utk booking ye?tQ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...