Tuesday, July 3, 2012

Teaser: Baju Nikah

Baju nikah dah siap. Dah lama siap sebenarnya. Mak sedara yang jahitkan. Dia jahit based on design yang saya bagi (3 kali tukar design). 

Tapi bila makcik-makcik yang jahit ni, semua nak dibesarkan dan dilonggarkan. Baju kurung moden (kantoi!) dah jadi macam baju kurung pahang pula. So saya hantar kecilkan sikit, malas dah nak suruh dia sebab kesian dia nak layan saya.

Jahit baju di Segamat, alter di Wardah Spa di JB dan hantar tampal lace dan jahit manik di Shadira spa di Labis. Kenapa jahit baju di Spa? Dah diorang semua multi-talented. Jauh bajuku merantau.

Ini gambar dari penjahit manik di Labis tu. Teaser dulu, so kena tunjuk gambar hitam putih je. Veil pun suruh dia buat. Hari Khamis ni saya balik baru nak pick. Harap semuanya ok...


Nikah attire!


Another 3 days to go... 





Thanx for reading







4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...